Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang
Lokasi
Pekan Kupang, Kupang, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah Kerajaan
Moto"""PENGETAHUAN SULUH KEMAJUAN
Nombor sekolah044766755
Kod sekolahKBA0016
Faks044769755
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang atau nama ringkasnya SK Kuala Kupang, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibina pada tahun 1909 dengan nama Sekolah Melayu Rakyat Kuala Kupang. Pada awal penubuhan sekolah ini, bangunan berbentuk bangsal telah diusahakan oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh Tn. Hj Awang Besar bin Hj Md Amin selaku Penghulu Mukim Kupang, En. Wan Hassan selaku Pegawai Daerah Baling, En. Yaakob bin Hashim yang memegang jawatan sebagai guru besar pertama dan En. Ibrahim bin Pandak.

Sekolah ini bermula dengan pembinaan sebuah bangunan iaitu Blok A dan rumah guru besar oleh kerajaan Kedah pada tahun 1914. Kemudian, sekolah ini terus berkembang dengan pembinaan blok tambahan pada tahun 1954. Bangunan kantin dan gelanggang permainan siap dibina pada tahun berikutnya. Pada tahun 1978, Blok B dan kantin baru yang dibina telah terbengkalai selama 6 tahun. Namun, berjaya disiapkan pada tahun 1984. Pembangunan sekolah ini terus berkembang sehinggalah sekolah ini mempunyai 7 blok bangunan termasuklah kantin. Bangunan yang terakhir disiapkan adalah blok makmal komputer pada tahun 2005.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang
Pekan Kupang
9200 Kupang
Kedah
Telefon = 044766755
Faks = 044769755

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]