Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahDBA8019
Lokasi Malaysia Peti Pos Bertam Baru 18300, Gua Musang,, Kelantan Darul Naim, Malaysia
TelefonTIADA
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai atau nama ringkasnya SK Kuala Sungai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Pos Bertam Baru.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai memiliki 51 pelajar lelaki dan 51 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 102 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai (SKKS) terletak di Kg Lulut, sebuah perkampungan melayu jauh di pedalaman Gua Musang. Dengan jumlah penduduk sekitar dan beberapa keluarga di pinggir sepanjang sungai Nenggiri yang sedikit bilangannya, memampukan sekolah ini untuk hanya menerima pendaftaran seramai 70 orang murid sahaja.

Pengasas sekolah ini tidak lain tidak bukan Almarhum Yasok bin Che Kar pembuka Kg. Lulut bersama sanak saudara yang berhijrah meninggalkan kampung halaman di Pasir Mas mencari rezeki dengn kudrat tulang empat kerat.

Kampung Lulut merupakan sebuah perkampungan melayu yang telah melalui pelbagai pahit manis sejarah, juga hampir-hampir hilang namanya setelah dinodahitamkan oleh kehadiran pengganas komunis di awal sebelum kemerdekaan Negara.

Alhamdulillah, perkampungan subur dan damai yang mendiami pinggir sungai Nenggiri ini kembali makmur dan semakin bertambah warga huninya dari semasa ke semasa sehingga sekarang. Rata-rata ibubapa penduduk di sini bergantung harap pada hasilan getah dan pertanian kecilan.

Menyedari hakikat kemiskinan, kesukaran perhubungan dan kepentingan ilmu pendidikan kepada anak-anak, maka sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1989 merupakan cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Bertam., merupakan suatu realisasi keinginan warga desa bernilai emas, hasil paduan semangat dan keringat semua pihak dari segenap lapisan masyarakat.  Setahun kemudiannya, SKKS seterusnya berdikari sebagai sebuah sekolah dengan guru besar pertamanya En. Aziz bin Tahir.

Perhubungan utama ke SKKS ialah melalui jalan air dari Bertam Baru – sebuah pekan tumpuan penduduk sekitar. Alternatif lain untuk ke SKKS ialah melalui jalan darat belum berturap di sepanjang Ladang Kelapa Sawit Serasa dari Cabang Felda Chiku di Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang.

Terdapat dua jalan utama ke Bertam Baru. Jalan utama menghubungkan lebuhraya dengan Bertam Baru melalui Simpang Sungai Asap (hampir 20 km sebelum ke Gua Musang). Bertam Baru juga boleh dihubungi menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan pilihan utama hampir kebanyakan penduduk dan tenaga-tenaga pengajar sekolah-sekolah di daerah sekitar Gua Musang ini.

SKKS mempunyai bilangan guru seramai 6 orang, 3 orang kakitangan dengan jumlah murid seramai 64 orang dari tahun 1 hingga tahun 6. Hampir kesemua murid di sini menetap di asrama desa yang telah disediakan di bawah seliaan seorang warden. Walaupun dengan jumlah yang tidak terlalu besar, warga SKKS tetap tabah dan bersedia memikul segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh semangat muhibbah dan persaudaraan.

Sehingga hari ini pada januari 2014, SKKS telah mempunyai seramai 18 orang guru, 7 orang kakitangan dan jumlah murid seramai 112 orang bermula dari peringkat prasekolah sehingga Tahun 6. Pada tahun 2013, sejarah telah dicatatkan di SKKS oleh anak desa yang menyusur sungai mencari ilmu dengan memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR. 5A dicapai, tiket penerbangan dianugerahi menjadi cabaran penghuni seterusnya mencontohi adik Ninie Azniera binti Mohamad.

S.K.K.S…., Sekolah Kebangsaan Kesayangan Semua…

S.K.K.S…., Segala Kerja Kami Sempurnakan…

S.K.K.S…., Saya Kagum Keindahan Sekolah… (Bangunan Tersergam Indah)

S.K.K.S…., Semua Kakitangan Kuat Semangat… (Sanggup Sahut Cabaran)

S.K.K.S…, Segala Kesukaran Ketabahan Semua… (Cabaran)

S.K.K.S…., Semoga Kejayaan Kegilaan Sarana… (Motivasi)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai
Peti Pos Bertam Baru
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia
Telefon = 0179080012
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]