Sekolah Kebangsaan Kubang Leret

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kubang Leret
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU BERAMAL BERIMAN
Ditubuhkan1974


Sekolah Kebangsaan Kubang Leret atau nama ringkasnya SK Kubang Leret, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kubang Leret terletak kira-kira 30 km dari bandar Alor Setar, di kampung Kubang Leret Mukim Lesong. Sekolah yang dibina pada tahun 1974 merupakan sebuah sekolah yang dibina secara gotong royong oleh penduduk kampung yang pada ketika itu berjumlah kira-kira 250 orang yang begitu perihatin terhadap kepentingan pendidikan. Bangunan sekolah pada ketika amat serba kekurangan iaitu hanya bertiangkan batang nibung, beratapkan rumbia, dindingnya pula daripada kepingan papan serta berlantaikan tanah. Walaupun penduduk terpaksa berpuashati dengan adanya tempat untuk anak-anak mereka menimba ilmu namun jauh disudut hati mereka inginkan sebuah sekolah yang lebih selesa dan sempurna serta selamat, lebih-lebih lagi di zaman yang kian mencabar ini.

Akhirnya segala impian yang telah ditunggu sejak sekian lama terlaksana jua iaitu dalam tempoh sebulan mulai 01/12/1983 hingga 31/12/1983 bangunan sekolah yang baru akhirnya berdiri megah di kampung ini. Tiga belas tahun berikutnya iaitu pada tahun 1996 terbina pula sebuah bangunan baru yang menempatkan dua bilik darjah. Sekolah ini jua dilengkapi dengan sebuah Pusat Sumber yang disumbangkan oleh Yang Berhormat, Menteri Besar Kedah kerika itu Dato’ Paduka Seri Osman Bin Aroff dan menyusul pula kemudiannya pada tahun 1993 sebuah bangsal basikal yang disumbanghkan oleh Yang Berhormat En Baharom Bakar ADUN Pokok Sena.

Dengan terbinanya sekolah ini maka secara tidak langsungnya telah menjadi mercu tanda bagi penduduk di sini yang telah bersusah payah sebelum ini bagi memenuhi cita-cita yang tersirat selama ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]