Sekolah Kebangsaan Labu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Labu
Lokasi
 Malaysia Batu 10, 71900, Labu,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6067914008
Kod sekolahNBA4014
Faks6067914008
Map


Sekolah Kebangsaan Labu atau nama ringkasnya SK Labu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 10.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Labu memiliki 160 pelajar lelaki dan 143 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 303 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Labu merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Kampung Labu, Batu 10, Seremban, Negeri Sembilan, iaitu sebuah sekolah dalam kategori sekolah luar bandar. Sekolah ini terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Seremban dan kedudukannya dalam Daerah Seremban Utara mengikut pembahagian daerah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Dari segi pentadbiran kerajaan tempatan, ia terletak di bawah Majlis Perbandaran Nilai. Sekolah ini mempunyai murid seramai 320 orang (tahun 2007). Majoriti pelajarnya tinggal di kampung-kampung berhampiran sekitar tiga kilometer dari sekolah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Januari 1957 sebuah bangunan kecil di Kampung Labu, Batu 10 berhampiran dengan landasan keretapi Kuala Lumpur-Seremban telah dijadikan sebuah sekolah. Sekolah ini dikenali dengan nama SEKOLAH MELAYU LABU. Seramai 20 orang murid telah didaftarkan sebagai murid pertama belajar di sekolah kecil dan serba kekurangan ini. En Alwi bin Sariban telah menjadi Guru Besar yang pertama di sekolah ini. Beliau dibantu oleh En Abdul Razak bin Abu dan Puan Rafeah bt Haji Yusof.

Dengan adanya sekolah ini, dapatlah anak-anak dari persekitaran Labu ini balajar dan menerima pendidikan rasmi. Perkembangan sekolah ini amat menggalakkan. Muridnya bertambah tahun demi tahun. Pada peringkat awalnya setakat darjah tiga, akhirnya bertambah hingga darjah enam.

Atas kerjasama dan permuafakatan pengurus sekolah, penduduk kampung dan YB Encik Ahmad bin Manap (wakil rakyat Labu ketika itu) serta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan maka terbinalah sebuah bangunan baru dua tingkat di atas sebidang tanah yang luasnya lima ekar, kira-kira 700 meter dari tapak lama. Bangunan baru ini diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN LABU. Sekolah ini telah dirasmikan pada 15 Julai 1976 oleh YAB Dato Rais bin Yatim yang merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu.

Akibat jumlah pelajar sekolah ini yang semakin meningkat, hasilnya pada tahun 1989 atas konsep gotong-royong sebuah bangunan yang mengandungi empat bilik darjah berjaya dibina. Pada tahun 1999 sebuah lagi bangunan yang mengandungi dua blik darjah dan satu stor sukan telah siap dibina dan tahun seterusnya sebuah lagi bangunan baru yang mengandungi tiga bilik darjah siap dibina. Secara ringkasnya sehingga 2002 sekolah ini mempunyai lima blok bangunan termasuk satu bangunan prasekolah. Selepas beberapa tahun sebuah prasekolah dibina. Di sekolah ini ada 2 buah prasekolah. Pada tahun 2007 pula, sebahagian atap bangunan telah digantikan dengan yang baru.

Guru besar[sunting | sunting sumber]

Senarai guru besar Sekolah Kebangsaan Labu (1976 - 2009)

  • 1976 - 1978 - En Abu Bakar bin Haji Yahya (PJK)
  • 1978 - 1981 - En Ahmad b Salleh
  • 1981 - 1987 - En Abd Rahman b Jantan
  • 1987 - 1996 - En Mohd Yusof bin Senara
  • 1997 - 1999- En Ramli bin Haji Abd Latip
  • 1999- 2003 - Pn Hjh Maimunah bt Haji Mahmud
  • 2003-2004 - En Azahar bin Jamaluddin
  • 2004 - Tuan Hj Osman bin Abdullah
  • 2004 - 2008 - Tn Hj Abd Ghani b Abd Rahman
  • 2008 - 2013 -Encik Azhar Bin Ayop
  • 2013 hingga Jun 2015- Encik Isahak Bin Manap
  • Jun 2015- hingga kini - Encik Khaimin Bin Sapari (GPK 1 Memangku jawatan Guru Besar)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Labu
Batu 10
71900, Labu
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067914008
Fax = 6067914008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]