Sekolah Kebangsaan Labu Ulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Labu Ulu
Lokasi
Bt. 8 Jalan Labu, 71900, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERUSAHA BERJAYA
Ditubuhkan1895
Nombor sekolah6067911727
Kod sekolahNBA4013
Faks6067911727
Map


Sekolah Kebangsaan Labu Ulu atau nama ringkasnya SK Labu Ulu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Bt. 8 Jalan Labu.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Labu Ulu memiliki 207 pelajar lelaki dan 215 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 422 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Labu Ulu mula diasaskan pada tahun 1895 dengan mula beroperasi hanya dari sebuah bangsal. Hanya pada tahun 1901 sebuah bangunan beratap bertam dan berdinding kayu dibina atas mesyuarah penduduk kampung. Pada awalnya sekolah ini mempunyai 30 orang murid lelaki dan seorang guru yang juga merangkap sebagai guru besar.

Pada tahun 1915 baharulah ia menerima kemasukan pelajar perempuan seramai 18 orang dan pertambahan seorang guru perempuan. Oleh kerana semangat untuk belajar semakin memuncak dikalangan penduduk setempat maka sebuah bangunan tambahan dibina pada tahun 1939.

Pada tahun 1967 sekolah ini telah berpindah sepenuhnya dari tempat asal yang berhampiran dengan masjid dan juga jalan keretapi utara-selatan. Sekolah ini telah menerima bekalan elektrik pada tahun 1976. Bagi memenuhi keadaan semasa maka dibina lagi sebuah bangunan tambahan dan padang permainan pada tahun 1982.

Pada tahun 2003 dua blok bangunan baharu siap sepenuhnya. Bangunan ini dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti makmal sains, bengkel kemahirah hidup, bilik seni dan sebagainya. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada tanggal 12 Februari 2004.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Labu Ulu
Batu 8, Jalan Labu,
71900, Seremban
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6067911727
Fax = 6067911727

Pautan luar[sunting | sunting sumber]