Sekolah Kebangsaan Labuan Haji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Labuan Haji
Lokasi
W.D.T 146, 91309, Semporna,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089786986
Kod sekolahXBA3335
Guru besarAli Mansa Bin Lahama[1]
Faks6089786986


Sekolah Kebangsaan Labuan Haji atau nama ringkasnya SK Labuan Haji, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di W.D.T 146.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Labuan Haji memiliki 36 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 72 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, begitulah juga halnya dengan Sekolah Kebangsaan Labuan Haji, Semporna. Sekolah ini telah diilhamkan pembinaannya oleh Allahyarham Panglima OT Tanjilol Bin Panglima Bungang yang pada masa itu ialah ketua kampung bagi Kampung Labuan Haji, Semporna. Hasil kerjasama beliau bersama Pegawai Pelajaran Daerah Semporna pada masa itu iaitu Encik Omar Baki Bin Abun maka wujudlah Sekolah Kebangsaan Labuan Haji, Semporna sehingga ke hari ini.

Sekolah Kebangsaan Labuan Haji, Semporna merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Pulau Bum-Bum, Semporna. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 01 Mac 1988. Tapak sekolah ini telah didermakan oleh ketua kampung Labuan Haji iaitu Panglima OT Tanjilol Bin Panglima Bungang bagi memajukan pendidikan anak watan. Bangunan akademik pertamanya telah siap dibina pada 02 April 1988. Pada tarikh tersebut, seramai 75 orang murid dan 6 orang guru telah memulakan pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1991, dua unit rumah guru telah siap dibina. Manakala pada tahun 1997, satu blok bangunan akademik yang memuatkan 2 bilik darjah dan satu bilik pentadbiran telah siap dibina.

Semenjak pembinaanya, Sekolah Kebangsaan Labuan Haji, Semporna telah ditadbir oleh beberapa orang guru besar

1.  Encik Hussin Bin Hj. Hamzah         1988 – 1990

2.  Encik Munap Bin Andusin                      1990 – 1993

3.  Encik Yusof Bin Hj. Gujong                     1993 – 1995

4.  Encik Abd. Rashan Bin Hj. Ibrahim     1995 – 1998

5.  Hj. Abd. Napis Bin Hj. Mahmud           1998 – 2007

6.  Encik Abu Bakar Bin Ali                     2007 – 2010

7.  Encik Ali Mansa Bin Lahama              2010 – sekarang

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

1.   Lencana berbentuk Lepa Layar melambangkan alat pehubungan masyarakat Bajau pada masa dahulu.

2.   Perkataan S.K. LABUAN HAJI, SEMPORNA adalah merujuk kepada nama sekolah.

3.   Moto BERILMU BERWAWASAN bertujuan membawa warga SK.Labuan Haji, Semporna untuk berbudaya ilmu serta berpandangan jauh ke hadapan.

4.   Warna hijau tua menunjukkan kesuburan tumbuh-tumbuhan yang senantiasa menyegarkan pemandangan SK. Labuan Haji, Semporna.

5.   Warna biru muda melambangkan suasana SK. Labuan Haji yang dikelilingi oleh persekitaran laut yang bersih dan indah.

6.   Bentuk obor melambangkan semangat yang sentiasa membara untuk terus bersaing dalam pelbagai bidang di kalangan warga sekolah khususnya murid-murid.

7.   Susunan buku melambangkan kepentingan ilmu kepada semua insan.

8.   Bentuk bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Labuan Haji
W.D.T 146
91309, Semporna
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089786986
Fax = 6089786986

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]