Sekolah Kebangsaan Ladang Kerilla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ladang Kerilla
Lokasi
 Malaysia Wakil Pos Ladang Kerilla, 17500, Tanah Merah,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099771417
Kod sekolahDBA5290
Faks6099777270


Sekolah Kebangsaan Ladang Kerilla atau nama ringkasnya SK Ladang Kerilla, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wakil Pos Ladang Kerilla.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ladang Kerilla memiliki 60 pelajar lelaki dan 59 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 119 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

KRONOLOGI SEJARAH SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KERILLA - SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG KERILLA TANAH MERAH, KELANTAN.


Oleh : Mohd Hanafi Ibrahim (GK HEM SKLK)


       Sekolah Tamil Ladang Kerilla telah dibina dalam tahun 1933.  Ia dibina di tepi Sungai Kelantan dan  berhampiran dengan pusat pengurusan Ladang Kerilla . Pada masa itu, ia juga terletak berdekatan dengan kuil Hindu, berek-berek penempatan pekerja kaum India, panggung wayang dan kedai-kedai utama di ladang tersebut.  Kini bangunan asalnya  sudah tiada lagi.  Hanya yang tinggal ialah kesan-kesan tapak bangunan  dan padang sekolah sahaja.  Ia terletak 25 kilometer dari bandar Tanah Merah   
       
       Sekolah ini telah mengalami perubahan aliran bahasa pengantar dan nama sekolah. Kini, ia telah berpindah ke tapak sekolah baru dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Ladang Kerilla.

Catatan Kronologi Sejarah Tamil Ladang Kerilla

Tahun 1933 - Sekolah Tamil Ladang Kerilla mulai ditubuhkan oleh orang Inggeris

                           yang mengurus Ladang Kerilla (Duff Development)  pada masa itu. 
                           Ia ditubuhkan untuk memenuhi keperluan   belajar  anak-anak 
                           pekerja  ladang berbangsa India yang teramai di     Ladang tersebut. 
                           Gaji guru dibayar oleh pihak pengurusan ladang.                                                  
        -     Pada peringkat permulaanya ada 50 orang murid  India .   Seorang
               guru iaitu En Gopal dilantik menjadi guru dan juga guru besar.
               Selain menjadi tempat belajar untuk kanak-kanak , sekolah ini juga
               mengadakan  kelas orang dewasa yang buta huruf pada waktu
               petang.

Tahun 1937 - En. Veerapan telah dilantik sebagai Guru Besar.

Tahun 1938  -        En Arumugan dilantik sebagai Guru Besar.

Tahun 1941 - Sekolah ini ditutup semasa pemerintahan Jepun sehingga

                              tahun 1945.

Tahun 1947 - Gaji guru-guru di sekolah ini mulai dibayar oleh kerajaan.

Tahun 1958 - En G. Asirathan ( seorang guru terlatih dari India ) telah di

                              lantik sebagai Guru Besar.

Tahun 1968 - Sekolah Ladang Kenneth , Sekolah Sokor,Sekolah Ladang

                                Kuala Hua dan Sekolah Ladang Kerilla telah digabungkan
                                dan ditempatkan di Ladang Kerilla.
                               Berikutan Laporan Razak, nama sekolah ini telah ditukar sebagai
                               Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Kerilla.
                                Lembaga  pengurus sekolah ini ditubuhkan dan diketuai oleh
                                pengurus Ladang Kerilla (orang Inggeris).

Tahun 1976 - Tan Sri Manickkavasagam telah melawat ke sekolah ini dan

                                meluluskan peruntukan kerajaan berjumlah  $ 15,000.00
                                untuk membina sebuah sekolah kayu yang baru. 

Tahun 1963 - En G. Raman ( seorang guru DTC terlatih yang pertama ke

                                sekolah ini bersama  5 orang guru lain lagi mulai mengajar
                                 menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan oleh
                                 Kementerian Pelajaran.
                                            

Tahun 1.1.65 - En G. Raman telah dilatih secara rasmi sebagai Guru Besar.

                          -      Cikgu Muhamad Bin Ibrahim dari Sekolah Kebangsaan Kampung
                                  Panjang diminta mengajar Bahasa Melayu secara sambilan di
                                  sekolah ini. Imbuhannya dibayar oleh pihak pengurusan ladang
                                  Guru-guru bahasa Melayu yang lain ialah En N.Govindasamy dan
                                  En R.Limggan . Bilangan murid dalam lingkungan 200 orang 
                                  ( semuanya murid India ).

Tahun 1.1.68 - En N Govindasamy telah dilantik sebagai Guru Besar.

Tahun 2.1.68 - YM Raja Yusuf bin Raja Mahmood ( guru Melayu terlatih yang

                                   pertama ditempatkan di sekolah ini ) mengajar bahasa Inggeris.

Tahun 1972 - Masyarakat India Ladang Kerilla mengambil keputusan

                                   menukar aliran bahasa pengantar sekolah daripada bahasa Tamil
                                   kepada   Bahasa Kebangsaan.    Pada peringkat permulaanya , 
                                   pelaksanaanya  dijalankan kepada kelas 1 dan 2.

Pada 1.1.73 - R.Chelliah telah dilantik sebagai Guru Besar.

Tahun 1976 - Sekolah ini ( SRJK(T)) secara automatik telah ditukarkan kepada

                                    Sekolah Rendah Kebangsaan Ladang Kerilla. 


Tahun 1982 - G.Pallikodthan telah dilantik sebagai guru besar. Tahun 1983 - Sekolah ini telah berpindah ke tapak baru di bangunan batu 2

                                     tingkat( sekolah sekarang) yang dibina oleh kerajaan 
                                     bersebelahan   dengan Sekolah Menengah Ladang Kerilla .   
                                       

Tahun 1985 - Nama sekolah diubah kepada Sekolah Kebangsaan Ladang

                                     Kerilla  dan diberi  kod sekolah DBA 5290.   
                                    
Pada 1.6.1996     -        En G Pallikodthan telah bersara wajib.

Pada 1.10.1996 - En Ismail bin Yusuff telah dilantik sebagai guru besar.

                                       Ketika itu, 100 % murid adalah bangsa India.

Pada 1.1.1997 - Sebahagian murid Melayu daripada SK Kg Panjang, SK. Sokor

                                      dan SK Kg Kerilla (Machang) mulai berpindah belajar di
                                      sekolah ini.        
                                                                                                           Mhi1997

Pada 31.12.2003 - En Camaruddin Bin Muhammad telah menggantikan En Ismail Bin

                                 Yusuf Yang telah dinaikkan pangkat menjadi Guru 
                                 Besar di SK Batang Merbau


Pada 28.2.2008 - En Ishak Bin Daud telah menjadi Guru Besar menggantikan

                                   En Camaruddin yang bersara wajib di sekolah ini.


Pada 1.7.2011 - En Mohd Nassir Bin Mustafa sebagai Guru Besar

                                   menggantikan En Ishak  Bin Daud yang bersara wajib di sekolah ini.


                                                                                            Mhi2011

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ladang Kerilla
Wakil Pos Ladang Kerilla
17500, Tanah Merah
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099771417
Fax = 6099777270

Pautan luar[sunting | sunting sumber]