Sekolah Kebangsaan Langkap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Langkap
Lokasi
Permaisuri, 21500, 21500 Setiu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Panduan Hidup
Nombor sekolah6096091190
Kod sekolahTBA6070[1]
Guru besarKHAIRUL AZMAN BIN ADENAN
GPK Pentadbiran dan AkademikNOR AINI BINTI ISMAIL
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMOHD SIDEK BIN TAHIR
Penolong Kanan KokurikulumSA'ARI BIN KADIR
FaksTiada
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Langkap (singkatan: SK Langkap) merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Langkap, Setiu, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Langkap memiliki 54 orang pelajar lelaki dan 69 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 123 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Latar belakang sekolah[sunting | sunting sumber]

SK Langkap terletak dalam kawasan kampung dan merupakan sebuah sekolah satu sesi. Jumlah enrolmen murid SK Langkap ialah seramai 124 orang murid, 24 orang daripadanya adalah dari Prasekolah. Jumlah enrolmen bagi setiap kelas adalah antara 11 hingga 21 orang murid, dan hanya terdapat satu kelas bagi setiap darjah. Sekolah ini berdekatan dengan Perpustakaan Desa Langkap, dan antara kampung yang terdekat dengan kawasan sekolah ialah Kampung Langkap, Kampung Langkap Baru, Kampung Alor Lek Kasar dan Kampung Merbau Menyusut. Kebanyakan murid tinggal berhampiran atau sekitar kawasan sekolah dan berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Kebanyakan mereka bekerja sendiri (peniaga), buruh, nelayan, pesawit dan lain-lain.

Sejarah penubuhan sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Langkap (SKL) telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1945. Sekolah ini diasaskan oleh Tuan Hj. Mohamed  bin Abdul Rahman yang berasal dari Johor. Penubuhan sekolah rakyat ini bermula di bawah rumah salah seorang penduduk kampung, Tayed bin Abdul Rahman, yang terletak di pinggir Sungai Langkap. Guru pertama yang mengajar di sini ialah pengasasnya iaitu Tuan Haji Mohamed bin Abdul Rahman. Pada permulaannya, seramai 15 orang murid belajar di sekolah ini. Pada masa itu, hanya kelas tahun 1 sahaja yang diwujudkan.

Pada tahun 1950, sekolah ini telah berpindah ke seberang Sungai Langkap dan didirikan hasil gotong-royong penduduk kampung. Pada masa itu, sekolah ini dikenali sebagai Rumah Sekolah Rakyat. Pada tahun 1952, Tuan Morgan, iaitu Pegawai Daerah Kuala Terengganu telah melawat Kampung Langkap dan beliau mendapati telah wujud sebuah sekolah di sini. Dengan usaha Tuan Morgan, sekolah baharu dibina di tapak bangunan kantin sekarang. Ketika itu, ada 2 kelas iaitu Tahun 1 dan Tahun 2. Subjek yang diajar pada masa itu ialah Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan Bahasa Melayu (Jawi). Gaji guru yang mengajar pada masa itu ialah RM1.00 dan 2 cupak beras hasil sumbangan murid-murid.    

Pada tahun 1952, pihak Jabatan Pelajaran Negeri telah menghantar Guru Kumpulan 3 iaitu Encik Wan Abu Bakar bin Chik untuk membuat pemantauan. Selepas itu, sekolah telah mendapat bantuan buku-buku dan papan slip. Guru Besar pertama yang bertugas di sini ialah Encik Abdul Rahman bin Hamid. Pada tahun 1955, sekolah ini mendapat bantuan atap dan dinding papan. Keadaan sekolah ini lebih selesa daripada keadaan sebelumnya. Sekolah ini kemudiannya dikenali dengan nama Sekolah Umum Ulu Nerus.

Pada tahun 1955, hasil usaha wakil rakyat pada masa itu iaitu Yang Berhormat Abdul Rahman bin Long, bangunan sekolah baru dilengkapi enam bilik darjah telah dibina. Ketika itu, sekolah mempunyai 40 orang murid. Pada tahun 1998, bangunan sekolah tersebut telah dirobohkan seterusnya digantikan dengan bangunan baru. Mengikut rentetan sejarahnya, guru besar yang bertugas sekarang iaitu En Khairul Azman bin Adenan merupakan guru besar yang ke-17 bermula 27 Disember 2020. Beliau yang dibantu oleh PIBG sekolah ini bertanggungjawab memastikan sekolah ini mencapai kecemerlangan dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko-kurikulum.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Langkap
Kg.Langkap, 21500 Setiu,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = +609-6091190

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]