Sekolah Kebangsaan Langkon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Langkon
MotoIlmu Pelita Hidup
Ditubuhkansejak 1961
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaVung Nyuk Yin @ Effie Jane Siti Fatimah Abdullah
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikLenis Bailun
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAsmah binti Jalil @ Zaiton
Penolong Kanan KokurikulumNoorliyana Binti Adnan @ Elvina Singke
Pengerusi PIBGPuan Saloma Salmin
Kod sekolahXBA5103
Lokasi Malaysia Peti Surat 140 89108, Kota Marudu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Nama singkatanSK Langkon
Laman sesawanghttp://sklangkon.synthasite.com
Telefon+6088663661
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Langkon atau nama ringkasnya SK Langkon, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan daripada 33 buah sekolah yang terletak dalam daerah Kota Marudu. Sekolah ini terletak berhampiran dengan persimpangan jalan ke Kudat dan Pitas iaitu kira-kira 10 kilometer dari Pekan Baru Goshen, Kota Marudu.

Pada 2015, Sekolah Kebangsaan Langkon memiliki 189 pelajar lelaki dan 161 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 450 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2015

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Langkon, Kota Marudu diasaskan dari buah fikiran para penduduk pada tahun 1961 ekoran keperluan para pekerja ladang getah pada masa tersebut. Pada tahun 1961, Tuan Weight (Pengurus Estet Langkon) dengan mendapat kebenaran Kerajaan British (British North Borneo) telah mendermakan bangunan Panggung Wayang yang boleh menampung seramai 100 orang untuk dijadikan sekolah pada siang hari.

Panggung Wayang tersebut berukuran 60 x 40 kaki, beratap zink, lantai papan, bangku panjang dan tidak mempunyai dinding (Sumbangan pihak pengurusan estet). Sekolah tersebut dinamakan “ Langkon Vernacular Native School ” atau "Langkon Native Voluntary School" dan mempunyai pelajar seramai 50 orang yang terdiri daripada anak-anak penoreh getah. Angkatan pertama para pelajar SK Langkon yang Berjaya adalah terdiri daripada :-

A) Cikgu Abd. Rakah Amin (Mantan Guru Besar SK Panaitan, Kota Marudu)

B) Cikgu Madun Enjil (Mantan Guru Besar SK Inderason, Kudat)

C) Cikgu Jepinis Bt Anak (Mantan Guru Besar SK Dudar, Kudat)

D) Cikgu Awang Asai @ Mentoh (Mantan Guru Besar SK Pekan Papar)

SK Langkon merupakan sekolah aliran Melayu yang kedua ditubuhkan di Daerah Kota Marudu selepas penubuhan SK Pekan Kota Marudu, SK Tigaman dan SK Bengkongan.

Pada tahun 1963, tapak baru sekolah telah diserahkan oleh Pihak Pengurusan Estet Langkon kepada Kerajaan Borneo berukuran lebih kurang 7 ekar dan menempatkan 1 bangunan sekolah, sebuah rumah guru. Bangunan sekolah tersebut beratap zink, lantai papan dan dinding nipah (kajang). Bangunan panggung wayang masih digunakan untuk menempatkan pelajar tahun 6. Bangunan baru tersebut dirasmikan oleh OKK Awang Ali (Ketua Anak Negeri Bahagian Bandau) dan dinamakan dengan Sekolah Kebangsaan Langkon manakala Guru Besar pertama pada masa itu adalah Cikgu Salleh Bin Matusin. Terdapat 5 orang guru yang bertugas di SK Langkon pada masa tersebut.

Tahun 1970, Pengurus Estet Langkon telah menjual ladang getah tersebut kepada 2 orang tauke berbangsa Cina iaitu Mr. Wong Thiam Jin dan Mr. Ah Lok Thiam.

Tahun 1976, Apabila Kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Haris Salleh memenangi pilihanraya, pokok Getah telah digantikan oleh tanaman ubi kayu dan tahun 1980 Ladang Langkon telah diambilalih oleh LKTNS dan tanaman ubi kayu telah digantikan dengan tanaman kelapa sawit.

Pada masa kini, SK Langkon mempunyai sebuah bangunan pentadbiran, bangunan Pusat Sumber & Pusat Akses, 3 buah bangunan sekolah, sebuah bangunan prasekolah, 5 unit rumah guru dan sebuah bangunan makmal komputer (belum beroperasi) dan berkongsi bangunan dengan SMK Langkon, Kota Marudu.

Sejarah Pentadbir[sunting | sunting sumber]

  • En. Salleh Matusin (1961 - 1964)
  • En. Hassan Ahmad (1965 - 1966)
  • En. William Angin Gansing (1967 - 1971)
  • En. Roslee Abdul Ghani (1972 - 1973)
  • En. Saibin Melanti (1974 - 1976)
  • En. Ismail Pidoh (1977 - 1979)
  • En. Ramlan Md. Zain (1980 - 1987)
  • En. Carles Alidin Ladzim (1988 - 2001)
  • En. Ressi Dai (2002 - 2014)
  • Pn. Vung Nyuk Yin @ Effie Jane Siti Fatimah Abdullah (2014 - sekarang)

Visi & Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

VISI SEKOLAH

Membentuk dan melahirkan modal insan cemerlang berteraskan JERIS untuk memperkasakan pelajar berasaskan kurikulum dan ko-kurikulum.

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI SEKOLAH

Cemerlang dalam pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum ke arah memperkasakan kemenjadian murid menjelang 2011.

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Logo Sekolah

Tafsiran Logo Sekolah

Bentuk Intan Melambangkan kemakmuran dan kemajuan.

Obor Mencerminkan semangat dan cita-cita pelajar.

Tiga buah buku, radas dan alat matematik Melambangkan asas pendidikan.

Pokok Kelapa Sawit Menunjukkan latar belakang sumber ekonomi masyarakat di sekitar.

Tafsiran Warna Pada Logo Sekolah

Hijau Kesuburan perkembangan mental para pelajar.

Kuning Keagungan dan keikhlasan.

Biru Perpaduan di antara guru-guru dan ibu bapa.

Merah Keberanian menghadapi cabaran.

Putih Kesucian hasrat dan cita-cita pelajar.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Ilmu Pelita Hidup

Ilmu Pelita Hidup

Cogankata sekolah kami

Dijaga nama baik sekolah

Berdisiplin sepanjang masa


Ibu dan juga bapa

Guru-guru yang mendidik kami

Jasamu tetap kami kenangkan

Tak mudah dilupakan


Berusaha, berjasa, berbakti

Pada negara, agama, bangsa yang dicita

Itulah cinta yang mulia


Walau apa halangannya

Semangat kami takkan patah

Usaha terus berusaha

Menuju puncak jaya

Staf & KTBM[sunting | sunting sumber]

Staff SK Langkon 2005 bersama mantan Guru Besar, En. Ressi bin Dai
  1. Vung Nyuk Yin @ Effie Jane Siti Fatimah Abdullah (Guru Besar)
  2. Lenis Bailun (Penolong Kanan I)
  3. Asmah binti Jalil @ Zaiton (Penolong Kanan HEM)
  4. Noorliyana Binti Adnan (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
  5. Rinawati Binti Danil (Guru Bimbingan & Kaunseling)
  6. E. Hermenegildus Ukun (Guru Data)
  7. Mejran Bin Duman (Setiausaha Peperiksaan Dalaman)
  8. Zainah Binti Joyo (Guru Pemulihan)
  9. Edawrd Tam (Ketua Panitia Bahasa Malaysia)
  10. Gustin Akiu @ Mun (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
  11. R'Tynella Athalia Matin (Ketua Panitia Matematik)
  12. Rita Kapal (Ketua Panitia Sains)
  13. Normadiah Binti Piut (Ketua Panitia Pendidikan Moral)
  14. Welfread Matuha (Guru Skim Pinjaman Buku Teks)
  15. Asnahti Binti Disah (Ketua Panitia Kajian Tempatan)
  16. Saili Bin Dawah (Ketua Panitia Kemahiran Hidup)
  17. Jaulah Binti Nimung (Ketua Panitia Pendidikan Seni)
  18. Daina Linggap (Ketua Panitia Pendidikan Muzik)
  19. Diris Lolo (Ketua Panitia Pendidikan Jasmani)
  20. Mohd. Shopfian Bin Ag. Ali (Ketua Panitia Pendidikan Kesihatan)
  21. Farhana Binti Mohamad (Ketua Panitia Bahasa Arab)
  22. Rukinah Jokilan (Guru Perpustakaan & Media)
  23. Dinah Tinggas ( Guru Penolong - Bahasa Malaysia)
  24. Dewana Binti Bandarin (Guru Penolong - Pendidikan Jasmani)
  25. Emran Bin Maidin (Guru Penolong - Sains)
  26. Anuar Bin Sanip (Guru Penolong - Bahasa Inggeris)
  27. Benly Bon Pemanul (Guru Penolong - Matematik)
  28. Helen Peter (Guru Penolong - Bahasa Inggeris)
  29. Mohd. Shaffardie Bin Satar (Guru Penolong - Bahasa Malaysia)
  30. Adlun Bin Anda (Guru Penolong - Sejarah)
  31. Nancy Leong (Guru Penolong - Bahasa Inggeris)
  32. Asmah Binti Jalil @ Zaiton (Guru Penolong - Bahasa Inggeris)
  33. Nor Azwani Binti Othman (Guru Penolong - Bahasa Arab)
  34. Nornaim Binti Abdul Halim (Guru Penolong - Bahasa Arab)
  35. Nur El Nabilah Sakinah Sariffudin (Guru Penolong - Bahasa Malaysia)
  36. Nur Hasmida Daud (Guru Penolong - Bahasa Arab)
  37. Nur Hazwani (Guru Penolong - Bahasa Arab)
  38. Suhinah Binti Nais (Guru Penolong - Pra Sekolah)
  39. Jolita Gata (Guru Penolong - Pra Sekolah)
  40. Julihin Kunggu (Pembantu Tadbir)
  41. Hariyanie Binti Oyong (Pembantu Am Rendah)
  42. Pam Kim Lung (Juruteknik Komputer)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Langkon
Peti Surat 140
89108, Kota Marudu
Sabah, Malaysia
Telefon = + 6 088 663 661
Fax = TIADA
E-mel = sklangkon@yahoo.com.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]