Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin
Lokasi
 Malaysia Lembah Beringin, KUALA KUBU BHARU, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIslah Istiqomah Berilmu, Beramal, Berbakti
Nombor sekolah011-65751644
Kod sekolahBBA5029
Pengerusi PIBGEn. Ahmad Jailani Bin Makhtar
PengetuaSamsudin Bin Ahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikMaswadi Bin Mohd Milatusamsi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMd Noor B Md Isa
Penolong Kanan KokurikulumMohamad Khoiri Bin Jaya
Faks0


Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin atau nama ringkasnya SK Lembah Beringin, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Lembah Beringin.

Pada Tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin memiliki 50 pelajar lelaki dan 67 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 117 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin mula dibina pada Mac 2003 dengan kos 8.6 juta dan siap sepenuhnya pada 18 Disember 2003. Pada tanggal 08.01.2004 sekolah ini telah beroperasi sepenuhnya sebagai salah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. SK Lembah Beringin terletak dalam kawasan perumahan kos sederhana dan elit serta terdapat padang golf. Lokasi sekolah ini juga berhampiran Lebuh RayaUtara Selatan. Sekolah ini dilengkapi dengan 30 kelas, 2 bilik makmal komputer, 2 buah makmal sains, sebuah Pusat Sumber Sekolah, sebuah dewan terbuka, surau, bilik seni, bilik muzik dan bilik kemahiran hidup. Lokasi sekolah ini agak terpencil iaitu 24 km dari pekan Kuala Kubu Bharu dan 25 km dari pekan Tanjung Malim, perak. Tiada kemudahan pengangkutan awam , balai polis, pejabat pos dan lain-lain. Walaubagaimanapun, sekolah ini terletak berhampiran dengan Kolej Yayasan UEM yang menempatkan pelajar cemerlang SPM yang bakal keluar negara. Mereka ini sering memberi kerjasama membantu meningkat motivasi murid SK Lembah Beringin. Pada peringkat awal operasi, murid-murid sekolah ini hanya terdiri daripada 75 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 11 orang sahaja. Kini bilangan murid telah meningkat ke 116 orang bagi kelas perdana dan 21 murid prasekolah. Bilangan guru pulaseramai 19 orang dan kakitangan sokongan seramai 3orang. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2003 dengan diterajui oleh caretaker Encik Zulkifli bin Radzi sehingga Februari 2004 dan kemudian diganti oleh En.Rusli bin Mohamad sehingga 15 November 2004 dan Pn Hjh Norlia menjadi guru besar pada 16 November2004 yang akhirnya bersara di sekolah ini pada 18.03.2014. Pn Azizah bt Hassan meneruskan deligasi pentadbiran di SK Lembah beringin sehinggalah pada 15.12.2016 beliau bersara wajib. Guru Besar terkini bermula 16.12.2016 ialah En. Samsudin Bin Ahmad sehinggalah kini...[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin
Lembah Beringin
44100 Kuala Kubu Bharu
Selangor, Malaysia
Telefon = 011-65751644

Pautan luar[sunting | sunting sumber]