Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya
Logo Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya.
Logo Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya.
Lokasi
Jalan 9A
Kampung Lembah Jaya Selatan, 68000 Ampang, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah rendah
MotoPengetahuan Punca Kejayaan
Ditubuhkan1987[1]
Nombor sekolah+603-42916046
Kod sekolahBBA4020[2]
Guru besarKhairul Anuar bin Nordin[3]
GPK Pentadbiran dan AkademikShahrol Nisman bin Haji Omar[4]
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridChe Wan Maimon binti Wan Nong[5]
Penolong Kanan KokurikulumJuhaida binti Sha'ari[5]
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangRosmawati binti Ibrahim[5]
Faks+603-42916056
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya, yang lebih dikenali sebagai nama ringkasnya SK Lembah Jaya, merupakan sebuah sekolah kebangsaan dalam bandar[2] yang terletak di Jalan 9A, Kampung Lembah Jaya Selatan, di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat[2]. Pada masa kini, Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya memiliki 1,339 murid dan 77 guruJun 2022.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya (SK Lembah Jaya) ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan pada 1 Januari 1987.

Pada peringkat permulaan, SK Lembah Jaya mempunyai seramai 32 orang guru dan 899 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Encik Abdullah bin Wahab. Semasa tahun pertama, SK Lembah Jaya mempunyai 20 buah bilik darjah. Pada tahun kedua, SK Lembah Jaya terpaksa menambah dua bilik darjah lagi kerana jumlah murid meningkat kepada 935 orang.

Buat sementara waktu, murid-murid sekolah, yang kebanyakannya tinggal di sekitar Lembah Jaya dan Bukit Belacan, menumpang di Sekolah Kebangsaan Ampang (SK Ampang) yang dijalankan pada sesi petang, kerana SK Ampang tidak dapat lagi menampung murid-muridnya yang sudah berjumlah melebihi 2,000 orang. Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Lembah Jaya telah mengkaji akan masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekitar Lembah Jaya yang terpaksa menumpang di SK Ampang yang jauhnya lebih kurang 10 kilometer. Maka jawatankuasa tersebut mengambil keputusan merayu kepada Jabatan Pendidikan Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor supaya membina sebuah sekolah baru di Lembah Jaya.

Berdasarkan rayuan itu Menteri Besar Selangor dan Menteri Pendidikan, yang ketika itu Encik Anwar Ibrahim, mengkaji secara mendalam rayuan tersebut dan memberi persetujuan untuk membina bangunan sekolah ini di atas tanah kerajaan Negeri Selangor atas kuat kuasa Menteri Besar dan telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor.

Kementerian Pendidikan memberi tanggungjawab kepada Kementerian Kerja Raya untuk memulakan pembinaan bangunan sekolah ini dalam bulan Julai 1987 dan jadual selesai pembinaannya ialah dalam bulan Februari 1988.

Pembinaan sekolah ini tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang dijadualkan. Oleh yang demikian, murid-murid SK Lembah Jaya masih menumpang di SK Ampang. Akhirnya, pada 3 Januari 1989, SKLJ dapat berfungsi dibangunannya sendiri.

Pada pertengahan tahun 1991, sekolah ini telah mendapat dua bangunan satu tingkat tambahan yang mengandungi 4 buah kelas untuk menampung jumlah murid yang bertambah sehingga mencecah 2,000 orang. Pada permulaan semester ke-2 tahun 1992, sebilangan murid sekolah ini telah dipindahkan ke SK Taman Kosas yang baru didirikan. Sehingga bulan Oktober 1995, bilangan murid di sekolah ini ialah seramai lebih kurang 1,930 orang manakala bilangan guru pula seramai 70 orang.

Pada tahun 2006, SK Lembah Jaya telah mempunyai 43 buah kelas dari sesi pagi dan petang yang dapat menampung jumlah murid seramai 1,560 orang murid keseluruhannya. Prasarana sekolah juga dipertingkatkan dengan tembok pagar bahagian laluan belakang sekolah yang dibina dimana dahulunya hanyalah pagar dawai dan kini diperbuat daripada tembok batu. Kemudahan surau juga dinaiktaraf dengan penambahan tempat untuk solat bagi murid-murid beragama Islam. Bilangan guru pada masa kini adalah seramai 75 orang yang bersama-sama menggembling tenaga dan usaha ke arah mencapai matlamat pendidikan[1].

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Mewujudkan satu sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta efektif berasaskan ICT dan komputer kepada semua murid[6].
  • Membentuk murid-murid yang cerdas, cergas dan berdaya saing melalui penglibatan dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum[6].
  • Mengamalkan iklim pendidikan sekolah yang ceria, harmonis dan kondusif serta menyemai nilai-nilai murni di kalangan murid[6].
  • Sentiasa menghubungkaitkan kerjasama pihak sekolah dengan PIBG bagi meningkatkan pencapaian akademik[6].

Visi[sunting | sunting sumber]

Memperkasakan sekolah dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sahsiah murid dan teknologi maklumat menjelang 2010[6].

Demografi[sunting | sunting sumber]

Demografi
Tahun Jumlah Murid Jumlah Guru
2009 1,325 69
Januari 2018[7] 1,226 76
April 2018[8] 1,206 75
Mei 2019[9] 1,243 72
Januari 2020[10] 1,294 75
Jun 2020[11] 1,292 75
Jun 2021[12] 1,307 74
Jun 2022[13] 1,339 77

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya
Jalan 9A, Kampung Lembah Jaya Selatan
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan,  Malaysia
Telefon: +603-42916046
Faks: +603-42916056
E-mel: bba4020@moe.edu.my[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]