Sekolah Kebangsaan Lio Mato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lio Mato
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Marudi., 98050, Marudi,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0132860078
Kod sekolahYBB4315
Guru besarENCIK COSMAS JAU AJANG
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK WEEJANE ANAK TOMIK
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK ENYUK ANAK GAUNG
Penolong Kanan KokurikulumENCIK MERING AJANG
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Lio Mato atau nama ringkasnya SK Lio Mato, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Marudi..

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lio Mato memiliki 27 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 47 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lio Mato merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman Baram. Sekolah ini merupakan salah satu daripada 68 buah sekolah yang berada dalam zon daerah Baram. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1957. Sebelum bangunan sekolah dibina, semua pengurusan dan proses P&P telah dijalankan di sebuah kubu yang berdekatan. Kubu ini telah diubahsuai untuk menempatkan murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pada mulanya, hanya 2 orang guru sahaja yang berkhidmat di sekolah ini iaitu Cikgu Belawan Apoi dan Cikgu Lenjau Upeh. Kedua-dua guru tersebut berasal dari Kampung Long Moh. Ini bermakna, sekolah ini telah mencapai usia 52 tahun yang menjadikannya mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Pemandangan yang cantik dan suasana yang mesra alam amat menyenangkan semua warga yang datang ke sekolah ini. Kawasan sekolah ini berada di kawasan lembah dan dikelilingi oleh gunung-ganang yang menghijau. Kita akan dapat lihat pemandangannya diselubungi oleh awan putih yang amat menyegarkan pada awal pagi.Kawasan sekolah ini juga berdekatan dengan sungai Baram (yang dahulunya popular dengan panggilan TELANG USAN).

Menurut sumber, nama Lio Mato ini berasal dari perkataan Kenyah yang membawa maksud "ratusan pulau". Kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan Lio Mato berketurunan Kenyah Badeng. Kaum kenyah amat kaya dengan kemahiran mengukir dan membuat kraftangan berasaskan manik.

Sekolah ini hanya dibekalkan dengan bekalan elektrik menggunakan generator dan ianya beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu. Bekalan air sekolah ini hanyalah bergantung semata-mata kepada empangan air kecil. Selain itu, sekolah ini berada berhampiran dengan Klinik Kesihatan Lio Mato. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan yang bertaraf sederhana seperti:

  • Dewan Makan dan dapur
  • Perpustakaan
  • Komputer dan peralatan ICT
  • Kelas Pemulihan Khas
  • Padang/gelanggang permainan (bola sepak, badminton, bola keranjang, bola tampar)
  • Asrama
  • Rumah guru
  • Generator - Elektrik 24 jam
  • Air paip
  • Kemudahan schoolnet


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lio Mato
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Marudi.
98050, Marudi
Sarawak,  Malaysia
Telefon = 0132860078
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]