Sekolah Kebangsaan Long Luteng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Long Luteng
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Marudi, 98050, Marudi,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0132860063
Kod sekolahYBA4306
Faks6085756893


Sekolah Kebangsaan Long Luteng atau nama ringkasnya SK Long Luteng, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan berasrama yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Marudi. Perjalanan dari bandar Miri ke sekolah ini agak memakan masa disebabkan perjalanan hanya boleh menggunakan kenderaan pacuan 4-roda. Tambahan pula, untuk sampai ke sekolah ini ada hanya dapat melalui jalan balak kerana juga terletak di pedalaman hutan Baram. Jarak perjalanan dari miri ke sekolah yang keseluruhannya pelajar berbangsa Penan ini mengambil masa kira-kira 5-6 jam melalui pekan Long Lama.

Sekolah ini terletak dikawasan penempatan suku kaum Penan. Terdapat kira-kira 10 buah kampung suku kaum Penan yang mendiami di sekitar kawasan pedalaman serta berhampiran dengan sekolah ini. Kebanyakkan kanak-kanak dari suku kaum Penan menimba ilmu disekolah ini. Mereka menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada yang terdapat disekolah ini.

Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Long Luteng memiliki 184 pelajar merangkumi pelajar Prasekolah hingga ke tahun 6. Manakala bilangan guru adalah seramai 14 orang guru dan bilangan staf bukan guru ialah 8 orang. Di sekolah ini terdapat guru yang berasal daripada semenanjung dan guru tempatan mengajar di sekolah ini. Pada saat ini, guru besar sekolah Kebangsaan Long Luteng ialah Encik Chali Anak Bundak yang merupakan salah seorang pendidik yang berasal daripada Saratok, Sarawak.2017

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Long Luteng
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Marudi
98050, Marudi
Sarawak, Malaysia
Telefon = 0132860063
Fax = 6085756893

Pautan luar[sunting | sunting sumber]