Sekolah Kebangsaan Long Segaham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Long Segaham
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga, 96900, Belaga,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB7205
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Long Segaham atau nama ringkasnya SK Long Segaham, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Long Segaham memiliki 53 pelajar lelaki dan 55 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 108 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Long Segaham telah ditubuhkan pada 14 Februari 1964 dengan nama “Long Segaham Primary School”, kemudian digazette pada tahun 1965 dibawah pentadbiran Majlis Daerah Kapit. Pada awalnya sebelum penubuhan Sekolah Kebangsaan Long Segaham, penduduk – penduduk dari Uma Nyaving dan Uma Apan Long Majawah, Kejaman Long Segaham dan Uma Lahanan Long Semuang menghantar anak – anak mereka belajar di sekolah yang jauhnya kira – kira 38 kilometer dari kawasan – kawasan rumah panjang mereka, iaitu Sekolah Kebangsaan Abun Matu di Pekan Belaga.

Disebabkan pada ketika itu dikawasan ini belum ada pengangkutan sungai yang baik dan lebih –lebih lagi ramai penduduk masih dalam keadaan serba kekurangan, belum lagi mampu membeli motor sangkut untuk menghantar anak –anak mereka ke sekolah. Anak – anak yang pergi ke sekolah terpaksa berkayuh ke sekolah dan berkayuh semasa balik dari sekolah. Ada masanya juga bermacam – macam kemalangan telah berlaku disebabkan anak –anak yang berkayuh ke sekolah dan balik dari sekolah berkayuh mengharungi sungai yang deras yang mengambil masa empat hingga enam jam berkayuh. Oleh kerana sebab yang sedemikian, maka hanya sebilangan kecil sahaja anak – anak dari kawasan ini pergi ke sekolah dan juga masalah keciciran anak –anak dari kawasan ini sentiasa meningkat.

Menyedari akan masalah yang akan dihadapi oleh anak –anak mereka untuk pergi ke sekolah maka pada tahun 1964 penduduk – penduduk dari Kejaman Long Segaham, Uma Apan dan Uma Nyaving Long Majawah serta Uma Lahanan Long Semuang telah bersetuju untuk mendapat sebuah sekolah rendah di kawasan mereka. Maka pada 14 Februaru 1964, Sekolah Kebangsaan Long Segaham telah ditubuhkan di Kejaman Long Segaham. Penduduk Kejaman Long Segaham, dibawah pimpinan Mendiang MU. Lasah Abun bersetuju untuk menyediakan sebidang tanah (tempat sekolah sekarang) tempat mendirikan bangunan sekolah. Ini adalah kerana tempat ini sesuai dengan kedudukannya di tengah – tengah kawasan Long Mejawah dan Long Semuang.

Dengan kelulusan yang diprolehi, ibubapa tidak berlengah –lengah lagi dan terus membina dua buah bangunan, sebuah blok bangunan dua tingkat untuk tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik tempat kediaman Guru Besar dan sebuah blok rumah untuk penginapan murid – murid dari Mejawah dan Long Semuang. Semua bangunan ini didirikan secara bergotong royong oleh semua ibubapa dari kawasan – kawasan ini. Semua bangunan ini dibuat daripada kayu – kayu dan berdindingkan papan – papan kayu sayat gergaji dan juga berbumbungkan kepingan kayu belian yang telah dikerjakan oleh ibubapa secara bergotong royong.

Pada 14 Februari 1964, pengambilan pertama murid –murid seramai 75 orang dibahagikan kepada dua buah kelas, iaitu Primary One dan Primary Two dan dibawah jagaan seorang guru mulai belajar. Encik Lating Abun adalah guru yang pertama dilantik untuk menjalankan pentadbiran sekolah. Beliau berasal dari Uma Balui Ukap Batu Kalo dan telah baru tamat persekolahannya di SK Long Linau.

Pada tahun 1979, beberapa blok bangunan telah dibina di bawah World Bank, iaitu sebuah blok bangunan bilik kelas (4 buah bilik), sebuah blok bangunan asrama (2 unit), dua blok rumah guru (Quarters Class IV) dan sebuah blok dewan makan dan dapur. Sehingga kini di sekolah ini ada 6 buah kelas, iaitu tahun satu,dua, tiga, empat, lima dan enam. Kebanyakan murid – murid di sekolah ini terdiri dari rumah panjang berbangsa Kejaman, Kayan, Lahanan, Kenyah, dan sebilangan kecilnya bangsa – bangsa lain di Sarawak.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Long Segaham
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga
96900, Belaga
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]