Sekolah Kebangsaan Losong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Losong
Fail:Pendidikan Berkualiti,Insan Terdidik,Negara Sejahtera
Lokasi
Chabang Tiga, Kuala Trengganu,, 21000, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah Transformasi TS25
MotoMembaca,Menulis,Mengira suluh Ilmu
Nombor sekolah6096223040
Kod sekolahTBA3017[1]
Pengerusi PIBGTn Haji Haradzi Bin Harun (2019-2021)
Guru besarPn Norhazlen Binti. Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Mohd Hazlam Bin Hashim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn
Penolong Kanan KokurikulumPn Zaleha Binti Abu Bakar
Faks6096267758
Laman sesawang

Sekolah Kebangsaan Losong merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Chabang Tiga, Kuala Terengganu , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Losong memiliki 196 pelajar lelaki dan 197 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 393 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009Jumlah murid pada masa terkini adalah seramai 292 orang murid dan bilangan guru adalah 28 orang dengan staf seramai 3 orang.SK Losong telah dipilih sebagai Sekolah Transformasi TS25 Kohort Pertama (2016) bagi Negeri Terengganu dan mendapat tempat pertama dari 37 sekolah seluruh negara dalam Proses Penarafan Penaziran pada tahun 2018.SK Losong sekarang telah dikenali sebagai LOTs..Leading of The Transformation School.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Losong ditubuhkan pada tahun 1923, merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di daerah Kuala Terengganu. Sejarah awal penubuhan sekolah ini mengikut catatan buku sejarah adalah mengikut sempena nama seorang perempuan.Khabar cerita dari Tuan Haji Nawang in Haji Abdullah, lelaki tertua di Kampung Losong menyatakan bahawa Kampung Losong berasal daripada nama seorang perempuan Bugis yang bernama ‘LOSONG’ bersama-sama dengan seramai 10 orang hambanya serta 40 ekor anjing untuk menjaga dan mengawal kampung. Sudah menjadi sejarah silam, bahawa “yang kuat berkuasa dan yang lemah menjadi pengikut”, maka ketika itu telah meletus peperangan bagi merebut kuasa dan jajahan. Akhirnya Losong bersama-sama hambanya telah melarikan diri kerana telah kalah dalam peperangan tersebut. Dari peristiwa inilah lahirnya nama Kampung Losong dan mula membangun sehingga ke hari ini.Lahirlah beberapa buah kampung yang bermula dengan nama Losong seperti Kampung Losong Panglima Perang, Kampung Losong Megat Hussin, Kampung Losong Haji Su, Kampung Losong Lebai Salleh, Kampung Losong Feri, Kampung Losong Haji Long, Kampung Losong Masjid, Kampung Losong Pasir dan beberapa nama kampung yang bermula dari perkataan Losong. Perkampungan Melayu ini, rata-rata didiami oleh kaum nelayan, buruh, penjaja, pekedai, bekerja sendiri dan segelintir sahaja kakitangan kerajaan.u dan beratap nipah dengan keluasan lebih kurang satu ekar. Dibina dalam kawasan berpaya bakau dan nipah (baran) dan bersebelahan dengan sebuah alur. Ini menyebabkan sekolah sering ditenggelami air apabila air pasang dan segala aktiviti tergendala. Ketika itu sekolah hanya mempunyai seramai lebih kurang lima puluh orang murid-murid yang semua terdiri daripada murid lelaki sahaja di bawah tunjuk ajar lima orang guru Latihan Normal.

Dalam tahun 1975, bangunan kayu digantikan dengan sebuah bangunan batu tiga tingkat yang didirikan di atas tapak asal. Bilangan murid mula bertambah dan bermula tahun 1979 sekolah telah mula menerima kemasukan murid-murid perempuan. Dengan pertambahan bilangan murid yang mendadak menyebabkan sekolah terpaksa mewujudkan dua sidang, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Akhirnya, pada tahun 1979 sebuah bangunan batu tiga tingkat telah dibina bagi menampung keperluan pendidikan. Bangunan tambahan ini mempunyai tujuh bilik darjah, bilik tayangan, bilik komputer, perpustakaan sumber, makmal Kemahiran Hidup, setor Alat Bantu Mangajar dan sebuah Dewan terbuka. Bilangan murid semakin bertambah sehingga mencecah seribu orang, apabila terdirinya projek perumahan di Kampung Losong Feri dan sebuah pasar bersebelahan dengan pagar sekolah, iaitu Pasar Chabang Tiga. Yang mana, majoriti anak-anak penjaja di pasar berkenaan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Losong. walaupun mereka tinggal berjauhan dengan sekolah seperti Seberang Takir, Gong Badak dan Wakaf Mempelam.Pada awal tahun 2000, apabila Sekolah Kebangsaan Bukit Losong dibuka, Sekolah Kebangsaan Losong hanya mempunyai seramai Empat Ratus Lima Puluh orang murid laki-laki dan perempuan dengan tenaga pengajar seramai Dua Puluh Tujuh orang. Sekolah dilaksanakan dalam satu sesi sahaja. Dengan keluasan sekolah yang agak terbatas dan terhad, tiada padang permainan, maka aktiviti kokurikulum tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Sekolah hanya merancang aktiviti permainan gelanggang dan dalaman sahaja seperti sepak takraw, ping pong dan aktiviti kokurikulum akademik seperti nasyid dan koir. Bagi mewujudkan Sekolah Berwatak, Pasukan Koir dan Nasyid telah beberapa kali mencipta nama sebagai Johan Peringkat Daerah dan Negeri.

Sekolah Kebangsaan Losong telah mengukir nama dengan melahirkan anak tempatan yang berkebolehan, berkepimpinan dalam menjawat jawatan penting dalam perkidmatan sektor awam, swasta dan usahawan berjaya. Nama-nama seperti Tuan Haji Mohd Omar bin Abdul Rahman (bekas Pengarah Pendidikan Terengganu), Dato’ Haji Alwi bin Mohamad (bekas Pengarah Yayasan Islam Negeri Terengganu), Dato’ Haji Azman bin Muda (bekas Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu) dan Tuan Haji Nik Abdul Kadir (seorang usahawan berjaya).


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Losong
Chabang Tiga,21000
Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096223040
Fax = 6096267758

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]