Sekolah Kebangsaan Maludam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Maludam
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong, 95700, Betong,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6083547216
Kod sekolahYBA2108
Faks6083547216


Sekolah Kebangsaan Maludam atau nama ringkasnya SK Maludam, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Maludam memiliki 318 pelajar lelaki dan 216 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 534 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya sekolah ini letaknya di Kampung Hilir Maludam. Bangunan sekolah pada masa itu beratap dan berdindingkan daun nipah. Ia telah dibuat secara gotong-royong oleh penduduk. Jumlah murid pada masa itu ialah 50 orang sahaja. Guru yang pertama sekali mengajar ialah En. Hj Mas b. Mas Jais. Beliau juga merupakan pengasas sekolah ini.

Pada tahun 1946 hingga 1949, En. Hj Mas b. Mas Jais mula menjadi Guru Besar di sekolah ini. Pada tahun 1948, sekolah ini dipindahkan ke Kampung Hulu Maludam. Kedudukan sekolah kekal hingga ke saat ini. Pada tahun 1950 hingga 1951, En. Hj Maslem b. Sabang menjadi Guru Besar disekolah ini. Pada masa itu, hanya terdapat sebuah sahaja bangunan yang berlantaikan tanah. Terdapat 3 buah bilik darjah sahaja. Pada tahun 1952 hingga 1957, En. Hj Mas b. Mas Jais telah dilantik semula menjadi Guru Besar di sekolah ini. Setelah perkhidmatan beliau tamat, tempat beliau diambil alih semula oleh En. Hj Maslem b. Sabang yang berkhidmat dari tahun 1958 hingga 1961.

Dari tahun 1962 hingga 1964, En. Hj Ahd Rais b. Hj Mas telah menjadi Guru Besar. Pada masa beliau berkhidmat, sekolah ini telah memiliki 10 orang guru dan terdapat 6 buah kelas. Sebuah rumah untuk Guru Besar dan sebuah berek panjang yang mempunyai 3 buah bilik juga telah disediakan. Pada tahun 1965 hingg 1967, En. Hj Nerawi b. Saat telah menjadi Guru Besar. Pada masa beliau berkhidmat, Peperiksaan Penilaian Darjah Enam mula diperkenalkan. Murid-murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dihantar untuk menyambung persekolahan ke sekolah menengah di SMK Simanggang, Sri Aman. Sebelum itu, murid Darjah Empat akan menyambung pelajaran ke Darjah Lima dan Enam di SRK Tuanku Bagus, Sebuyau.

Pada tahun 1968, En. Abu Samad b. Said telah menjadi Guru Besar.Beliau cuma berkhidmat di sekolah ini selama setahun. Selepas itu tempat beliau diambilalih oleh En. Hj Ahd Rais b. Hj Mas semula iaitu dari tahun 1969 hingga 1972. Pada tahun 1972 dan 1973, murid lepasan Darjah Enam telah melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah di SMK Saribas, Debak. Setelah tamat tempoh perkhidmatan beliau di sini dan berpindah ke sekolah lain maka En. Hishamudin b. Abdullah pula menjadi Guru Besar iaitu dari tahun 1973 hingga 1974. En. Awg Ahd Naim b. Hj Mas mula menjadi Guru Besar di sekolah ini mulai tahun 1975. Pada masa inilah murid di sekolah ini mula melanjutkan pelajaran mereka ke SMK Sebuyau (SK Tuanku Bagus sekarang).

Sekolah ini buat pertama sekali menerima kehadiran Pekerja Sekolah pada tahun 1975 iaitu En. Lamat b. Luti. Beliau masih menyumbangkan khidmat dan baktinya sehingga sekarang. Pada tahun 1982, sekolah ini telah dihantar seorang Penolong Kanan iaitu En. Iberam b. Bujang. Pada tahun 1986 pula, En. Mazeni b. Bakar menjadi Penolong Kanan di sini. Menjelang bulan Disember 1988, ekoran Kementerian Pendidikan mewujudkan berbagai jawatan, maka SK Maludam telah dihantar tiga orang Penolong Kanan iaitu Penolong Kanan I (Pentadbiran), Penolong Kanan II (Hal Ehwal Murid) dan Guru Kanan Ko-Kurikulum yang bertanggung-jawab dalam hal ehwal sukan. Tujuan pertukaran ini adalah untuk mengemaskinikan lagi sistem pentadbiran di sekolah. Setelah En. Awg Ahd Naim b. Hj Mas menamatkan perkhidmatannya sebagai Guru Besar, beliau diganti buat sementara oleh En. Razali b. Sli pada tahun 1992 hingga pertengahan 1994. Sejak pertengahan tahun 1994, Guru Besar ialah En. Wahab b. Hj Julaihi dan seterusnya diganti oleh En. Mostapha bin Jol sehingga 2013.

Seterusnya pada 2014, setelah En. Mostapha bin Jol berpindah, Guru Besar SK Maludam yang baru ialah En. Abg Jus bin Abg Sulaiman sehingga sekarang. Pentadbiran sekolah sekarang dibantu oleh 3 orang Penolong Kanan iaitu En. Bolkiah Ibrahim @ Sli (PK Pentadbiran), Hj Aidie bin Hj Jemat (PK Hal Ehwal Murid) dan Hj Johan bin Hj Elie (PK KoKurikulum).

Pernah seorang pegawai mengatakan bahawa SK Maludam adalah salah sebuah sekolah yang terpanjang di Sarawak. Ini bukanlah gurauan kerana kalau diperhatikan memang pun. Bermula dari bangunan lama tahun 50-an, sekolah ditambah bangunannya kerana jumlah pelajar bertambah. Pertambahan bangunan sedikit demi sedikit tersebut menyebabkan bangunan yang pada mulanya pendek menjadi bertambah panjang. Pertambahan bangunan tersebut menjadikan kawasan sekolah semakin sempit. Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi minda murid dan warga sekolah. Walau bagaimana pun, pihak pentadbiran sekolah telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkenaan agar Maludam dibina sebuah sekolah yang baru di tapak yang baru agar aktiviti boleh dijalankan dengan lancar dan terlahir pelajar berilmu dan bermutu menjelang 2020 nanti. Itulah harapan warga pendidik dan anak didik Maludam.

Pihak sekolah tidak mengabaikan aktiviti luar selain dari aktiviti waktu persekolahan yang sedia ada. Berbagai aktiviti petang turut diadakan untuk menambahkan lagi pengetahuan murid. Memandangkan satu-satunya rintangan besar yang dihadapi oleh murid Tahun 6 iaitu UPSR, pihak sekolah telah merancang banyak aktiviti untuk mereka antaranya ialah Program Kelas Bimbingan dan Projek Anak Angkat. Aktiviti-aktiviti ini menekankan pengetahuan mendalam kepada mereka. Turut memainkan peranan dalam perkembangan minda pelajar ialah aktiviti Ko-kurikulum. Bahagian Panitia Agama Islam juga memainkan peranan penting dengan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ceramah di masjid, sembahyang berjemaah bersama murid dan sebagainya. Untuk memantapkan lagi pengetahuan murid tentang didikan agama, Kelas Fardhu Ain

atau dikenali juga sebagai Kelas KAFA turut diadakan.

Pada era Millenium ini, SK Maludam telah mengalami perubahan pesat sama ada dari segi infrastruktur dan kemudahan pembelajaran. Jumlah kelas semakin bertambah dan bilangan guru adalah seramai 39 orang. Kemudahan pembelajaran seperti radio, televisyen, video, astro, mesin fotostat, Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer juga telah digunakan dengan meluas walaupun sekolah ini merupakan salah satu sekolah di kawasan persisiran.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Maludam, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong
95700 Betong, Sarawak
No Telefon: Tiada, No Fax: Tiada
Email: skmaludam@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]