Sekolah Kebangsaan Masai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Masai
Lokasi
Jalan Tengah, 81750, Masai, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6072551687
Kod sekolahJBA1016
Pengerusi PIBGHJ ZULKIFLI
Guru besarAZIAN BIN ZAINUL BIDIN
GPK Pentadbiran dan AkademikROKIAH EUSOFF
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridYURIZANI
Penolong Kanan KokurikulumMOHD FAHMIIZANI
Faks6072551687


Sekolah Kebangsaan Masai atau nama ringkasnya SK Masai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Tengah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Masai memiliki 453 orang pelajar lelaki dan 425 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 878 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah SK Masai[sunting | sunting sumber]

SEJARAH DAN KEMAJUAN

SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI

Sekolah Kebangsaan Masai telah didirikan pada tahun 1947 dan dikenali sebagai Sekolah Rakyat Masai. Tapak asalnya ialah 63, Jalan Besar, Masai. Pengasas Sekolah ini ialah:

1.Allahyarham Tuan Haji Aziz B Hussein.

2. Allahyarham Tuan Haji Abd. Rahman B Haji Jumaat.

3. Beberapa orang polis dan beberapa orang penduduk.

Penubuhan sekolah ini mendapat sokongan Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu. Pelajar asal berjumlah 25 orang dengan seorang guru bernama Allahyarham Ibrahim B Hitam yang bertindak sebagai guru besar pertama di Sekolah Rakyat Masai.

Pada tahun 1955, Sekolah Rakyat Masai ditukar namanya kepada Sekolah Umum Masai. Pada tahun 1965, namanya bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Masai. Luas sekolah ini ialah 129 rod dan 8 pol. Panjangnya 4000 kaki dan lebarnya 236 kaki.

Sekolah Kebangsaan Masai telah ditadbir oleh beberapa orang guru besar iaitu:

1.    Allahyarham Tn. Hj. Makmor B Hitam.

2.    En. Ahmad Ismail

3.    En. Seth.

4.    En. Saiful B. Mulok (1987)

5.    En. Abdul Hamid B Abdullah (1988)

6.    En. Abdullah B Hj Ishak (1992)

7.    En. Ismail B Atan (1997)

8.    Tn. Hj. Abd Rahman B Mokhtar (1999)

9.    En. Shamsuddin B Yamhari (2000)

10.  Tn. Hj. Musa B Mastor (2001)

11.  En. Nasron B Osman (2003)

12.  Tn. Hj. Zainuddin B Alie (2007)

13.  Tn. Hj. Sa’don B Jufrin (2008)

14.  Cik Kalsom Bt Saleh (2009)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

JOHAN SAHIBBA PERINGKAT NEGERI JOHOR - 2019 JOHAN SAHIBBA PERINGKAT KEBANGSAAN - 2019

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Masai
Jalan Tengah
81750, Masai
Johor,  Malaysia
Telefon = 6072551687
Faks = 6072551687

Pautan luar[sunting | sunting sumber]