Sekolah Kebangsaan Membulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Membulu
Lokasi
 Malaysia Peti Surat Bil 240, 89007, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6087721501
Kod sekolahXBA1031
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Francis Maidin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Lusabit Salup
Penolong Kanan KokurikulumEn. Jenis Bagu
FaksTIADA
Map


Sekolah Kebangsaan Membulu atau nama ringkasnya SK Membulu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat Bil 240.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Membulu memiliki 170 pelajar lelaki dan 134 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 304 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Sejarah SK Membulu[sunting | sunting sumber]

Para penduduk daripada empat buah kampung, iaitu Kg Mempulut, Kg Kuala Punteh, Kg Membulu dan Kg Tigasa telah mengadakan mesyuarat untuk memohon dan memilih tempat tapak sekolah.


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Sikang Sumboh iaitu Ketua Kampung Mempulut. Para penduduk telah sebulat suara bersetuju bahawa sekolah akan didirikan di Kampung Membulu berdasarkan kedudukannya adalah di pertengahan empat buah kampung tersebut.

Selepas permohonan diluluskan oleh kerajaan, maka masyarakat setempat telah bergotong royong membersihkan tapak sekolah. Sekolah S. K. Membulu telah didirikan pada tahun 1971 dan dirasmikan oleh Dr.Haji Isa Ramli, J.S.M pada 13.09.1986 (Sabtu) bersamaan dengan 9 hb Muharam 1407.


Di peringkat awal, sekolah ini mempunyai sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru. Jumlah muridnya hanya 69 orang  dengan 5 orang guru. Nama sekolah, iaitu S. K. Membulu diambil sempena nama Kampung Membulu.

Menurut cerita orang tua-tua, pada masa dahulu, beberapa orang pemburu membawa anjing ganas untuk berburu. Pada suatu ketika para pemburu serta anjing-anjing mereka telah menemui seekor “Tembadau”. Semua anjing para pemburu tadi menyalak “Tembadau” tersebut. Dengan bersenjatakan  lembing yang diperbuat daripada “sumbiling” atau bamboo. “Tembadau”  tersebut telah mati direjam. Lembing yang digunakan itu telah dipacak di tempat “Tembadau” itu mati. Kemudian harinya, lembing yang dipacak itu telah  bertumbuh menjadi  pohon bambu. Dalam bahasa murut, bambu itu dipanggil  “bulu”. Dengan tokok tambah, maka perkataan “bulu”  bertukar menjadi “Membulu” sehingga ke hari ini dan dijadikan nama kampung.  

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Membulu
Peti Surat Bil 240
89007, Keningau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087721501
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]