Sekolah Kebangsaan Mempagar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Mempagar
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 85, 89807, Beaufort, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6087211113
Kod sekolahXBA6040
Faks6087211113

Sekolah Kebangsaan Mempagar atau nama ringkasnya SK Mempagar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Beaufort, Sabah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mempagar memiliki 162 pelajar lelaki dan 136 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 298 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1929, bermula sebagai sekolah rakyat. Bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sawah. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Ishak bin Ahmad.

Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1934, kawasan sekolah ini dapat diperluas sehingga kira-kira dua setengah ekar kerana beberapa orang penduduk kampung mendermakan tanah mereka untuk memajukan sekolah ini. Dengan demikian, dua buah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu dapat didirikan. Dengan jumlah enam buah bilik darjah, seramai kira-kira 140 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini.

Menjelang tahun 1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220 orang murid. 

Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Mahathir Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. 

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.[perlu rujukan]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Mempagar
Peti Surat 85
89807, Beaufort
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087211113
Faks = 6087211113

Pautan luar[sunting | sunting sumber]