Sekolah Kebangsaan Methodist Jalan Stadium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Methodist Telok Datok Banting
Lokasi
Telok Datok, BANTING, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah331871504
Kod sekolahBBB1031
Faks0331871504


Sekolah Kebangsaan Methodist Jalan Stadium atau nama ringkasnya SK Methodist Telok Datok , merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jugra.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Methodist Jalan Stadium memiliki 237 pelajar lelaki dan 198 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 435 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1927 –Dengan usaha Gereja Methodist Malaya, En. Gnanamony menubuhkan sebuah  sekolah yang  pada  masa itu hanya  berbumbungkan  atap dan  berlantaikan  tanah liat dengan nama Methodist English School (MES).

1941 – Ditutup kerana Perang Dunia Kedua.  En. G. S Arumugam mendapat  kebenaran Pegawai  Daerah  untuk  menggunakan Kelab Stoner , Telok  Datok  sebagai tapak sementara  sekolah dengan 60 orang murid.

1952 – Rev. J. A. P Oswald dari Gereja Methodist mewujudkan 3 buah kelas sebagai Kelas Bantuan Modal Kerajaan.

1953 –Dengan satu  blok  yang mengandungi  5  buah  bilik  darjah dan  seramai  160 orang  murid serta  8 orang  guru , MES merupakan  sekolah aliran  Inggeris  yang pertama  di  Daerah Kuala  Langat . Rev. J. A. P Oswald  menjadi   Guru Besar  yang pertama.

3/12/1954 – Blok kedua dibina dengan 10 buah  bilik darjah  yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Sri Raja Uda b. Raja Muhammad.

1956 – MES mempunyai  14  buah bilik  darjah,  sebuah pejabat ,   sebuah  kantin dan  tandas .

1957 – Bermula pendidikan  menengah  rendah..

1962 – MES dipecahkan  kepada  2 pentadbiran. En. V. K. Vincent Daniel  menjadi  Pengetua Sekolah  Menengah  manakala En.  Sam  Paranjothy menjadi Guru  Besar  Sekolah Rendah.( dikenali  sebagai  Sekolah Rendah  Kebangsaan  Methodist, Telok  Datok)

14/10/1967 – Tambahan satu blok bangunan 2 tingkat diberi nama ‘Bangunan Madam  Chi  Liung’ bagi mengenang  jasa  beliau terhadap  sekolah   ini. Mengandungi 6 bilik darjah dan pejabat Guru Besar. Dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Dato’ Haji Harun bin Hj Idris.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Methodist
Jalan Sekolah, Telok Datok
Banting 42700
Selangor, Malaysia
Telefon = 331871504
Fax = 331871504

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]