Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari
Lokasi
Jalan Sekolah, Kampung Melayu Majidi, 81100, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU BERJASA
Nombor sekolah6073334118
Kod sekolahJBA1010
Guru besarPn. Yos Fatimah bt. Selamat
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Hjh. Fatimah bt. Abd. Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Muhamad b. Aziz
Penolong Kanan KokurikulumPn. Rafidah bt. Yussof
Faks6073334118
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari atau nama ringkasnya SK Mohd Khir Johari, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah, Kampung Melayu Majidi. Sekolah ini dinamakan bersempenakan nama bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006) yang juga merupakan anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari memiliki 705 pelajar lelaki dan 671 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1376 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dinamakan sempena Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006) yang merupakan anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah dibina pada tahun 1956 oleh Jawatankuasa Penaja yang diketuai oleh Tuan Hj. Mohd Amin b. Salikin. Sekolah ini dinamakan Sekolah Rakyat dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Daerah Johor Bahru ketika itu iaitu En. Talib b. Andak pada 1 Januari 1956.

Bangunan pertama yang didirikan merupakan sebuah sekolah yang dibina secara bergotong-royong. Pada tahun 1957, Jabatan Pelajaran Negeri telah menaikkan taraf sekolah ini kepada Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

Perkembangan pendidikan di sekolah ini sungguh pesat dan menarik banyak perhatian daripada golongan pendidik, pemimpin dan juga penduduk setempat. Pada 31 Oktober 1965 iaitu kira-kira 8 tahun selepas dinaiktaraf, sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu En. Mohd Khir b. Johari. Sempena majlis perasmian yang bersejarah itu, Sekolah Kampung Melayu telah diubah namanya kepada Sekolah Mohd Khir Johari.

Hari berganti hari dan masa berlalu begitu pantas. Pada tahun-tahun berikutnya, beberapa buah bangunan tambahan telah dibina untuk menampung pertambahan murid yang semakin pesat. Dari sebuah sekolah kecil yang hanya menampung 53 orang murid pada awal penubuhannya kini telah mencapai 1500 orang. Pernah suatu ketika jumlah murid mencapai 2100 orang. Pertambahan ini juga menyebabkan pihak sekolah mewujudkan sesi pagi dan petang sejak 1963 lagi.

Keluasan tanah sekolah ini meliputi 8 ekar 3 rod 37 pole. Bangunan sekolah pertama yang dibina secara gotong-royong pada tahun 1956 telah diketuai oleh En. mohd Amin b. Salikin yang merupakan Ketua Kampung di Kampung Melayu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari
Jalan Sekolah, Kampung Melayu Majidi
81100, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6073334118
Fax = 6073334118

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]