Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Kebangsaan Ng Temalat)
Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat
Lokasi
Luar Bandar
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Song, 96850, Song,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Song
Nombor sekolah084-777263
Kod sekolahYBB7313
Pengerusi PIBGEncik Melin Anak Ujan
Guru besarEncik Sagin Semada
Kelas6
Faks084-777829
Gambar Guru dan Staf 2022
Gambar SKNT 2022
Gambar SKNT 2022
Suasana tebing sungai SK Ng Temalat
Map
Kedudukan SK Ng Temalat Song
Logo SKNT YBB 7313
Logo SKNT YBB 7313

Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat atau nama ringkasnya SK Nanga Temalat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Song.

Sekolah ini terletak di dalam Daerah Song Sarawak dan berhampiran dengan Sungai Batang Rajang. Pekan berhampiran dengan SK Ng Temalat ialah Pekan Song yang terletak kira-kira 7 KM dari sekolah.

Pada tahun 2023, Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat mempunyai enrolmen sebanyak 99 orang murid (16 murid daripada pra sekolah SKNT). Ia mempunyai seramai 16 orang guru (Seorang Guru Besar, Tiga orang guru penolong kanan dan 12 Guru Akademik Biasa) dan 6 orang AKP.2023

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat Song mulai dibina pada tahun 1963 dan siap pada 20 Disember 1963. Segala urusan pembinaan sekolah ini peda peringkat awalnya adalah diusahakan oleh pihak “Local Council“ dan dibawah naungan Kerajaan Negeri Sarawak sebelum ianya diambil alih oleh Kerajaan Pusat Malaysia. Tujuan dan matlamat menubuhkan sekolah ini dan perkara-perkara mendesak supaya sekolah ini didirikan dengan lebih awal pada masa itu adalah disenarai seperti berikut :-

  1. Menyediakan tempat khas untuk mendidik anak-anak tempatan secara formal kerana pada masa itu kawasan ini belum lagi mempunyai kemudahan seperti “sekolah”. Sebelum sekolah ini ditubuhkan, masyarakat dikawasan ini pada masa itu terpaksa menghantar anak mereka ke pekan song untuk mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Mubalikh Roman Katolik iaitu Cardinal Vaughan School (sekarang ini di panggil SK Cardinal Vaughan, Song).
  2. Masalah pengangkutan kepada penduduk-penduduk di kawasan ini sebab terpaksa berkayuh / bersampan selama satu jam untuk menghantar anak-anak ke sekolah tersebut..
  3. Untuk membangunkan cara tahap kehidupan masyarakat setempat dari segi kebaikan sosial dan ekonomi.
  4. Untuk membina insan yang berilmu dan berpengetahuan serta berkemahiran bagi memenuhi keperluan masyarakat dan negeri berdasarkan Akta Pendidikan pada masa itu dan yang terkini.


Pada dasarnya sekolah ini mempunyai kawasan “Feeder Area” yang agak luas, terdiri daripada 14 buah kampung/Rumah Panjang dan kira-kira 99.5% dikalangan penduduk adalah berbangsa iban. Kebanyakkan (99.5%) penduduk dikawasan ini adalah petani. Selainnya merupakan pekerja-pekerja buruh dan juga bekerja di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta dan ada pula menjalankan perniagaan kecil-kecilan.


Tapak awal untuk pembinaan sekolah ini didermakan oleh Tuai Rumah Jampong Anak Laweng yang merupakan peneroka awal penempatan orang Iban di Nanga Temalat, Song. Kerja-kerja pembinaan awal dibuat secara bergotong-royong dalam kalangan penduduk rumah panjang berdekatan. Mendiang Tr

Jampong merupakan datuk kepada Dr Philip Anak Beginda salah seorang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Kemanusiaan) UMS. Di samping itu, ramai ahli keluarga Tr. Jampong telah berjaya memperolehi Ijazah seperti Philliana Anak Philip (Optometri), Bryan Lester Anak Binar (Engineering, Marylin Anak Binar (Nursing) dan ramai telah bekerja sebagai kakitangan awam termasuk Cikgu Evelin Temah Anak Beginda dan DSP Vincent Anak Beginda. Selain daripada keluarga Tr. Jampong, ramai bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat yang turut memperolehi Ijazah dan mempunyai jawatan yang tinggi dalam sektor awam mahupun swasta. 
Pengangkutan Song-Sibu sebelum adanya akses jalan raya

Tarikh mula beroperasi SK Ng Temalat adalah pada 3 Januari 1964. Pada masa tersebut, SK Nanga Temalat hanya menyediakan sebuah kelas Primary One (Tahun 1) dengan jumlah murid seramai 23 orang sahaja dan seorang Guru Besar dan seorang guru biasa.


Pada tahun 2014, sekolah ini telah dapat dihubungi menggunakan jalan darat dari Pekan Song yang berjarak hanya 7 km.

Mulai tahun 2021, SK Ng Temalat Song telah mendapat akses jalan raya menuju ke Sibu/Kanowit. Di mana sebelum ini, guru-guru yang hendak ke bandar Sibu hanya dapat menggunakan pengangkutan air (Bot ekspres) yang memakan masa selama 2 jam. Dengan pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kapit- Song - Sibu, masa perjalanan Sibu-Song hanya memakan masa sebanyak 1 jam 15 minit sahaja.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SK Ng Temalat, Song telah memperoleh Johan keseluruhan bagi Sukan Olahraga MSSD Peringkat Daerah Song pada Tahun 2020 (5-6 Februari 2022)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Song
96850, Song
Sarawak, Malaysia
Telefon = 084-777263
Fax = 084-777829

Pautan luar[sunting | sunting sumber]