Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal
Lokasi
 Malaysia Jalan Klinik, 14300, Nibong Tebal, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045931419
Kod sekolahPBA4003
Faks6045931419

Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal atau nama ringkasnya SK Nibong Tebal, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Klinik.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal memiliki 142 pelajar lelaki dan 134 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 276 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal  merupakan antara sekolah yang tertua di Seberang Perai Selatan. Mula dikenali sebagai Sekolah Melayu Nibong Tebal (1908), ia asalnya dibina di atas tapak rumah Gergaji   Papan dan kemudian pada 1924 dipindahkan ke tapak bekas Pejabat Daerah Nibong Tebal.                                                                

Pada tahun 1928, bangunan A dibina oleh      kerajaan. Sekitar Tahun 1941 sekolah ditutup kerana perang dunia ke-2 dan bangunan sekolah diduduki oleh tentera Jepun. Pada tahun 1942, pelajaran mula diajar dalam bahasa Jepun. Tentera British telah mengambil alih pentadbiran tentera Jepun pada 1945. Susulan itu, beberapa perubahan berlaku:                                                           

1949 –Darjah Urusan Rumah Tangga dibuka.              

1950 – Kelas Agama Islam ditubuhkan dan diajar secara sukarela.       

1954 – Darjah V11 telah dimansuhkan dan diganti oleh Darjah V1 Khas.       

Bemula pada 1.1.1958, sekolah ini ditadbir di bawah kelolaan Jemaah Pengurusan. Perubahan dan penambahbaikan dilakukan di mana, sekitar tahun 1961 bangunan B dibina malah sekolah ini dijadikan sebagai sekolah pusat. Sekolah Menengah Kebangsaan juga turut ditempatkan disini dalam sekitar tahun 1961.                           

Pada tahun 1977, bangunan dua tingkat siap dibina. Walaubagaimanapun Bangunan kayu 2 tingkat diruntuhkan pada 1987 dan digantikan dengan  bangunan 4 tingkat yang siap dibina pada 1989. Penyerahan bangunan dilakukan pada 23.7.1989.

Bermula 23.8.1989, persekolahan satu sesi dilaksanakan. Sebagai memenuhi permintaan dan keperluan sebuah astaka dibina pada 19.10.1991 dan dirasmikan untuk pertama kalinya sewaktu Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah 1991.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal
Jalan Klinik
14300, Nibong Tebal
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045931419
Fax = 6045931419

Pautan luar[sunting | sunting sumber]