Sekolah Kebangsaan Nyatoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Nyatoh
Lokasi
 Malaysia Km 4, Jalan Kuala Sawah, 71200, Rantau,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6066945329
Kod sekolahNBA4026
Faks6066945329
Map


Sekolah Kebangsaan Nyatoh atau nama ringkasnya SK Nyatoh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 4, Jalan Kuala Sawah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Nyatoh memiliki 230 pelajar lelaki dan 205 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 435 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1884, sebuah sekolah rakyat telah didirikan di Tanah Lot 2390 berhampiran dengan Sungai Gadut. Seorang guru berketurunan Sumatera bernama Hj Abd Manan mengajar di sekolah ini. Beliau mengajar matapelajaran Bahasa Melayu, Tulisan Jawi dan Adat Istiadat Minangkabau. Jumlah murid ketika itu seramai 20 orang sahaja.Salah seorang murid terawal di situ ialah Allahyarham Cikgu Hj Khamis bin Datuk Duka Merit.

Pada Tahun 1901, semasa perintahan Inggeris, pihak Inggeris telah memindahkan sekolah tersebut ke Tanah Lot 1269. Bangunan sekolah ketika itu seperti bangsal yang hanya beratapkan daun bertam dan berdindingkan kulit bertam serta berlantaikan tanah.

Pada 1911, sekolah itu telah diperbaharui dengan atap dan dindingnya diperbuat daripada nipah. Hanya pada tahun 1920-an barulah berdindingkan papan tetapi masih beratapkan nipah.

Pada 1960, atas gesaan dan rayuan penduduk setempat, sebuah bangunan baru telah di bina. Ianya mengandungi  bilik darjah dan sebuah bilik guru.Dindingnya diperbuat daripada batu bata yang bersalut simen pada ketinggian 3 kaki. Diatas batu bata itu pula dipasang besi berjaring. Atapnya diperbuat daripada asbestos manakala lantainya pula daripada simen serta ada kemudahan tandas.

Setelah bangunan itu siap dibina, perasmian bangunan telah dilakukan oleh Yang Amat Mulia Datuk Kelana Putra Sungai Ujung iaitu Datuk Lela Putera Mohd Kassim bin Hj Mohd Rashid pada Januari 1961.

Pada tahun 1988, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sepenuhnya konkrit mengandungi 5 bilik darjah dan dinamakan bangunan C. Sebuah bangunan kantin yang konkrit pula telah dibina pada tahun 1990.

Bangunan yang terbaru ialah bangunan yang sepenuhnya konkrit yang didirikan pada tahun 1994. ia mengandungi 4 buah bilik darjah yang dijadikan bilik Sains, Bilik Sembahyang dan bilik Kemahiran Hidup. Pada 1998, dua daripada bilik itu diubahsuai menjadi pejabat dan Bilik Gerakan.

Pada tahun 2000, kantin sekolah dinaik taraf. Pada 2004 pula, sebuah Makmal Komputer  yang dilengkapi 12 komputer telah didirikan. Pada tahun 2006, sebuah pentas terbuka telah didirikan untuk kegunaan semua murid.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nyatoh
Km 4, Jalan Kuala Sawah
71200, Rantau
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066945329
Fax = 6066945329
Email: sknyatohnba4026@yahoo.com
http://www.facebook.com/sknyatohnba4026rantau.hebat

Pautan luar[sunting | sunting sumber]