Sekolah Kebangsaan Pagar Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pagar Besi
Lokasi
Batu Rakit,, Kuala Terengganu,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096697161
Kod sekolahTBA7008[1]
Guru besarEN AZRI ROZAIMIE BIN ABU BAKAR
GPK Pentadbiran dan AkademikEN AMRAN BIN WAHAB
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN MOHD ASRI BIN ALI
Penolong Kanan KokurikulumPN UMMY NURLEEZA BINTI ZAKARIA
Faks6096697161
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Pagar Besi merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu Rakit, , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Pagar Besi memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 573 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2018[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pagar Besi telah dibuka pada 01.01.1970. Di awal penubuhan, bilangan murid hanyalah seramai 105 orang murid dan tenaga pengajarnya hanya 8 orang guru sahaja. Pada peringkat awal sekolah ini mempunyai 3 buah bilik dan sebuah kantin.

Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Husin bin Musa. Sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada 30.07.1976 setelah kira-kira sebulan beroperasi. Penduduk di Kampung Pagar Besi merupakan nelayan, petani dan sebahagian kecil adalah kakitangan kerajaan dan swasta. Jarak SK Pagar Besi ke bandar Kuala Terengganu adalah 30 kilometer. Sekolah ini mempunyai keluasan 6.404 ekar yang terletak di atas lot 8449.

Setelah beroperasi selama 20 tahun, sekolah ini telah berubah wajah dari bangunan lama kepada yang lebih besar. Sehingga tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Pagar Besi mempunyai 8 blok bangunan, satu bangunan 2 tingkat dan sebuah bangunan khas Pusat Sumber. Bangunan Blok utama (A) menempatkan bilik pejabat, bilik Guru Besar, bilik Penolong Kanan, bilik guru dan makmal sains. Manakala blok B pula mempunyai 3 buah kelas, tandas guru dan tandas murid.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pagar Besi
Batu Rakit, , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096697161
Fax = 6096697161

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]