Sekolah Kebangsaan Paginatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Paginatan
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 73, 89308, Ranau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTiada
Kod sekolahXBA5427
FaksTiada


Sekolah Kebangsaan Paginatan atau nama ringkasnya SK Paginatan, merupakan sebuah Sekolah rendah yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Ranau yang lokasinya terletak di dalam kawasan Kampung Paginatan, Ranau iaitu sebuah kawasan luar bandar Daerah Ranau. Jaraknya yang lebih kurang 45 km dari Pekan Ranau dihubungkan oleh jalanraya berturap. Sekolah ini terletak di laluan utama jalanraya Sandakan - Ranau - Tamparuli - Kota Kinabalu.

Pada tahun 2023, Sekolah Kebangsaan Paginatan, Ranau memiliki 68 pelajar lelaki dan 64 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 132 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru dan 2 orang AKP dan jumlah keseluruhannya staf sekolah ialah 18 orang.2023

Pekerja swasta sekolah ialah 3 orang pekerja pembersihan dan 4 orang pengawal keselamatan sekolah.

Lokasi sekolah adalah di lereng bukit dan dari jalanraya utama perlu mendaki sedikit sebelum tiba di dalam kawasan sekolah. Ruang meletak kenderaan adalah sangat terhad dan kepada pengunjung baharu perlulah memaklumkan awal kedatangan mereka kepada pihak sekolah agar ruang meletak kenderaan boleh disediakan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1948 sekolah ini telah diwujudkan dan dikenali sebagai NVS Paginatan, Ranau. NVS bermaksud Native Voluntary School. Bangunan sekolah yang pertama adalah diperbuat daripada kayu dan buluh beratapkan daun nipah. Kemudian pada tahun 1958 nama sekolah ini ditukar kepada Government Primary School dan sekolah ini dikenali sebagai GPS Paginatan, Ranau. Selepas pembentukan Malaysia pada 1963, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Paginatan, Ranau atau SRK Paginatan, Ranau dan pada tahun 1984 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Paginatan, Ranau atau SK Paginatan, Ranau sehinggalah ke hari ini.

Prasarana dan Kemudahan Asas Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di tepi jalanraya utama Kota Kinabalu - Sandakan. Bekalan elektrik 24 jam dibekalkan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). Bekalan air graviti dari kawasan tadahan air di bukit berhampiran sekolah. Capaian internet adalah baik. Mempunyai 4 unit rumah guru yang semuanya sedang dihuni oleh staf sekolah. Mempunyai 6 buah kelas, sebuah Pusat Sumber Sekolah, 1 bilik guru, 1 dapur & ruang makan RMT, 1 dewan terbuka, 4 unit tandas murid, 2 unit tandas guru, 1 bilik pentadbiran, 1 bilik Pendidikan Islam, beberapa stor peralatan dan sebuah prasekolah. Sekolah ini juga memiliki sebuah padang permainan yang sederhana saiznya terletak berhampiran puncak bukit. Pintu pagar sekolah dijaga oleh pengawal keselamatan sekolah 24 jam.

Klinik Kesihatan Paginatan terletak bersebelahan dengan sekolah ini dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan boleh diperolehi di sini.

Pondok Polis (PDRM) Kg. Paginatan, Ranau juga terletak bersebelahan sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah adalah daripada pondok polis ini.

Pencapaian Murid dan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, murid-murid sekolah ini telah mencatat beberapa pencapaian yang sangat membanggakan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri.

Dalam bidang kokurikulum, murid-murid sekolah ini telah berjaya mengikuti beberapa kejohanan sukan permainan di peringkat Daerah Ranau dan ke peringkat Negeri Sabah misalnya dalam sukan permainan Bola Jaring dan berjaya memenangi tempat ketiga.

Perihal Murid dan Tempat Tinggal[sunting | sunting sumber]

Murid-murid sekolah ini datangnya dari beberapa petempatan dan kampung kecil yang terletak di dalam kawasan Kampung Paginatan ini. Di antaranya ialah Kg. Paginatan itu sendiri, Kg. Lungkidau, Kg. Soborong, Kg. Nabutan, Kg. Nunuk Ragang, Kg. Tampios, Kg. Matupang dan beberapa kampung lain berhampiran.

Murid-murid yang hadir ke sekolah setiap hari ada yang datang dengan berjalan kaki, dihantar ibubapa/penjaga menggunakan kenderaan sendiri dan kenderaan sewa.

Alamat Surat-Menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Paginatan
Peti Surat 73
89308, Ranau
Sabah, Malaysia
email : xba5427@moe.edu.my
Facebook : SK Paginatan Ranau
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Capaian Telekomunikasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Paginatan, Ranau tidak mempunyai kemudahan talian kabel telefon tetap tetapi boleh dihubungi melalui telefon mudah alih. Syarikat telekomunikasi yang menyediakan rangkaian telekomunikasi di sini ialah CelcomDigi, Maxis dan beberapa telco yang lain. Sila rujuk dengan telco berkenaan.

PIBG[sunting | sunting sumber]

Yang Dipertua PIBG SK Paginatan, Ranau pada tahun 2023 ialah En. Sonny Jaimin. Sokongan dan kerjasama padu di antara PIBG dan SK Paginatan, Ranau telah memberi banyak impak besar terhadap kemajuan dan pembangunan sekolah ini.

Masyarakat Setempat[sunting | sunting sumber]

Masyarakat setempat majoritinya adalah kaum Dusun selain daripada kaum lain seperti Bajau, Bisaya, Murut dan sebagainya. Agama yang dianuti adalah Islam, Kristian dan kepercayan lama Kaum Dusun. Kebanyakan penduduk adalah petani dan peladang. Tanaman utama ialah padi, kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan yang lain. Pemandangan sawah padi yang cantik dan saujana mata memandang masih boleh dinikmati di sini. Sebahagiannya lagi bekerja di sektor perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan, JKR, pentadbiran Daerah/Negeri dan di sektor swasta.

Pekan atau Bandar Berhampiran[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, sekolah ini terletak agak jauh daripada mana-mana pekan atau bandar berhampiran. Pekan Ranau terletak 45 km dari sekolah ini dan 53 km ke Pekan Telupid. Kebiasaannya semua urusan rasmi sekolah dibuat di Pekan Ranau kerana Pejabat Pendidikan Daerah Ranau terletak di situ.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]