Sekolah Kebangsaan Pahang Tua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pahang Tua
Lokasi
 Malaysia Kg.Pahang Tua, PEKAN, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094300157
Kod sekolahCBA5019
Faks0


Sekolah Kebangsaan Pahang Tua atau nama ringkasnya SK Pahang Tua, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg.Pahang Tua, Pekan, Pahang.

Nama Pahang Tua berasal dari sebatang pokok yang bernama Pokok Mahang. Menurut satu sumber, Pokok Mahang ini terlalu besar dan  bersamaan dengan 25 pemeluk orang dewasa. Apabila Pokok Mahang tersebut ditebang, tapak pokok itu boleh memuatkan sebanyak 40 hidangan. Pokok Mahang tersebut dipercayai terletak di antara Kampung Langgar dan Kampung Pahang Tua.

Menurut cerita turun-temurun daripada penduduk kampung di sini, Hang Tuah pernah dikatakan berada di sini untuk meminang Tun Teja. Hang Tuah yang dalam perjalanan untuk meminang Tun Teja menuju Inderapura telah melalui  Sungai Pahang. Tempat persinggahan beliau untuk mendarat dan melarikan Tun Teja adalah Kampung Tanjung Pahang Tua.

Bilangan penduduk Kampung Pahang Tua sebelum Merdeka adalah seramai 60 hingga 70 orang sahaja. Kebanyakan penduduk kampung menyara hidup dengan menoreh getah dan bersawah padi. Kemudahan yang terdapat pada masa itu hanyalah jalan denai untuk laluan basikal dan motosikal sahaja. 

Sekolah Pahang Tua ini telah dibina pada tahun 1917 dengan guru besarnya yang pertama ialah Encik Mohd Amin. Ia terletak di tepi Sungai Pahang Tua yang beratapkan nipah yang perlu ditukar setiap tahun. Sementara dindingnya diperbuat daripada buluh yang dianyam rapi. Itulah pengorbanan masyarakat tempatan yang inginkan perkembangan pendidikan di bumi tercinta.

Pada tahun 1950, bangunan yang serba kekurangan ini telah diganti dengan sebuah bangunan baru yang serba baik serta tapaknya telah diubah ke suatu tempat yang lebih selesa. Namun ia tetap tidak dapat menampung bilangan anak-anak tempatan yang inginkan ilmu pengetahuan.

Justeru itu, pada tahun 1970 atas alternatif Kementerian Pelajaran yang peka akan masalah tersebut telah menggantikannya dengan bangunan yang lebih baik. Namun malang tidak berbau, bencana alam pada tahun 1970 telah merosakkan sebahagian struktur bangunan yang baru dibina itu. Walau bagaimanapun pada tahun 1971 bangunan Sekolah Kebangsaan Pahang Tua ini telah dapat beroperasi dengan baik.

Pada tahun 2003, sekali lagi bangunan sekolah ini mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pelajaran. Disebabkan oleh pertambahan bilangan murid dan bangunan sekolah yang telah uzur, kementerian telah memberi peruntukan untuk membina bangunan baru di tapak yang baru berhadapan dengan bangunan yang lama.

Oleh yang demikian, pada tahun 2004 Sekolah Kebangsaan Pahang Tua telah berwajah baru dengan bangunan tiga tingkat. Pada bulan Mac 2004, bangunan ini beroperasi dengan sepenuhnya diterajui oleh guru besar iaitu Puan Rohana binti Harun. Setelah Puan Rohana bersara, Sekolah Kebangsaan Pahang Tua telah diterajui oleh Encik Basri bin Mohd Zahiri. Beliau mula bertugas pada 16 Januari 2005. Setelah Encik Basri bertukar ke SK (F) Keratong 6, kepimpinan beliau telah diambilalih oleh Puan Hajah Saadah binti Abd Mubin yang memulakan tugas sebagai guru besar SK Pahang Tua pada 12 November 2007. Apabila Puan Hajah Saadah bertukar ke SK Nenasi, Encik Zakaria bin Zainuddin pula mengambil alih pentadbiran SK Pahang Tua mulai 30 Jun 2008. Beliau meneruskan perkhidmatannya sehingga 28 Mac 2014 sebelum bertukar ke SK Sinar Mutiara.

Encik Ismail bin Md. Yassin dari SK Runchang telah dipih bagi menerajui kepimpinan di SK Pahang Tua mulai  29 Mac 2014. Beliau telah bersara pada umur 60 tahun pada 24 Mac 2015. Majlis persaraan beliau telah diadakan di SK Pahang Tua pada tarikh tersebut.

Tidak lama selepas itu, SK Pahang Tua berada di bawah pentadbiran Encik Zulkaflee bin Hamid mulai 16 April 2015 yang bertukar dari SKK Bandar Raub, Raub. Apabila Encik Zulkaflee berpindah ke SK Raub Jaya pada Mac tahun 2017, Encik Ruslan bin Ali dari SK Inder Shah bandar, Pekan telah menggantikan tempat beliau sebagai Guru Besar yang baharu.

Kini, pada tahun 2017, Sekolah Kebangsaan Pahang Tua memiliki 61 pelajar lelaki dan 58 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 119 orang. Ia mempunyai seramai 22 orang guru dan 4 orang staf sokongan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pahang Tua
Kg. Pahang Tua,
26620 Pekan, Pahang, Malaysia
Telefon = 6094300157
Fax =

Pautan luar[sunting | sunting sumber]