Sekolah Kebangsaan Panaitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Panaitan
Lokasi
 Malaysia SK .Panaitan, Peti Surat 331,, 89108, Kota Marudu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088664725
Kod sekolahXBA5122
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Panaitan atau nama ringkasnya SK Panaitan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di SK .Panaitan, Peti Surat 331,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Panaitan memiliki 141 pelajar lelaki dan 124 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 265 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1.1             Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Panaitan  (SK. Panaitan) terletak kira-kira 13 kilometer dari pekan Kota Marudu. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1986 atas permintaan dan desakan penduduk kampung Panaitan. Sekolah yang berhampiran dengan kampung panaitan ketika itu ialah Sekolah Kebangsaan Tagaroh (SK. Tagaroh), kedudukannya dalam lingkungan 9 kilometer dari kampung Panaitan. Sebelum SK. Panaitan dibuka, factor jarak ini menjadi masalah utama yang menyukarkan penduduk kampung menghantar anak-anak mereka ke sekolah atas sebab masalah pengangkutan. Menurut puan Mujinah Langap, iaitu guru pertama yang bertugas di sekolah ini, sekolah ini secara rasminya mula beroperasi pada 12 Februari, 1986. Pada ketika itu, sekolah ini dalam keadaan serba kekurangan sama ada dari segi keperluan kerusi dan meja serta fizikal bangunan. Ketika kelas untuk SK. Panaitan dibuka, belum terdapat kemudahan elektrik. Kawasan sekolah hanya dikelilingi belukar dan kebun langsat milik penduduk kampung Panaitan, serta tiada padang permainan seperti yang terdapat pada masa kini.

1.1.1       Latar Belakang Sekolah

Di awal pembukaan sekolah ini, seramai 30 orang murid Tahun Satu dan Tahun Dua telah berjaya didaftarkan dan mengikuti sesi pembelajaran harian dengan menumpang di bangunan balai raya kampung Panaitan di bawah didikan seorang guru sandaran tidak terlatih, iaitu puan Mujinah Langap. Pada 5 Mac, 1986, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menghantar encik Abdul Rakha Amin sebagai guru besar pertama sekolah ini bersama-sama dengan empat orang guru sandaran tidak terlatih sebagai tambahan, iaitu encik Sairin Mohd. Nik, encik Saimin Saidi, Encik Md. Nin Mokti dan cik Einah Kuruput. Penambahan guru ini telah membolehkan sekolah ini beroperasi dengan membuka kelas Tahun Satu hingga Tahun Tiga.

Pada bulan Oktober, 1986, dua buah bangunan sekolah telah siap dibina di tapak tanah penduduk kampung Panaitan. Kesemua pelajar telah dipindahkan dari bangunan balai raya kampung Panaitan ke bangunan baru. Sejak pembukaan SK. Panaitan, sekolah dikategorikan sebagai sekolah Gred B sehingga tahun 2002. Pembukaan SK. Panaitan telah membuka peluang pendidikan kepada anak-anak penduduk kampung yang berhampiran seperti kampung Panaitan, kampung Soronsob, kampung Kionsom, kampung Batu Empat, kampung Taiwan, kampung Tunggung, kampung Rinahaan dan kampung Pendawar.

Pada 1 Januari, 2003, SK. Panaitan telah dinaik taraf kepada sekolah gred ‘A’ ekoran penambahan bilangan pelajar dan bilangan tenaga pengajar. Pertambahan jumlah pelajar ini berlaku ekoran penambah baikan infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan elektrik di kawasan berkenaan. Pada tahun yang sama, Jabatan Pendidikan Sabah telah menghantar tiga orang Guru Penolong Kanan lantikan hakiki dalam gred DG32. Mereka ialah puan Kamisah Gunting sebagai Guru Kanan Pentadbiran, encik Crispin Kapal sebagai Guru Kanan Hal Ehwal Murid dan puan Chrissia Gansung sebagai Guru Kanan Kokurikulum. Pada tahun yang sama, bangunan prasekolah telah siap dibina dan diserahkan  untuk memulakan sesi pembelajaran yang pertama.

Pada 10 Oktober, 2004, Guru besar pertama SK. Panaitan, encik Abdul Rakha Amin telah bersara dan guru besar baru, puan Caroline S. Gunting telah dilantik sebagai guru besar di sekolah ini pada 24 Oktober, 2004. Di bawah pentadbiran puan Caroline S. Gunting dan dengan kemudahan infrastruktur yang ada, SK. Panaitan telah mengorak langkah lebih jauh dalam usaha mengubah iklim sekolah dari aspek hubungan luar, PIBG, guru-guru, pembangunan dan prestasi akademik.

Di bawah pentadbiran puan Caroline S. Gunting bermula tahun 24 Oktober, 2005 sehingga 16 November, 2015, banyak usaha memantapkan kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sekolah telah dilaksanakan oleh beliau. Kesan daripada usaha yang dilakukan oleh beliau jelas walaupun selepas beliau telah berpindah tempat bertugas, iaitu sebagai guru besar di SK. Masalog pada 17 November, 2014. Salah satu usaha yang dijalankan oleh beliau ialah usaha ke arah membina jalinan kerjasama serta hubungan baik dengan ibu bapa pelajar melalui badan Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG).

PIBG sekolah ini telah didaftarkan pada 1 Jun, 2005 dengan nombor pendaftaran JP/PPIG/4/00430. Selaku guru besar, puan Caroline S. Gunting berpendapat, untuk menjamin perkembangan pelajar secara berterusan, perlu wujud penglibatan ibu bapa, khusus dalam membangunkan potensi murid dari aspek kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan pembangunan sekolah. Namun, salah satu isu utama yang mendorong ke arah pembinaan hubungan erat sekolah dengan pihak PIBG ialah disebabkan sekolah ini sering dilanda banjir kilat. Penyelesaian masalah yang diambil oleh pihak pengurusan sekolah ketika itu ialah memantapkan hubungan sekolah dengan masyarakat disekitarnya agar masalah ini dapat ditangani bersama, sama ada aspek keselamatan murid, peralatan sekolah dan juga menangani masalah yang timbul selepas banjir seperti pembersihan bangunan dan pemeriksaan persekitaran sekolah termasuk memperbaiki landskap sekolah yang musnah akibat banjir. 

Untuk menjayakan usaha ini, setiap tahun beliau menganjurkan Hari Keluarga Sekolah bersama PIBG, sambutan Bulan Kemerdekaan bersama PIBG dan penganjuran Program Lonjakan Akademik bersama PIBG. Susulan usaha berterusan untuk menambah baik hubungan pihak sekolah dengan PIBG, SK. Panaitan telah berjaya memperoleh Anugerah Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Terbaik: 

ANUGERAH                                                                        PERINGKAT           TAHUN

Anugerah Pengurusan PIBG Terbaik                         Daerah                         2012

Anugerah Pengurusan PIBG Terbaik                         Negeri                         2012

Anugerah Pengurusan PIBG Terbaik                         Kebangsaan                 2012

Sehingga tahun 2006, SK. Panaitan mempunyai 2 blok bangunan kayu yang mempunyai 6 buah kelas, sebuah bangunan konkrit bilik guru dan pentadbiran, sebuah bangunan prasekolah, 1 unit rumah guru berkembar, sebuah bangunan bilik darjah projek PIBG dan 6 buah pondok yang dibina daripada bambu untuk kegunaan murid berehat dan membaca buku dan sebuah pondok utama tanpa dinding oleh PIBG yang dinamakan Anjung Nilam PIBG atau Anjung Ilmu yang dibina bersebelahan dengan perpustakaan sekolah dengan tujuan yang sama, iaitu untuk menanam dan memupuk minat membaca di kalangan murid.

Pada bulan April, tahun 2006, encik Cyprian Timothy Sotiman dari kumpulan NGO Releigh International telah memperkenalkan memperkenalkan program-program yang dianjurkan oleh kumpulan berkenaan kepada pihak pengurusan sekolah ketika itu. Pada 10 Julai, 2006, SK. Panaitan telah menerima sumbangan yang amat bernilai daripada pihak berkenaan, iaitu sebuah perpustakaan mini berserta buku bacaan untuk murid dalam lingkungan 500 naskah. Kumpulan NGO Raleigh International ini telah berkampung di kawasan SK. Panaitan sehingga 18 Ogos, 2006. Perpustakaan sekolah akhirnya telah berjaya di bina atas kerjasama pihak sekolah, NGO dan ahli PIBG sekolah daripada 7 buah kampong berhampiran yang datang membantu secara berjadual di bawah pimpinan yang dipertua PIBG, encik Lansayan Inayak dan telah dirasmikan oleh yang amat berhormat Datuk Maximus Jhonity Ongkili pada 17 Ogos, 2006.    

Pada tahun 2007 hingga tahun 2008, SK. Panaitan berubah wajah sekali lagi setelah mendapat peruntukan di bawah bencana alam untuk mmbina bangunan kantin dan bangunan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang lebih selesa. Selain itu, lorong pejalan kaki dan tapak perhimpunan telah disimen serta kawasan yang menakung air di persekitaran sekolah telah ditimbus. Selain itu, sekolah juga telah diperuntukkan sebuah makmal komputer dan dua buah kelas kabin bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Pada tahun 2008, kakitangan sekolah juga telah ditambah kepada 3 orang kakitangan bukan mengajar dan 21 orang guru dengan bilangan muid seramai 251 orang.

Bermula tahun 2010, SK. Panaitan telah mencapai satu lagi kejayaan besar dalam usaha memperkemaskan sistem pengurusan dokumen sekolah. Antara pencapaian sekolah dalam usaha ini ialah:

PENCAPAIAN                                                         PERINGKAT           TAHUN

Anugerah Pengurusan Terbaik MS ISO 9008:2001   Daerah                         2010

Anugerah Pengurusan Kualiti  Terbaik                       Daerah                         2012

Dalam usaha semua warga sekolah dipimpin oleh guru besar, puan Caroline S. Gunting mencipta nama dalam pengurusan kualiti, sekolah telah dilawat oleh beberapa buah sekolah dari dalam dan luar daerah sebagai lawatan penandaarasan pengurusan kualiti. Malang sekali, pada 22 Julai, 2012,  bangunan pentadbiran yang dijadikankan sebagai bangunan mesyuarat serta pusat penyimpanan dokumen serta pengurusan fail sekolah telah terbakar. Turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah kelas sains dan kelas Tahun 1, yang dibina oleh PIBG dan 3 buah tangki besar sumbangan NGO (25 000 liter). Banyak harta benda berharga, dokumen lama dan baru, telah musnah dalam kebakaran tersebut. Ekoran kebakaran tersebut, untuk menampung kelas murid Tahun 1, pihak PIBG SK. Panaitan telah membina sebuah bangunan sementara pada tahun 2013 sementara menunggu pembinaan bangunan baru. Walaupun banyak maklumat dan dokumen penting telah musnah dalam kebakaran tersebut, seluruh warga sekolah terus berganding bahu bersama PIBG berusaha membuat pengemaskinian semua dokumen sekolah.

Kini SK. Panaitan mempunyai 5 bangunan konkrit yang digunakan sebagai bilik darjah arus perdana, bangunan pentadbiran, bangunan prasekolah dan 2 buah bangunan kabin yang digunakan sebagai bilik darjah dan bilik guru, sebuah bangunan kayu untuk bilik darjah, sebuah surau, sebuah makmal computer, bangunan kantin, dan beberapa bangunan kecil dan ruang terbuka yang dijadikan sebagai ruang rehat dan belajar murid seperti seperti Anjung Nilam PIBG atau Anjung Ilmu.

Pada 16 November, 2014, puan Caroline S. Gunting telah berpindah tempat bertugas dan jawatan guru besar SK. Panaitan telah diambil alih oleh encik Setim bin Haji Atil bermula 17 November, 2015  sehingga kini. Berikut adalah guru besar yang pernah berkhidmat di SK. Panaitan:

MULA                                    HINGGA                    NAMA GURU BESAR

5 Mac, 1986             -           10 Oktober, 2004           Encik Abdul Rakah Amin

24 Oktober, 2004      -          16 November, 2015      Puan Caroline S. Gunting

17 November, 2014    hingga kini                            Encik Setim bin Haji Atil

            Terdapat beberapa latar belakang kepimpinan sekolah dalam tempoh 29 tahun SK. Panaitan beroperasi. Bermula dengan encik Abdul Rakha Amin yang lebih dikenal sebagai pemimpin pertama membuka laluan kepada sekolah ini berkembang. Disusuli oleh puan Caroline S. Gunting sebagai peneraju kepada membaik pulih dan menaik taraf bangunan serta kawasan sekolah dan memperkukuh hubungan dan kerjasama sekolah dengan pihak PIBG dan NGO di sekitar kawasan sekolah. Manakala, encik Setim bin Haji Atil sebagai pemangkin kepada kreativiti guru-guru agar terus berusaha serta bertindak secara proaktif bagi meningkatkan pencapaian sekolah dalam semua aspek.

Hingga kini, SK. Panaitan berada dalam kedudukan Band 3 dalam penarafan band sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Bilangan kakitangan di SK. Panaitan sehingga kini ialah seramai 28 orang guru, 4 orang kakitangan bukan mengajar dengan jumlah murid seramai 257 orang. 

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Panaitan
SK .Panaitan, Peti Surat 331,
89108, Kota Marudu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088664725
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]