Sekolah Kebangsaan Parit Latiff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Parit Latiff
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahJBA5048
Lokasi Malaysia Parit Latiff (Muar) 83600, Semerah, Johor Darul Takzim, Malaysia
Telefon6074213837
Faks6074213837


Sekolah Kebangsaan Parit Latiff atau nama ringkasnya SK Parit Latiff, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Parit Latiff (Muar).

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Parit Latiff memiliki 135 pelajar lelaki dan 152 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 287 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009 Pada 2017 pula, Sekolah Kebangsaan Parit Latiff memiliki 92 pelajar lelaki dan 92 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 184 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2017

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Parit Latiff, Muar diasas dan didirikan oleh penduduk-penduduk Kampung Sarang Buaya, Mukim Sungai Balang, Muar pada tahun 1953. Bangunan kayu bertiang bulat dan beratap nipah didirikan dengan cara bergotong-royong.

Bangunan yang berupa balai tanpa sekat itu boleh menampung lebih kurang 100 orang murid yang terdiri daripada anak-anak penduduk tempatan.

Tanah tapak sekolah ini dibina ialah wakaf daripada Tuan Haji Naim @ Haji Noh bin Md Amin iaitu seorang penduduk yang tinggal berhampiran sekolah ini. Keluasan tanah tersebut ialah 1 ekar rod 11 pol.

Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah Melayu Parit Latiff, Muar iaitu sempena nama peneroka awal Kampung Parit Latiff. Pada tahun 1957, bangunan sekolah ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Muar pada waktu itu iaitu Datok Mahmud bin Mat.

Pada tahun 1990, sekolah ini mendapat sebuah bangunan baru iaitu pusat sumber yang dilengkapi dengan perpustakaan, bilik tayang, bilik memproses filem, bengkel dan stor. Kayu-kayu lama daripada bangunan ini dijadikan surau dan bengkel Kemahiran Hidup dengan tambahan peruntukan Wakil Rakyat dan sumber daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Pada tahun 2001, sekolah ini telah mendapat dua blok bangunan tambahan empat tingkat. Projek membina bermula pada 20 Disember 2001 dan telah siap pada Disember 2002. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik darjah dan dilengkapi dengan bilik pusat sumber, bilik muzik, bilik mesyuarat, makmal komputer, stor dan surau.

Bangunan baru ini telah diserah kepada pihak sekolah Jabatan Pendidikan pada 12 Jun 2003 dan murid mula belajar di bangunan baru ini pada 19 Jun 2003. Jumlah murid pada masa sekarang[bila?] ialah 184 orang.

Bangunan baru tersebut dalam proses penyerahan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah dibina di atas tanah PIBG SK Parit Latiff. Semua pihak telah bersetuju membuat penyerahan dengan pampasan mengikut harga semasa.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Parit Latiff
Parit Latiff (Muar)
83600, Semerah
Johor, Malaysia
Telefon = 6074213837
Faks = 6074213837

Pautan luar[sunting | sunting sumber]