Sekolah Kebangsaan Pasir Akar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Kebangsaan Pasir)
ekolah Kebangsaan Pasir Akar
Lokasi
Pasir Akar,, Jertih, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096902141
Kod sekolahTBA0049[1]
Faks6096902140
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Pasir Akar merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pasir Akar , Jerteh , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2023, Sekolah Kebangsaan Pasir Akar memiliki 349 pelajar lelaki dan 349 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 698 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009ref name=KPM/>

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pasir Akar Jerteh telah dibina pada tahun 1938 di atas sebidang tanah yang telah dihadiahkan oleh seorang penduduk, Ibrahim bin Boto. Pengasasnya adalah Awang Nik bin Mamat (1926). Dengan hanya berdindingkan buluh dan beratapkan daun nipah sekolah pertama terbina dengan nama Sekolah Melayu Rakyat. Pada awalnya seramai 50 anak tempatan telah mula belajar di sekolah berkenaan dengan tenaga pengajar seramai dua orang. Tetapi setelah tiga tahun beroperasi dengan tidak diduga Jepun telah menyerang Malaya hingga menyebabkan sekolah itu terpaksa ditutup selama 6 tahun.

Setelah kedatangan British semula Sekolah Melayu rakyat telah dibuka semula dan Awang Nik bin Mamat kembali semula untuk berkhidmat sebagai pendidik. Tidak lama kemudian iaitu pada tanggal 10 September 1946, Awang Nik terpaksa meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila mendapat tawaran bekerja sebagai seorang pegawai di ]abatan Parit dan Taliair. Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Encik Mohamad bin Embung. Dalam tempoh perkhidmatan beliaulah, Sekolah Melayu Rakyat ni telah diambil alih oleh kerajaan dan bangunan baru telah dibina menggantikan bangunan lama. Serentak dengan itu juga namanya telah bertukar kepada Sekolah kebangsaan Pasir Akar yang diguna pakai sehinggalah hari ini.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
Pasir Akar , Jerteh ,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Telefon = 6096902141
Fax = 6096902140

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]