Sekolah Kebangsaan Paya Taram
Sekolah Kebangsaan Paya Taram | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Jerantut, TEMERLOH, Pahang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6092847500 |
Kod sekolah | CBA7019 |
Pengerusi PIBG | En. Hazlan b. Sulaiman (2023) |
Guru besar | En. Mohd Saniy Tai b. Abdullah AMP., PKC.(2023) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En.Mohd Nasir b. Yunus (2023) |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Mohd Fauzi bin Sulaiman (2023) |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Ahmad b. Daud (2023) |
Faks | 6092847500 |
Sekolah Kebangsaan Paya Taram atau nama ringkasnya SK Paya Taram, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Jerantut.
Pada sesi 2023/2024, Sekolah Kebangsaan Paya Taram memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 192 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Kebangsaan Paya Taram dibuka pada tahun 1939 bagi membolehkan kanak-kanak yang tinggal di kampung persekitaran mendapat pendidikan asas. Pengasas sekolah ini ialah Allahyarham Encik Hassan bin Abas.
Pada masa sekolah ini baru dibuka hanya terdapat sebuah bangunan yang diperbuat daripada kayu bulat dan berlantaikan tanah. Atapnya pula adalah atap daun. Bangunan induk yang lebih sempurna telah dibina pada tahun 1953 untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Bangunan ini berukuran 70'x 24', yang berlantaikan papan dan bertanggakan simen mengandungi 2 bilik darjah. Pada tahun 1958, sebuah bangunan batu setingkat mengandungi 3 bilik darjah dibina. Kemudian, pada tahun 1979, sebuah lagi bangunan dibina yang mengandungi 2 bilik darjah, 1 bilik Guru Besar, 1 bilik pejabat am dan tandas. Bangunan yang ke-3 dibina pada tahun 1988 menerusi projek gotong-royong yang mengandungi 2 bilik darjah berukuran 24'x60'. Pada 11.10.1991, bangunan induk yang dibina pada tahun 1979 telah musnah dalam satu kebakaran yang mengakibatkan bangunan dan semua dokumen-dokumen serta peralatan hangus dijilat api. Selepas kebakaran tersebut, sekolah hanya mempunyai 5 bilik darjah untuk menempatkan pejabat, 6 kelas, bilik sumber, bilik Guru Besar, bilik guru dan stor. Keadaan ini amat menyulitkan. Berikutan kejadian tersebut, pada tahun 1993, sekolah telah menerima peruntukan membina bangunan 3 tingkat berukuran 140'x24', yang mempunyai 3 bilik darjah, 1 pejabat am, bilik guru penolong kanan, 1 bilik guru, tandas dan stor. Projek berkenaan mula dilaksanakan pada bulan April 1993 dan siap sepenuhnya pada tahun 1995. Pada tahun 2005, sekali lagi sekolah menerima peruntukan untuk menambah bilik darjah dengan mengubahsuai bahagian dewan. Setelah siap diubahsuai bahagian dewan, ia mengandungi 2 bilik darjah, 1 ruang rehat dan satu bilik guru. Justeru pada sesi pembelajaran 2023/2024 ini, warga SK Paya Taram berazam untuk meningkatkan produktiviti untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Paya Taram
- Jalan Jerantut
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6092847500
- Fax = 6092847500
- Facebook = https://m.facebook.com/skpayataram