Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau
Lokasi
 Malaysia SK Pekan Ranau, Peti Surat 4, 89307, Ranau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088875341
Kod sekolahXBA5434
Faks6088876526
Map


Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau atau nama ringkasnya SK Pekan Ranau, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di SK Pekan Ranau, Peti Surat 4.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau memiliki 296 pelajar lelaki dan 290 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 586 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau (2011) kini telah menjangkau usia lebih kurang 75 tahun. Sejarah penubuhan sekolah ini bermula pada 15.07.1936 oleh penduduk kampong yang diketuai oleh Encik Kabindong Bin Gawak yang pada waktu itu merupakan seorang Ketua Anak Negeri. Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya dikenali sebagai Venecolar School yang dikendalikan oleh guru-guru yang dibayar gaji oleh ibu bapa murid. Tapak asal sekolah ini bukanlah pada tapak yang ada pada masa sekarang. Tapak asal sekolah ini dibina lebih kurang 500 meter ke arah Timur Laut daripada tapak sekolah pada masa kini. Bangunan asal sekolah pada masa tersebut hanya merupakan sebuah bangunan buluh beratapkan rumbia. Bangunan itu didirikan setelah permohonan Encik Kabindong diluluskan.

Pada tahun 1950, sekolah tersebut telah dipindahkan ke tapak baru berhampiran dengan Hospital Daerah Ranau. Kedudukan tapak kedua ini lebih kurang 200 meter ke utara daripada tapak sekolah yang ada sekarang ini. Sekolah tersebut bertahan selama 10 tahun dan dikenali sebagai Government Primary School.

Pada tahun 1960, sekolah tersebut berpindah untuk kali ketiganya ke tapak sekolah sekarang. Pada awalnya, bangunan sekolah ini hanya terdiri daripada dua blok bangunan yang mengandungi enam buah bilik darjah berserta dua buah rumah guru. Bangunan ini berlantaikan simen, beratapkan zink dengan dindingnya daripada kayu dan batu-batan daripada sungai Liwagu.

Pertambahan jumlah murid dari masa ke semasa telah memerlukan pertambahan bilik darjah. Pada tahun 1975, pihak syarikat Mamut Copper Mine telah menyumbangkan pembinaan sebuah bangunan kayu yang mengandungi dua buah bilik darjah.

Pada tahun 1986 di bawah program “Projek Kilat” Jabatan Pendidikan Sabah telah membina sebuah bangunan kayu yang mengandungi dua bilik darjah untuk sekolah ini. Pada tahun 1992 sebuah bangunan yang mengandungi empat buah bilik darjah telah dibangunkan di bawah program yang sama. Dua daripada empat buah bilik darjah tersebut telah dijadikan bilik guru dan bilik pentadbiran.

Pada tahun 1995, sebuah bangunan baru telah didirikan di bawah program “Projek Kecemerlangan” . Bangunan ini mengandungi empat buah kelas dan kos pembinaannya adalah daripada individu, ibu bapa dan pemimpin masyarakat.

Pada tahun 1997, sebuah bangunan kayu telah didirikan dibawah program “sumbangsih”. Bangunan ini mengandungi dua buah kelas dan kos pembinaannya telah dibiayai oleh guru-guru dan kakitangan bukan mengajar di sekolah ini.

Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau telah menjangkau usia 46 tahun berada di tapaknya sekarang dan 70 tahun sejak sejarah penubuhannya. Sekolah ini kini mengandungi sembilan buah bangunan dengan 13 buah bilik darjah termasuk sebuah surau, sebuah Pusat Sumber dan sebuah bilik gerakan. Pada masa kini sekolah ini mempunyai 641 orang pelajar.

Sumbangan sekolah ini terhadap pendidikan negara amat bernilai dan telah melahirkan ramai murid yang telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR.

Memandangkan kawasan sekolah ini amat terhad, satu kawasan tapak baru perlu dikenalpasti untuk membina sebuah sekolah baru bagi menampung jumlah murid yang meningkat setiap tahun.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau
SK Pekan Ranau, Peti Surat 4
89307, Ranau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088875341
Fax = 6088876526

Pautan luar[sunting | sunting sumber]