Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad
Lokasi
Ayer Hangat,, Langkawi, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoSekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Nombor sekolah+6049591996
Faks+6049591996
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad atau nama ringkasnya SK Penghulu Ahmad ialah sebuah sekolah sekolah kebangsaan yang terletak di Langkawi, Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanggal 1 April 1936 bersamaan 10 Muharram 1355, sekolah telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Pegawai Daerah Langkawi mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah. Bangunan kayu yang didirikan oleh rakyat tempatan dengan diketuai oleh Tuan Penghulu Ahmad bin Hamid.

Pada hari pertama, sekolah ini telah menerima seramai 68 orang murid.  Guru Besar sulungnya ialah Cikgu Bahari bin Mahmud yang berasal dari Sungai Petani dan seorang guru penolong iaitu Cikgu Jaafar bin Abdul Aziz yang berasal dari Kuala Ketil.

Guru-guru menginap di rumah kayu yang disediakan oleh penduduk tempatan.   Sekolah ini diberi nama Sekolah Rakyat Ayer Hangat.

Perang Dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 29 December 1945 Sekolah ini telah ditutup kerana Peperangan Dunia Kedua atau dikenali sebagai Perang Jepun. Penutupan ini diarahkan oleh Tuan Pegawai Daerah Langkawi. Mesyuarat pertama diadakan bagi pembukaan semula sekolah selepas tamat pendudukan Jepun pada 10 February 1946. Sekolah dibuka semula selepas berakhirnya penjajahan Jepun pada 23. 03.1954

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU AHMAD
JALAN AYER HANGAT
07000 LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

Pautan luar[sunting | sunting sumber]