Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya
Lokasi
Jalan Pengkalan Batu, 13310, Tasek Gelugor,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerdaya Maju
Nombor sekolah6045732592
Kod sekolahPBA2032
Guru besarPuan Rohayu Binti Ali Musa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Noraini Binti Mokhtar
Penolong Kanan KokurikulumEncik Wan Azli Wan Teh
Faks6045732592

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya atau nama ringkasnya SK Pengkalan Jaya / SKPJ , merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Pengkalan Batu. Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya memiliki 422 pelajar lelaki dan 425 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 847 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya sekolah ini dinamakan dengan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kerana pada peringkat perancangan awal, SKTG yang berada di Jalan Besar Tasek Gelugor akan berpindah ke sini sepenuhnya. Bagaimanapun sekolah ini akhirnya mula beroperasi pada tahun 2001 dengan nama Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya. Nama Pengkalan Jaya diilhamkan oleh guru besar pertama sekolah ini sempena gabungan nama tempat dan konsep kejayaan menyeluruh. Motif ini diabadikan pada lambang lencana sekolah dengan huruf bingkai PJ.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Naib Johan Bola Baling 11 Tahun ke Bawah Perempuan Peringkat Zon 2013
  • Johan Pertandingan Pidato Peringkat Kelompok 2014 (Nur Asyilah Binti Nasir)
  • Naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Kelompok 2014
  • Tempat Ketiga Bola Jaring 11 Tahun ke Bawah Peringkat Kelompok 2014
  • Naib Johan Pertandingan Kuiz J-Qaf Peringkat Daerah 2014
  • Tempat Ketiga Pertandingan Tilawah Kategori Lelaki Peringkat Daerah 2014 (Muhammad Yunus)
  • Johan Bola Baling 11 Tahun ke Bawah Perempuan Peringkat Zon 2014
  • Tempat Ketiga Bola Baling 11 Tahun ke Bawah Lelaki Peringkat Zon 2014
  • Seramai 17 Orang Pelajar daripada 143 Orang Mendapat 5A UPSR 2014
  • Johan Pertandingan Pantun Peringkat Daerah 2017 Di SK Lahar Yooi
  • Tempat Ketiga Pertandingan Pantun Peringkat Negeri 2017 Yang Di Adakan Di SK Desa Murni

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Di bawah adalah berdasarkan fakta mengenai organisasi pentadbiran SK Pengkalan Jaya yang terkini (2023).

Guru Besar : Puan Rohayu Binti Ali Musa

Penolong Kanan HEM : Puan Noraini Binti Mokhtar

Penolong Kanan Kokurikulum : Encik Wan Azli Bin Wan Teh

Penolong Kanan Pentadbiran : Encik Ridzuan Bin Hashim

Penolong Kanan Pendidikan Khas : Tuan Haji Azizi Bin Samsuddin

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

TAJUK: BERDAYA MAJU

Kami warga SK Pengkalan Jaya

Mendukung cita-cita mulia

Gemilang bangsa unggul negara

Membentuk generasi berjaya


Berdaya maju sekolah kita

Kami harapan ayah dan bonda

Hormati guru mendidik kita

Jasa baktimu takkan dilupa


Kami warga SK Pengkalan Jaya

Mendukung cita-cita mulia

Hidup diberkati sentiasa dihormati

SKPJ ku tetap di hati (2X)


Lirik : En Saadan Hassan

Lagu : Pn Nurihan Ibrahim

6 Julai 2005

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Hanya 4 bilangan rumah sukan disediakan di SK Pengkalan Jaya. Rumah-rumah sukan tersebut ialah:

  • Wira (Merah)
  • Satria (Biru)
  • Putra (Hijau)
  • Perdana (Kuning)

Kelas[sunting | sunting sumber]

Terdapat 5 kelas setiap darjah kecuali Darjah 5 untuk sesi 2015.

  • USM
  • UKM
  • UPM
  • UTM
  • UUM
  • UMS (Tahun 5 sahaja)

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Surau
  • Dewan Terbuka
  • Kantin
  • Perpustakaan
  • Makmal Komputer
  • Makmal Sains
  • Bengkal Kemahiran Hidup
  • 2 Stor Alatan Sukan
  • Bilik Mensyuarat
  • Padang
  • Bilik Kaunseling
  • 31 Bilik Darjah
  • Kedai Buku
  • Pondok Membaca
  • Lobi
  • 2 Blok Pendidikan
  • Bilik PBS
  • Bilik Seni
  • Bilik Gerakan Pengawas

Unit Beruniform[sunting | sunting sumber]

  • Puteri Islam
  • Tunas Puteri
  • Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Pengakap
  • Tunas Kadet Remaja Sekolah

Kelab dan Persatuan Akademik[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Sains Dan Matematik
  • Persatuan Pendidikan Islam
  • Persatuan Khat dan Jawi
  • Kelab Doktor Muda
  • Kelab Budaya

Sukan dan Permainan[sunting | sunting sumber]

  • Bola Baling
  • Bola Jaring
  • Bola Sepak
  • Sepak Takraw
  • Sofbol
  • Olahraga

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya
Jalan Pengkalan Batu
13310, Tasek Gelugor
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045732592
Fax = 6045732592

Pautan luar[sunting | sunting sumber]