Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh
Lokasi
 Malaysia Jalan Simpang Pulai, Kampong Pengkalan Pegoh, 31500, Lahat,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6053216399
Kod sekolahABA2016
Faks6053216399


Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh atau nama ringkasnya SK Pengkalan Pegoh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Simpang Pulai, Kampong Pengkalan Pegoh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh memiliki 587 pelajar lelaki dan 538 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1125 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh, Lahat telah beroperasi sekitar 1918 (tapak asal) hasil daripada kerjasama penduduk tempatan pada masa itu sebelum dipindahkan ke tapak bangunan sekarang. Pada tahun 1981, dua blok bangunan tiga tingkat telah di bina di tapak lokasi sekarang. Manakala bangunan kantin pula disiapkan pada tahun 1984. Pada tahun 1981, SMK Kg. Pasir Putih, telah menumpang premis sekolah untuk sementara waktu. Bagi menampung keperluan, dua blok bangunan setingkat telah dibina (Bangunan Kilat). Sekolah ini terletak kira-kira 10km dari Bandaraya Ipoh. Pembangunan yang pesat di kawasan ini menjadikan penyumbang kepada pertumbukan penduduk yang ketara dan ini menyebabkan peningkatan enrolmen murid persekolahan dijalankan dua sesi. Pada tahun 2003, Sekolah Kebangsaan Pengkalan, Taman Pinji Mewah, beroperasi sepenuhnya enrolmen murid berlaku penurunan, namun sekolah ini masih beroperasi dua sesi. Bagi merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua sekolah satu sidang, Jabatan Negeri Perak telah mencadangkan bangunan kekal dua blok tiga tingkat unutk 15 bilik menggantikan bangunan kilat. Mulai tahun 2011, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh, telah merangka satu visi yang baru iaitu “MELONJAK KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK, KOKURIKULUM, SAHSIAH DAN IMEJ PERKHIDMATAN”. Bersama-samalah kita berusaha agar hasrat murni ini akan tercapai.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh
Jalan Simpang Pulai, Kampong Pengkalan Pegoh
31500, Lahat
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053216399
Fax = 6053216399

Pautan luar[sunting | sunting sumber]