Sekolah Kebangsaan Pinausuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pinausuk
Lokasi
 Malaysia Sekolah Kebangsaan Pinausuk, Peti Surat 550, 89308, Ranau, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah60885005
Kod sekolahXBA5431
FaksTIADA
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Pinausuk atau nama ringkasnya SK Pinausuk, merupakan sebuah sekolah kebangsaan (sekolah kerajaan) yang terletak di Kg Pinausuk di daerah Ranau, Sabah. Jarak sekolah ke Pekan Ranau sekitar 10KM dan jarak ke ibukota Sabah, Kota Kinabalu pula adalah sejauh 97KM.

Jalan perhubungan ke sekolah ini adalah menggunakan jalan raya sepenuhnya. Namun ada sesetengah perkampungan perlu melalui jalan tidak berturap dan jalan tidak rata untuk tiba di sekolah. Setibanya di simpang sekolah dari jalan utama perlu diteruskan perjalanan jalan tidak rata sekitar 250 meter untuk sampai di sekolah dan boleh diakses oleh semua jenis kenderaan.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pinausuk memiliki 74 pelajar lelaki dan 83 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 157 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.

Pada tahun 2020, murid-murid yang mendaftar di sekolah ini berjumlah 247 orang termasuk 25 orang murid pra-sekolah dan mempunyai 20 orang guru.

Lipatan sejarah SK Pinausuk, Ranau[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 1 Oktober 1965, sebuah bangunan sekolah berukuran 20 x 40 kaki, beratapkan zink, berlantaikan tanah liat dan meja panjang yang diperbuat daripada bambu telah berjaya disiapkan atas inisiatif penduduk kampung berdekatan secara bergotong-royong.

Hasrat pembinaan sekolah ini berjaya dan diberi nama Sekolah Sukarelawan Rakyat. Guru yang mengajar pula terdiri daripada kakitangan kerajaan. Pada masa itu, bilangan murid adalah seramai 31 orang sahaja.

Pada tahun 1966, setahun selepas pembinaan sekolah, majlis perasmian sekolah telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat pada ketika itu iaitu Datuk Abdul Ghani Gilong yang diwakili oleh Encik Abdul Ghani Ahmad dan Pegawai Daerah Ranau, Encik Awang Salleh Kondolon.

Kemudian pada tahun 1972, sekolah ini telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Nama sekolah kemudiannya ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Pinausok, Ranau dan selepasnya dijenamakan semula menjadi nama Sekolah Kebangsaan Pinausuk, Ranau.

Sehingga tahun 1981, pelbagai usaha daripada Guru Besar, warga sekolah dan penduduk kampung untuk menambahbaik infrastruktur bangunan sekolah serta usaha mendirikan bangunan tambahan baharu untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah dari tahun ke tahun. Bilangan murid pada tahun 1981 sudah mencecah 81 orang. Pada tahun 1984, pihak sekolah telah mendapat bangunan daripada projek kilat yang dilancarkan dan hasilnya dapat menampung 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru.

Pada tahun 1996, kawasan sekolah telah mengalami mendapan tanah yang mengakibatkan sebahagian kawasan sekolah terjejas termasuklah kawasan padang sekolah yang telah mengubah struktur tanah di kawasan tersebut. Rentetan daripada kejadian tersebut telah menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan warga sekolah, penduduk kampung telah memohon untuk dibuat bangunan baharu sebagai alternatif kepada penyelesaian tersebut.

Tahun 1999 merupakan titik mula pembinaan sekolah yang berwajah baharu yang telah dibina oleh kerajaan di atas tanah perkampungan sekitar Kampung Pinausok. Sekolah ini mula beroperasi semula setelah siap dibina pada Jun 2001. Sekolah ini secara keseluruhannya terdiri daripada 4 bangunan dengan memuatkan kapasiti 13 bilik darjah dan satu buah bangunan rumah guru kategori berkembar.

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pinausuk
SK. Pinausuk, Peti Surat 550
89308, Ranau
Sabah, Malaysia
Telefon = 60885005
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]