Sekolah Kebangsaan Pulai, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pulai
Fail:Sekolah Kebangsaan Pulai.jpg
Lokasi
Baling, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0444706301
Kod sekolahKBA0022
Faks044706316
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Pulai atau nama ringkasnya SK Pulai, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pulai diasaskan dalam dekad 30-an oleh Gemulah Tuan Hj Ahmad bin Ismail, seorang dermawan di daerah ini. Pada peringkat permulaannya, sekolah dikenali sebagai "Sekolah Rakyat Pulai” yang didirikan di atas tapak bangunan sekolah JKR 790 yang ada sekarang ini. Jumlah murid ialah seramai 30 orang dengan seorang guru iaitu Gemulah Encik Abdul Hamid bin Derakta. Sekolah ini terpaksa ditutup kerana gurunya (En Derakta) jatuh sakit dan meletusnya Perang Dunia Kedua.

Kemudian, Sekolah Melayu Pulai yang pertama telah dibuka di bangunan kedai kosong berhampiran dengan sekolah yang ada sekarang. Sekolah Rakyat tersebut telah dibuka dalam tahun 1948 dengan jumlah muridnya 98 orang. Guru besarnya ialah Gemulah Cikgu Mohd Zain bin Ismail. Beliau dibantu oleh dua orang guru lain iaitu Cikgu Mohd Daud bin Darus dan Cikgu Mohd Ali bin Shariff. Gaji guru-guru ketika itu dibayar oleh rakyat dan mendapat sedikit bantuan daripada pihak kerajaan.

Pada tahun 1953, dengan bantuan Kerajaan dan daripada wang kutipan yang diperolehi daripada rakyat di kampung-kampung dalam Mukim Pulai, maka sebuah sekolah bantuan Kerajaan yang berdindingkan papan dan berbumbungkan zink berharga RM 11,295.28 telah didirikan di atas tapak tanah yang dihadiahkan oleh Gemulah Tuan Hj Ahmad bin Ismail.

Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Mohamad Sheriff Bin Osman, bekas Menteri Besar Kedah pada hari Jumaat 6 Mac 1953. Sekolah ini telah diterima menjadi Sekolah Kerajaan pada 1 Julai 1953 dengan semua guru-gurunya terdiri daripada pegawai kerajaan. Guru Besarnya yang pertama ialah Tuan Hj Assaad bin Yusoff dengan dibantu oleh enam orang guru lain. Ketika sekolah diterima menjadi Sekolah Kerajaan, bilangan murid ialah seramai 255 orang (159 orang lelaki dan 95 orang perempuan). Disebabkan sekolah ini hanya mempunyai empat bilik darjah, maka Pihak Jawatankuasa Sekolah Rakyat terpaksa menggunakan kedai kosong bagi menampung murid-murid yang semakin bertambah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]