Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 13758, 88840, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMendepani Cabaran, Melangkaui Harapan
Nombor sekolah601165749155
Kod sekolahXBA4035
PengetuaAbdul Rahman bin Zainon
GPK Pentadbiran dan AkademikJalil bin Ramat
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSaniah binti Samat
Penolong Kanan KokurikulumShamsul Nazri bin Hashim


Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya atau nama ringkasnya SK Pulau Gaya, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang beralamat di Peti Surat 13758.

Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya memiliki 786 pelajar lelaki dan 698 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1484 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru. Sekolah ini melaksanakan dua sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang.

Perjalanan ke sekolah yang terletak di pinggir bandar Kota Kinabalu ini mengambil masa kira-kira tujuh hingga 10 minit melalui jalan air sama ada dari jeti di Jesselton Point atau melalui jeti yang berada di Pasar Besar Kota Kinabalu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dataran Jasmen Elahan

Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya terletak di kawasan pinggir pantai Pulau Gaya, yang terletak kira – kira lima kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Permohonan untuk mendirikan sekolah ini telah dicadangkan pada tahun 1964 oleh Haji Bakar bin Merudu. Selaku Ketua Kampung bersama dengan En. Delait Abad.

Pada 27 Ogos 1964 sebuah bangunan kayu telah didirikan dan menjadi asas kepada Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya.

5 Januari 1965 Guru Besar pertama iaitu En. Mohd Salleh Bin Matusin yang berasal dari daerah Sindumin Sipitang telah melapor diri untuk bertugas. Beliau telah dibantu oleh tiga orang guru dengan senarai empat puluh lima orang pelajar sebagai kumpulan pertama.

1987 dua blok bangunan tambahan telah dibina.

1988 dua bangunan bilik darjah, satu blok rumah guru, satu bangunan stor dan satu blok tandas empat pintu telah didirikan menerusi peruntukan projek kilat.

1989 satu blok bangunan tambahan, rumah guru, pagar sekolah, tandas, tembok kayu belian penghalang sampah dan jeti sepanjang tiga ratus kaki telah dibina.

1991 sebuah lagi blok bangunan projek kilat telah dibina bagi mematuhi pertambahan pelajar yang berjumlah seribu enam ratus orang.

1992 kelas pra – sekolah telah dibuka telah dibuka bagi memenuhi keperluan semasa.

1996 tragedi rebut “Greg” telah memusnahkan satu blok bangunan yang mengandungi empat bilik darjah dan menghanyutkan kira – kira sejumlah dua ratus kerusi dan meja pelajar.

Bantuan kecemasan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Sabah telah berjaya memulihkan keadaan dalam jangka masa empat bulan.

2012 - Transformasi fizikal SK Pulau Gaya

Setakat tahun 2020, SK Pulau Gaya memiliki sebuah dataran terbuka yang dinamakan Dataran Jasmeen Elahan (nama lama Dataran Wawasan) dan memiliki 13 blok bangunan termasuk bilik guru, surau dan kuarters guru.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2019 - Johan Pertandingan Bercerita MTQSS peringkat Negeri Sabah kategori sekolah rendah (P)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya
Peti Surat 13758
88840, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Telefon = 601165749155
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]