Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam
Lokasi
Pulau Mertajam, 13110, Penaga,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Mendaulatkan Kamu
Nombor sekolah6045792989
Kod sekolahPBA2023
Guru besarEn Johari bin Jusoh
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Md Radzi bin Ramly
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Mohd Zamri bin Hashim
Penolong Kanan KokurikulumEn Noor Shahidan bin Shamsuddin
Faks045792989


Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam atau nama ringkasnya SK Pulau Mertajam, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Pulau Mertajam.

Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam memiliki 159 pelajar lelaki dan 148 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 307 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah didirikan oleh seorang guru Al Quran iaitu Encik Din pada tahun 1881. Tempat belajar pada ketika itu ialah sebuah bangunan kecil (surau) yang berukuran 20 x 40 kaki persegi sahaja. Bilangan pelajar ialah seramai 56 orang.

Datuk penghulu pada ketika itu ialah Encik Ismail. Beliau telah berusaha dengan gigihnya meminta kerajaan Inggeris di Pulau Pinang membina sebuah sekolah untuk menggantikan bangunan kecil yang sedia ada. Akhirnya usaha beliau telah membuahkan hasil dengan terbinanya sebuah bangunan yang lebih besar dan kukuh pada tanggal 1 Ogos 1881. Bentuk bangunan adalah berbumbung lima, atap genting, dinding papan dan bertiang batu setinggi tiga kaki. Bangunan ini juga mengandungi sebuah pejabat guru besar berukuran 32 x 64 kaki persegi.

Dalam masa pemerintahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1945 bangunan ini masih kekal digunakan. Dalam tahun 1967 sebuah lagi bangunan baru didirikan di samping bangunan lama. Bangunan ini adalah bangunan setingkat yang mengandungi tiga bilik darjah, sebuah bilik guru dan bilik air. Elektrik dan air paip juga dibekalkan. Dalam tahun 1980 sebuah lagi bangunan baru didirikan bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah.

Kali ini bangunan yang didirikan ialah jenis dua tingkat yang mengandungi empat bilik darjah, kantin dan bilik air. Bangunan asal telah dirobohkan. Pada tahun 1986, sebuah bangunan tiga tingkat telah didirikan. Ia mengandungi enam bilik darjah, perpustakaan, bilik guru besar dan bilik air. Pada pertengahan tahun 1999, bangunan setingkat telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan dua tingkat pada bulan Mac tahun 2000.

Pada awal tahun 2009, pembinaan padang sekolah telah siap dan diserahkan kepada sekolah. Ini memudahkan sekolah untuk menjalankan aktiviti PJ dan sukan.

Pada tahun 2014, sebuah dewan terbuka telah dibina untuk memudahkan aktivti di sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam
Pulau Mertajam
13110, Penaga
Pulau Pinang,  Malaysia
Telefon = 6045792989
Fax = 6045792989

Pautan luar[sunting | sunting sumber]