Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang
Lokasi
Jalan Kemus Pulau Sebang, 78000, Alor Gajah, Melaka
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERSATU BERUSAHA BERJAYA
Nombor sekolah06-4419098
Kod sekolahMBA0023[1]
Guru besarEn. Asmadi bin Othman
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Rosshadan bin Mohamed
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Fatihah binti Jamil@Amat
Penolong Kanan KokurikulumPn. Haniza binti Sedin
Faks6064419098
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang atau nama ringkasnya SK Pulau Sebang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kemus Pulau Sebang.

Pada 2019, Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang memiliki 198 orang pelajar lelaki dan 171 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 369 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang terletak di Kampung Pulau Sebang, daerah Alor Gajah, Negeri Melaka. Alamat surat-menyurat sekolah ini ialah Jalan Kemus, 78000 Alor Gajah, Melaka. Sekolah ini terletak dalam kawasan Dewan Undangan Pulau Sebang, dalam kawasan Parlimen Selandar. Pekan yang terdekat dengan sekolah ialah Pekan Tampin, Negeri Sembilan. Kod sekolah ini ialah MBA 0023.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, sekolah ini mengandungi satu blok dua tingkat bangunan kayu, tiangnya daripada batu dan beratap genting. Bangunan ini berbentuk L dan dibina dalam tahun 1928. Pada tahun 1987, sekolah ini mendapat bangunan baharu satu blok dua tingkat. Sekolah ini mendapat kemudahan air dan elektrik.

Pada bulan Mei 1999, sekolah ini mendapat bangunan baharu satu blok empat tingkat bagi menggantikan bangunan lama yang berbentuk L itu. Bangunan baharu ini dilengkapi dengan bilik pentadbiran, bilik sains, bilik kemahiran hidup, bilik pusat sumber, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik kesihatan, bilik SPBT, dan tujuh buah bilik darjah.

Mulai tahun 2000, kelas Pendidikan Khas telah dibuka di sekolah ini. Sebuah bilik darjah telah diubah suai untuk dijadikan bilik Pendidikan Khas yang dilengkapi dengan perabot dan pelbagai kemudahan. Pada tahun 2001, seramai sembilan orang pelajar telah menerima pendidikan di kelas ini.

Sekolah ini mempunyai satu sesi sahaja. Murid-murid yang belajar di sekolah ini terdiri daripada murid lelaki dan juga murid perempuan. Sekolah ini dibiayai oleh bantuan kerajaan sepenuhnya. Kebanyakan murid yang belajar di sekolah ini terdiri daripada murid Melayu, India, dan anak orang asli yang datang dari kampung berhampiran seperti Kampung Pulau Sebang, Kampung Arongan, Kampung Kuala Ina, Kampung Bukit Mechat dan Kampong Tanjung Rimau Luar dan Dalam.

Guru besar[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah guru-guru besar yang pernah berkhidmat di SK Pulau Sebang

  1. En. Md. Derus bin Arif (1937-1947)
  2. En. Mahat bin Mahbob ( 1948-1949)
  3. En. Mohd Ali bin Ahmad (1949-1952)
  4. En. Hashim bin Md. Amin (1953-1960)
  5. En. Abdullah bin Md. Amin (1961-1964)
  6. En. Abd. Hamid bin Kecut (1965-1968)
  7. Tn. Haji Yasin bin Yunus (1969-1970)
  8. En. Abu Hasan bin Husin (1971-1972)
  9. Tn. Haji abu Hasan bin M.arus (1972-1973)
  10. Tn. Haji Yunan bin Sadin (1973-1977)
  11. Tn. Haji Abd. aziz bin Md. Isa (1978-1980)
  12. Tn Haji Tajan bin Haji Othman (1980-1985)
  13. Tn Haji Mohd Shah bin Abd. Hamid (1986-1996)
  14. Tn Haji Abb. Rahman bin Suboh (1996-2009)
  15. Hjh Rugayah binti Abdullah (2009-2014)
  16. Hjh Norzila binti Ahmad (2015)
  17. Pn. Zaileena binti Abdul Majid (2016-2017)
  18. Pn. Noormah binti Amir Hassan (2017-2022)
  19. En. Asmadi bin Othman (2022 - kini)

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Bersatu Berusaha Berjaya[sunting | sunting sumber]

Harum mewangi oh namamu

Megah bersinar bercahaya

Bersatu berusaha hingga jaya

Mengubah anak watan 

SKPLS sekolahku

Namamu tersemat di hati

Ku bersumpah ku berjanji

Belajar hingga jaya

SKPLS maju jaya

Kebanggaan di hati ini

Walau di mana walau kemana

Jasamu di hargai 

Harum mewangi oh namamu

Megah bersinar bercahaya

Bersatu berusaha hingga Berjaya

Mengubah anak watan

Galeri[sunting | sunting sumber]

Gambar sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah dahulu[sunting | sunting sumber]

Wajah sekolah dahulu
Wajah sekolah dahulu

Sekolah kini[sunting | sunting sumber]

Wajah sekolah sekarang
SK Pulau Sebang
Wajah sekolah sekarang

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang
Jalan Kemus Pulau Sebang
Alor Gajah, Melaka.
No telefon : 064419098
No faks : 064419098

AKTIVITI[sunting | sunting sumber]

Sambutan Bulan Kebangsaan 2019[sunting | sunting sumber]

Guru-guru dan staf SKPLS
Ucapan perasmian oleh Pn Noormah bt Amir Hassan, Guru Besar SKPLS
Murid-murid mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]