Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar
Lokasi
 Malaysia Wdt 167, 88901, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah088-475105
Kod sekolahXBA4041
Guru besarEn. Tailan @William Sorimpok
FaksTIADA
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar atau nama ringkasnya SK Pulau Sepanggar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wdt 167. Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu terletak di tengah-tengah perkampungan Pulau Sepanggar. Ia berhadapan dengan bangunan Yayasan Sabah, Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) dan juga Pulau Gaya. Jaraknya dari bandaraya Kota Kinabalu diangggarkan lebih kurang 48 kilometer.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar memiliki 181 pelajar lelaki dan 164 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 345 orang. Ia mempunyai seramai 22 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar pada awalnya mempunyai kawasan berkeluasan 1 hektar sahaja tetapi pada masa kini keluasaan kawasannya adalah lebih daripada 4 hektar.

Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar ditubuhkan pada tahun 1963 oleh orang-orang kampung melalui Jabatan Pelajaran dan dikenali sebagai Sekolah Rakyat Kampung (SRK). Sekolah ini memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada tahun 1966 dengan bilangan murid seramai 22 orang sahaja dan merupakan anak-anak Pulau Sepanggar. Ketika itu cuma terdapat 1 unit bangunan sekolah sahaja. Guru besar pertama sekolah ini ialah Encik Ayub B. Momin. Beliau mula bertugas di sekolah ini pada Januari 1966 sehingga penghujung tahun yang sama. Pada tahun 1967, Encik Jumar B. Bayat telah menjadi guru besar yang baru. Beliau berkhidmat di sekolah ini selama dua tahun. Menjelang tahun 1969 dan 1970 bilangan murid telah bertambah daripada 25 orang kepada 75 orang. Seiring dengan pertambahan bilangan murid, bilangan kelas juga turut berlaku.

Pada tahun 1973, pihak kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah baru dan sebuah bangunan tambahan pada tahun 1977. Pada tahun 1980 an, sekolah ini telah menerima pendaftaran murid-murid dari luar kampung Sepanggar. Pada bulan Oktober 1984, sebanyak 2 unit rumah guru telah dibina. Setahun kemudian seunit bangunan sekolah telah dibina untuk menampung pertambahan 3 buah kelas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar
Wdt 167
88901, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Telefon = 088-475105
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]