Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram
Lokasi
 Malaysia Jalan Pasir Puteh, 31650, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6052548679
Kod sekolahABB2077
Faks6052435455


Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram atau nama ringkasnya SK Raja Dihilir Ekram, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Pasir Puteh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram memiliki 117 pelajar lelaki dan 92 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 209 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Sekolah Kebangsaan Raja DiHilir Ekram diberi nama ia terkenal sebagai "National Type Primary School (English), Jalan Pasir Puteh, Ipoh. Ia merupakan sebuah sekolah laki-laki "Boys School". Ia terletak di Jalan Pasir Puteh yang berhala ke Pengkalan. Apabila ia dimasuk ke dalam ketogeri Sekolah Kebangsaan (sekitar tahun 1970) ia telah digelar sebagai "S K Raja DiHilir Ekram" dan Raja Di Hilir pada masa itu telah menjadi Penaung untuk kemajuan sekolah tersebut.

Guru-guru yang telah bertugas di sekolah berkenaan pada masa itu ialah seperti En Shukur, En Ramdan B Ramli, Mrs Yeap, Ms Soh, Mr Kaniappan, Mr Krishnasamy, Ms Jimmy Ng, Mr Charli Foo (Penolong Kanan), Mrs Dharma, Mr Chong, Mr Charles (pendidikan khas), En Zain dan lain-lain.

Pada masa itu Sekolah Raja DiHilir juga mempunyai pendidikan khas untuk kanak-kanak kurang upaya. Ia juga mempunyai klinik pergigiannya tersendiri untuk memberi rawatan kepada para pelajar.

Sekolah Raja DiHilir Ekram memang terkenal dengan pasukan hokinya pada masa itu. Ia adalah satu-satu sekolah yang telah mempunyai pasukan "Soft Ball" pada masa itu. Kawasan sekolah luas dengan padang yang besar. Konsep bangunan sekolah yang tidak ada bangunan bertingkat (kecuali blok di hadapan bilik darjah seni lukis) sangat menarik dan tidak boleh dilihat pada hari ini.

Di Kantin Sekolah memang boleh dapat semua jenis makanan. Kuih-muah dan nasi kerang (gerai macik), kacang puteh (mamak kacang), gerai ais, gerai mee, biskut dan gula-gala.

Pada masa itu juga terdapat dua (2) buah bus sekolah kepunyaan sekolah. Satu warna hijau dan yang lain merah.

Sekolah-sekolah jiran yang sepagar dengan sekolah SK Raja DiHilir ialah sebuah sekolah Cina dan sebuah sekolah Melayu. Sekolah Melayu telah ditutup dan dijadikan sebagai pusat latihan sukan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1993, sekolah ini telah dipilih sebagai lokasi pengambaran untuk slot TV Pendidikan atas tajuk menjaga kebersihan. Watak utama yang menjayakan lakonan ini adalah Mr. OS, turut dibantu dengan lakonan beberapa orang murid sekolah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram,
Jalan Pasir Puteh,
31650, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052548679
Fax = 6052435455

Pautan luar[sunting | sunting sumber]