Sekolah Kebangsaan Rampayan Ulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Rampayan Ulu
Lokasi
SK . Rampayan Ulu, Peti Surat 198, 89158, Kota Belud,SABAH., Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA MAJU JAYA
Nombor sekolah6088966990
Kod sekolahXBA5358
Pengerusi PIBGEn.Samlee Bin Jumaat
PengetuaGuru Besar En.Alam @ Abd Alam Bin Said
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Jinahati Binti Mintoh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn.Ibrahim Bin Siapat
Penolong Kanan KokurikulumEn.Kasdi Bin Bukong
Fakse-Mail : skrukb@gmail.com dan xba5358@moe.edu.my

Sekolah Kebangsaan Rampayan Ulu atau nama ringkasnya SK Rampayan Ulu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di SK . Rampayan Ulu, Peti Surat 198.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Rampayan Ulu memiliki 75 pelajar lelaki dan 77 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 153 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009. Tahun 2019

bilangan murid 134 murid sekolah rendah dan 25 orang murid Prasekolah . 20 orang warga sekolah ,iaitu 17 orang guru dan 3 orang kakitangan pelaksana,4 orang pengawal keselamatan dan 3 orang perkerja pembersihan sekolah .

Terkini 153 orang murid dan 18 orang guru dan 3 orang AKP .Nom Tel telah berubah ke : 088-966990

Pada tahun 2023 di ucapkan kepada Mantan GB Masdah Binti Madjanun di atas sumbangan di sekolah dari tahun 2019-2023 ,dan di gantikan oleh Guru besar Baharu iaitu Tn.Alam @ Abd Alam Bin Said mula bertugas mentadbir sekolah pada 3 Januari 2024 selamat datang di ucapkan ,Dan berbanyak terima kasih di atas sumbangan AKP yang bertukar iaitu Tn Masri Bin Suman selama ini banyak membantu pengurusan menghantar surat dan di gantikan oleh Tn zainuddin ,Begitu juga kepada guru baharu yang datag b ertugas di sekolah amnya selamat datang di ucap kan.

Sejarah 2[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Rampayan Ulu mula di buka pada tahun 03 Januari 1976 dalam sistem telah siap dilaksanakan 1979 ,sekolah ini terletak di bahagian Daerah Kota Belud iaitu di sebelah barat laut negeri Sabah.Kedudukan nya yang sangat jauh tidak mematahkan semangat tenaga pengajarnya yang menjalankan tugas mendidik anak-anak murid mereka, terima kasih yang tidak terhingga semoga pengorbanan mereka mendapat pahala dan kejayaan cemerlang dalam tugas mereka.

Luas kawasan sekolah ini lebih kurang dalam 4 ekar, serta jarak sekolah ini ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud kira-kira 32 km dan dari pusat bandar Kota Belud di anggarkan 35 km. Pada awal penubuhan dan pembukaan sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan dan sebuah kuartes guru pada ketika itu sekolah ini tidak mempunyai apa-apa kemudahan infrastruktur. Pembelajaran pada waktu malam menggunakan pelita minyak, sehingga sekolah di bekalkan kemudahan elektrik pada tahun 1998.

Pada awal penubuhan sekolah ini hanya terdapat 75 orang pelajar sahaja dan 5 orang tenaga pengajar termasuklah seorang Guru Besar. Pada tahun 1979,sekolah ini mendapat tambahan bangunan,iaitu dua buah bilik darjah,sebuah bilik guru dan dua buah kuartes guru. Sekolah ini juga mendapat tambahan kelas serta rumah guru lebih selesa,

Menjelang tahun 1998,sekolah ini mendapat kemudahan Elektrik dan talian telefon sekolah dan rumah masyarakat kampung. Pada tahun 2003 sekolah ini terlibat dalam program menaik taraf beberapa buah sekolah dan telah mendapat sebuah bangunan konkrit yang mempunyai empat buah bilik darjah dan sebuah kuartes berkembar.

Pada tahun 2008 Sk.Rampayan Ulu telah mendapat 2 orang lagu guru baru dalam Unit Pendidikan Islam Bahagian Pembelajaran Pendidikan Berasaskan J-QAF. Yang akan mengajar dalam pendidikan Jawi ,Al-Quran,Amali dan Asas Fardhu Ain,Alhamdulillah ada manafaat kepada murid-murid di sekolah juga boleh mendapatkan ilmu. Pada tahun 2009, juga telah melonjakkan nama Sekolah dan murid di sekolah ini yang membanggakan Guru Besar Tuan Haji Mohd Ghazali Bin Zakaria serta warga Sk.Rampayan Ulu diatas keputusan UPSR yang cemerlang

Pada tahun 2010 permulaan kepada suasana yang baru serta perancangan aktiviti-aktiviti yang di rancang seperti ,Kelas tambahan,Kbs J-Qaf, Sukan Peringkat Daerah, dan Pertandingan Bola Sepak.

Guru Besar Tuan Haji Mohd Ghazali telah menamatkan perkhidmatan sebagai Guru Besar terima kasih yang tidak terhingga diatas kerjasama dan membimbing Warga Skru.

Pada Tahun 2015 -2016 Guru Besar Baru En Alam Bin Atoh telah mengambil alih pengurusan sekolah begitu juga Penolong pentadbiran ,Hal ehwal murid dan penolong kokurikulum dapat memberikan impak positif dan memberikan wajah baru dalam sistem penyampaian,idea-idea yang bernas dan menaik tarafkan sistem pendidikan di sekolah ini semoga kerjasama yang utuh diantara warga sekolah dan masyarakat kg terutamanya PIBG serta ibu-bapa dapat memberikan peranan dalam menaikkan nama sekolah ini sekali lagi .

Pada tahun 2018 SK Rampayan ulu kota belud,Tuan Rumah Sukan MSSDZON UTARA ,

Pada tahun 2018 SK Rampayan Ulu mendapat Peruntukan Pembinaan Sekolah Baru di bawah Program IBS Kelas tahun 1 hingga ke kelas tahun 6 .Mendapat Bangunan

Makmal sains serta Tandas Baru.

Terima kasih kepada Guru Besar En Alam Bin atoh di atas sumbangan dalam pendidikan dan pengurusan Di SK Rampayan Ulu Kota Belud.

Pada tahun 2019 Guru Besar baru telah melapor diri iaitu Pn Sapilin @ Siti Munirah binti Abdullah selamat datang Ke SK Rampayan Ulu Kota Belud.Dan pada tahun 2020 guru besar Pn Siti Munirah telah bertukar ke Sekolah Kebayau kota belud dan terima kasih sepanjang menjalankan tugas di SK Rampayan Ulu kota belud.

Dan telah meningkatkan juga keputusan UPSR pada tahun 2019 ,Tahniah kepada semua murid tahun 6 bagi sesi 2019.

Pada Tahun 2020 Perubahan Guru Besar Baharu telah melapor diri iaitu Pn Masdah Binti Madjanun adalah bekas Penolong kanan dari SK Jawi-jawi Tahniah di atas perlantikan guru besar. selamat datang dan semoga pencapaian lebih pencapaian dapat di cipta di sekolah amnya.


Tarikh bersejarah bagi sekolah kebangsaan SK Rampayan ulu Kota belud, 15.09.2020 bersamaan Hari Selasa .YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

iaitu YB Dr Mohd Radzi Bin Md Jidin atas kesudian datang melawat ke Sekolah kebangsaan Rampayan Ulu ( Bangunan IBS ) beramah mesra dengan murid-murid terima kasih banyak-banyak sekali lagi .Begitu juga dengan rombongan dari KPM,Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah iaitu Pengarah Pendidikan Negeri Sabah PN.Dr.Mistirine Binti Radin serta rombongan JPN, Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud iaitu Tn.Mohd Fadzli Bin Abd Rozan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud serta rombongan, Pihak Polis Daerah Kota Belud,Pegawai Pengiring keselamatan ,Pihak PIBG SK Rampayan Ulu Kota Belud, iaitu Tn Samlee Bin Jumaat selaku Pengerusi PIBG sekolah ,Warga sekolah guru-guru dan AKP ,Pihak pengawal keselamatan,Pihak Pembersihan ,Ibu-ibu Murid Prasekolah yang membantu menyiapkan Frame cendera kenangan ,Pihak Kantin sekolah Pn Laila Raziki ,Ibu-bapa yang sempat hadir mendengar kedatangan Menteri Pendidikan terima kasih juga.Murid-murid semuanya dari Prasekolah, tahun 1 sehingga Tahun 6 mengucapkan Terima kasih banyak-banyak ( sebagai kenangan kepada semua murid pada tahun 2020 ) di atas kesudian datang ke sekolah kami .


Terima kasih... ~~~~ Rmj/15.09.2020 selasa

29.01.2024

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Rampayan Ulu
SK . Rampayan Ulu, Peti Surat 198
89158, Kota Belud
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088966990

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


20.07.2019 ( Kerja Kursus Kegiatan ekonomi di Kg Rampayan Ulu .