Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Jalan Genting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
Lokasi
Jalan Genting, Rantau Panjang, KLANG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Nombor sekolah332911582
Kod sekolahBBA0008
Guru besarAzizah binti Mat(2017-kini)
GPK Pentadbiran dan AkademikMohd Hanapi bin Mohd Daud(2017-kini)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNorafizan binti Razaif(2017-kini)
Penolong Kanan KokurikulumHishamudin bin Baharudin(2018-kini)
Faks332911512


Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang atau nama ringkasnya SK Rantau Panjang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Genting, Rantau Panjang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang memiliki 1614 pelajar lelaki dan 1463 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3077 orang. Ia mempunyai seramai 135 orang guru.2009

Sejarah Penubuhan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Mengikut data yang disimpan kemas dalam lipatan sejarah, sekolah ini telah diasaskan oleh penduduk kampung yang berganding bahu dengan guru pelawat bernama Encik Ibrahim dan Penghulu Raja Abdul Rahman pada 1914. Berikut adalah merupakan sedikit daripada petikan catatan di dalam buku Harian Sekolah beliau : “ Maka saya Ibrahim second visit Teacher bersama Penghulu Raja Abdul Rahman telah dimulai buka sekolah Rantau Panjang ini……..kanak-kanak………. 47 orang…….. bangsa Palembang, Jawa, Banjar dan Bilah…………” Hasil dari kerjasama mereka ini, maka terbinalah bangunan sekolah yang berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 20 kaki lebar yang beratapkan nipah bedindingkan kayu.

Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai :-

           Sek Rantau Panjang

           Sek. Melayu Rantau Panjang

           Sek. Umum Rantau Panjang

Sejak tertubuhnya sekolah ini terdapat seramai 13 orang Guru Besar telah mentadbir. Di awal Tanah Melayu mendapat kemerdekaan sekolah ini mempunyai satu badan yang dikenali “ Authority Board ” yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Mohd Amin b. Hj. Mohd Moin.

Sewaktu tertubuhnya sekolah ini hanya 2 orang guru dan 47 orang murid sahaja. Dari tahun 1926 sehingga tahun 2002 banyak bangunan yang telah dibina dari hasil kerjasama Guru Besar, Jabatan Kerja Raya Klang, JJK kampung, PIBG dan Jabatan Pendidikan Selangor.

Sehingga 2002 sebuah bangunan sekolah baru telah didirikan memandangkan pertambahan murid begitu menggalakan. Bangunan itu mula digunakan pada Januari 2003. Kini bilangan murid SKRP , kelas dan juga tenaga pengajar kian bertambah dari masa kesemasa.

SKRP merupakan sebuah sekolah pinggir Bandar yang terletak di dalam mukim Rantau Panjang di Daerah Klang Selangor. SKRP di dalam kawasan Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Meru dan di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Dearah Klang. Jarak diantara SKRP dengan PPD Klang lebih kurang 6 km. Jalan perhubungan utama ialah jalan raya. SKRP merupakan sekolah Gred A , yang mempunyai dua sesi persekolahan iaitu ( pagi dan petang ). Bilangan kelas adalah 37 sesi pagi dan 37 sesi petang.

SKRP diterajui oleh seorang Guru Besar dengan dibantu oleh barisan Penolong Kanan, seorang Penyelia Petang, Guru-Guru serta tujuh orang staf sokongan. Bilangan tenaga pengajar pula seramai 134 orang.

SKRP mempunyai kemudahan asas seperti 6 blok bilik darjah, 1 buah surau, 1 buah makmal computer ( 2 bilik ), 1 buah kantin dan 1 buah padang serta 2 bilik pra.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2018

1)Pemecahan rekod dan Juara lompat tinggi MSSD (P).

2)Kedua lontar peluru MSSD (P).

3)Johan lontar peluru MSSD (L).

4)Keempat lari berganti-ganti

 MISS (P).

5)Ketiga lari berganti-ganti

 MSSD (L).

6)Naib juara sepak takraw MSSN.

7)Naib juara Bola sepak MSSD.

8)Saguhati Tilawah Al-quran

 peringkat Negeri (P).

9)Ketiga Bola Tampar (P&L)MSSD.

10)Johan pertandingan Pidato

  Minggu Nilam peringkat PPD 
  (P).

11)Naib Johan pertandingan

  Pidato peringkat Daerah.

12)Johan Hoki MSSS (P)

13)Kelima Sahibba Peringkat zon

  (L).

14)Johan pertandingan Nyanyian

  peringkat zon (P).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
Jalan Genting, Rantau Panjang
Selangor, Malaysia
Telefon = 332911582
Fax = 332911512

URL : http://skrpklang.com/v1/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]