Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Rantau Panjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
Lokasi
Jalan Kedai Lama, 17200, Rantau Panjang,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097950258
Kod sekolahDBA3227
PengetuaPn Hjh Hasmah Bt Harun
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Hisham Bin Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn Hj Saidi Bin Muda
Penolong Kanan KokurikulumEn Zaidi Bin Omar
Faks6097950258


Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang atau nama ringkasnya SK Rantau Panjang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kedai Lama. SK Rantau Panjang terletak kira-kira 2 kilometer dari bandar Rantau Panjang dan bersebelahan dengan Sungai Golok, Thailand.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang memiliki 337 pelajar lelaki dan 287 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 624 orang. Ia mempunyai seramai 36 orang guru.2009

Info Terkini[sunting | sunting sumber]

Perkara Agenda Tarikh Tindakan
Info Pentadbiran
  1. Keputusan ANUGERAH JUARA 2016 - BOSS mendapat 4 Bintang, Pengurusan Kaunseling mendapat 1 Bintang, Modul Kelas Abad Ke-21 mendapat 3 Bintang, Bilik J-Qaf mendapat 3 Bintang, Pengurusan Kokurikulum Pendidikan Sekolah Rendah mendapat 3 Bintang dan Pengurusan Pusat Akses Kendiri mendapat 3 Bintang. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah di atas kejayaan sepanjang 2016.
  2. Guru-guru sentiasa diingatkan menyiapakan RPH setiap hari sekolah.
  3. Guru Besar mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kepada semua warga SKRP. Semoga ibadah qurban yang dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Amiin.
  4. Makluman kepada semua guru, penggunaan VLE Frog SKRP telah mencapai target peratusan penggunaan. Terima kasih kepada warga SKRP yang menggunakan VLE Frog dalam PdP mereka. Syabas!
  5. Sesi persekolahan 2016 telah bermula.
  6. Guru yang bertukar ialah Pn Azilawatifatma ke SK Bukit Perah. Seorang guru baru telah ditempat di sekolah ini.
  7. Takliamt mesyuarat Agong PIBG SK Rantau Panjang di bilik mesyuarat. Mesyuarat PIBG akan diadakan pada 2 Mac 2016.
  8. Lawatan pegawai PPD En Zainuddin, bertemu guur-guru BI khususnya tentang LINUS. Perjumpaan berlangsung di bilik Guru Besar. 30/3/2016.
  9. LDP Google Apps & Blog pada 14/5/2016 akan diadakan di Makmal Komputer, SK Rantau Panjang. Semua guru dan kakitangan SKRP terlibat. Untuk makluman, sila semak bahan-bahan yang dihantar melalu email Yes daripada saya Mazeri Othman.
Sepanjang hari persekolahan Semua guru
Info Guru
  1. Meyuarat Guru bagi sesi persekolahan akan diadakan pada 29 Disember 2016 pada pukul 9pagi di Bilik Mesyuarat, SK Rantau Panjang.
  2. Pertukaran guru-guru 2016. Seramai 3 orang orang guru akan mula berkhidmat di sekolah baru pada tahun ini. Mereka ialah: 1. Mazeri Othman akan bertukar ke SK Gual To Deh, Ahmad Faisal Abdul Razak ke SK Penggu dan Hasnan ke SK Kok Pauh. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan rakan-rakan guru selama berada di SKRP ini. Kami doakan SKRP terus maju jaya.
  3. Pengisian Hrmis2 perlu dikemaskini oleh guru-guru sehingga sabtu ini 5 September 2015. Guru-guru boleh ke Kelas Abad-21 di aras empat untuk mengemaskini data Hrmis.
  4. Pengisian data Hrmis ke-2 telah dibuka. Guru-guru dikehendaki melengkapkan maklumat peribadi supaya markah prestasi dapat dilakukan oleh pentadbir.
  5. Guru-guru perlu melakukan mengemaskinian e-profil masing bagi tahun 2016.
  6. Mesyuarat panitia kali ke-2 bagi mataprlajaran BM & BI pada hari ni 30/3/2016.
Tarikh perlu disiapkan sehingga sabtu ini. Semua guru
Info Peperiksaan
  1. Keputusan UPSR 2016 telah diumumkan pada 17 November 2016. Keputusan tertinggi ialah 5A 1B diperolehi oleh Nurain Bt Herman. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid.
  2. Peperiksaan UPSR telah bermula. Kami warga sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
  3. Makluman kepada semua guru kelas tahun 6 dan ibubapa supaya mengisi permohonan ke sekolah kawalan 2015. Permohonan telah dibuka akan akan tamat pada 30 September 2015.
  4. Taklimat pendaftara UPSR 2016 telah diadakan di PPD Pasir Mas. Penerangan tentang selok-belok pengurusan pendaftaran USPR.
  5. Taklimat kepada semua guru tahun 6 akan diadakan berkaitan dengan UPSR.
  6. Taklimat ringkas tentang pendaftaran UPSR di dewan SKRP selepas bacaan yassin.
  7. Taklimat pendaftaran UPSR 2016.
  8. Pemurnian pendaftaran UPSR 2016 pada 23/3/2016.
  9. Pendaftaran UPSR 2016 telah selesai.
  10. Kelas tambahan malam bermula pada April 2016.

8 - 10 September 2015. 23 Feb 2016

25/2/2016

SU Peperiksaan

Calon-calon UPSR &

Guru-guru Tahun 6

Info Semasa
  1. Lawatan sambil belajar 2016 telah diadalan pada 13 September 2016.Lawatan kali ini ke Pulau Pinang.
  2. Makluman kepada semua warga guru, ibu kepada Cikgu Mazeri telah meninggal dunia pada 5 September 2015. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.
  3. Lawatan sambil belajar 2015 selepas UPSR akan berlaku pada 30 September 2015. Lawatan kali ini ke Kuala Lumpur mengunakan perkhidmatan AirAsia. Seramai 35 orang termasuk murid,guru pengiring dan keluarga yang akan mengikuti lawatan tersebut. Insya Allah.
  4. GB besar telah mewujudkan Group Whatsap Rasmi SKRP bagi urusan rasmi berkaitan dengan sekolah.
  5. Kemaskini data guru dalam e-operasi.
  6. Aktiviti kokukrikulum pada setiap hari rabu berjalan seperti biasa. Pasa tahun ini Pengakap semakin menunjukkan kehebatan apabila sebahagain besar pemimpinnya memakai uniform pengakap. Syabas pengakap 2016.
  7. Beberapa bilik khas telah dikemaskini seperti bilik SAL, bilik Abad Ke-21, PSS dan lain-lain dalam usaha untuk memasuki pertandingan JUARA peringkat PPD. Syabas diucapkan kepada penyeleras bilik-bilik khas.
September

30 September - 1 Oktober 2015

Mazeri Othman

& Guru-guru

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Rantau Panjang merupakan sekolah Melayu pertama yang dibina di kawasan Rantau Panjang. Ianya dibina pada tahun 1929 berhampiran dengan landasan keretapi secara gotong-royong yang diusahakan oleh En Nik Lodin B. Nik Mat selaku Penggawa

Rantau Panjang pada masa itu. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu yang mempunyai 2 orang guru dan 20 orang murid sahaja.

Pada tahun 1933 sekolah ini telah berpindah ke kawasan yang lebih luas bersebelahan dengan Balai Polis Rantau Panjang dan semasa pendudukan British di Tanah Melayu ianya telah ditukar nama kepada "Sekolah Umum". Pada tahun 1968, bangunan kekal telah didirikan yang mempunyai 9 bilik darjah dan pada 25 Ogos 1969 sekolah ini telah dirasmikan oleh YBrs Dato' Hj. Ab. Rahman Yaacob selaku Menteri Pelajaran pada masa itu.

Pada tahun 1970 sekali lagi sekolah ini mendapat bangunan baru akibat selaras dengan pertambahan murid dan nama sekolah juga telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Pada tahun 2002, bangunan baru 2 blok 3 tingkat dibina bagi menampung jumpah pelajar yang semakin ramai. Bangunan ini mula digunakan pada tahun 2003. Kini tahun 2015 memasuki era baru ke arah kecemerlangan sekolah dengan seramai 600 murid termasuk pra sekolah dan tadika. Pelbagai kemudahan diwujudkan di sekolah ini untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk murid seperti makmal komputer, Self Access Learning, Makmal Sains, Perpustakaan dan satu bilik khas yang baru duwujudkan ialah Kelas Abad Ke-21 SK Rantau Panjang [1] dikendalikan oleh En Mazeri Bin Othman. Bilik ini terletak di tingkat atas blok pentadbiran dan mempunyai akses internet.

Visi[sunting | sunting sumber]

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Misi[sunting | sunting sumber]

Untuk memberi pendidkan yang menyeluruh dan berkualiti melalui pendekatan bersepadu bagi melahirkan modal insan yang cemerlang melalui budaya permuafakatan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Aspirasi Negara.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Murid

  1. Memastikan setiap murid menerima pembelajaran di dalam bilik darjah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  2. memastikan murid mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum
  3. memastikan setiap murid berasa selamat dan selesa sepanjang masa semasa berada di sekolah

Guru

  1. Guru dan kakitangan mendapat sokongan padu pihak pentadbir untuk mengikuti program pembangunan diri.
  2. guru dan kakitangan mendapat perkhidmatan dan layanan terbaik dan mendapat penghargaan secara adil dan saksama.

Ibubapa

  1. setiap ibu bapa mendapat maklumat terkini dari masa ke semasa.
  2. setiap ibubapa yang berurusan dengan sekolah akan mendapat layanan terbaik dan setiap aduan dan tindakan akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG

Lagu Sekolah SK Rantau Panjang[sunting | sunting sumber]

Marilah kita berganding bahu

Sepakat mencapai cita yang dituju

Bersatu bergerak dalam wawasan suci

SK Rantau Panjang kemegahan kami

Patuhi guru dan ibu bapa

Moga sentiasa mendapat berkatnya

Jasa dan baktimu akan kami abadi

Tekad berusaha menjayakan diri

Falsafah pendidikan kami junjungi

Agar kita menjadi warga yang disegani

Pengetahuan sinar bahagia

Itulah wadah semangat kami

Info Terkini[sunting | sunting sumber]

Kalendar Acara Sepanjang 2015[sunting | sunting sumber]

Bulan Acara/Aktiviti
Januari Sesi Persekolahan 2016

Sesi persekolahan 2016 bermula pada 3 Januari 2016.

Sesi Persekolah 2015

Sesi persekolah 2015 ditangguhkan kepada 11 Januari 2015 ekoran banjir yang melanda pantai timur. Hampir keseluruhan daerah di Kelantan digenangi oleh air bah yang terburuk sejak berlakunya Banjir Merah. Pada kali ini ia dikenali sebagai Banjir Kuning kerana air yang berwarna kuning seperti tanah. Banjir yang berlaku mengakibatan kemusnahan yang besar di Kelantan. SK Rantau Panjang juga tidak terkecuali mengalami kerosakan beberapa bilik darjah. Namun begitu dengan kerjasama warga SK Rantau Panjang, sesi persekolahan 2015 berjalan lancar dan murid-murid amat teruja untuk memulakan pembelajaran mereka.

Februari Taklimat Format Baru UPSR 2016

-Taklimat ini melibatkan kesemua matapelajaran dalam UPSR di mana format baru diperkenalkan. Taklimat ini telah diadakan di SKDH3, Pasir Mas, Kelantan.

-Taklimat pendaftaran UPSR 2016 di PPD Pasir Mas, Kelantan. Laman web pendaftaran online akan dibuka pada 1 Mac 2016 dan akan ditutup pada 31 Mac 2016. Semua guru kelas dikehendaki mengemaskini APDM murid tahun 6.

-Taklimat mesyuarat Agong PIBG 2016 di bilik mesyuarat.

-Aktiviti kokurikulum berjalan lancar. Pemimpin pengakap memakai uniform lengkap. Tahniah kepada Pemimpin Pengakap SKRP 2016. Video aktiviti Pengakap boleh dilihat melalui youtube Mat Yie.

-25/2/2016. Taklimat pendaftaran UPSR 2016 di dewan SKRP selepas bacaan yassin.

Mac - Pembahagian Wang Persekolah RM100 kepada murid-murid yang layak di Dewan Sri Intan, SKRP.

- Latihan 1 bermula dan proses analisa markah sedang dilakukan oleh guru-guru.

- Lawatan murid tahun 6 ke MRSM Jeli bagi tahun 2016. Lawatan ini diiringi oleh En Hisham Bin Othman (PKP) dan beberapa orang guru tahun 6.

April
Mei Sukan Tahunan Sekolah 2015Tarikh: 6-7 Mei 2015

Sukan Tahunan SKRP 2015 telah diadakan dengan jayanya. Kejohanan sukan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Rantau Panjang, Pn Hjh Hasmah Harun. Di dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada guru dan kakitangan yang menjayakan kejohanan yang julung kalinya di adakan di padang sekolah.

12 Mei – Perjumpaan ibubapa dan guru bagi calon UPSR 2015. Majlis tersebut bermula pukul 8.15 malam di Bilik Seminar, SKRP. Majlis telah dikendalikan oleh En Hisham Othman, PKP SK Rantau Panjang. Beliau berinteraksi dengan ibubapa yang hadir tentang prestasi anak-anak mereka. Guru-guru yang mengajar bagi setiap matapelajaran juga berinteraksi dengan ibubapa dan memberi komen setiap murid yang mereka ajar. Diakhir majlis Guru Besar Pn Hjh Hasmah Harun menyampaikan sepatah dua kata kepada ibubapa yang hadir dan berharap aka nada hubungan yang baik di antara ibubapa dan guru. Kerjasama ini penting bagi meingkatkan prestasi anak-anak mereka dalam peperiksaan UPSR kelak.

18 Mei – Sambutan hari guru peringkat kebangsaan dan disambut oleh semua sekolah di Malaysia. Tema hari guru pada tahun ini ialah ‘Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak’. Sambutan hari guru bagi mengiktirafkan peranan guru yang mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang bukan sahaja berjaya dalam akademik malah yang lebih penting melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.

Jun
Julai Rehat Minda & LDP 2015

Tarikh: 30 Julai 2015

Pegawai: Semua guru terlibat

Tempat: Permai Inn, Bachok

Program Rehat Minda merupakan antara aktiviti di bawah Unit Kecemerlangan UPSR. Seramai 80 peserta daripada 89 calon UPSR yang menghadiri kem Rehat Minda pada kali ini. Mereka berada di kem tersebut selama satu hari dan mengikuti pelbagai aktiviti seperti teknik menjawab dan aktiviti riadah.

Pada sebelah malamnya para guru menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan yang dikendalikan oleh penceramah daripada Jabatan Pendidikan Kelantan. Selepas selesai LDP, para guru dihidangkan dengan kambing bakar sebagai penutup kepada Kem Rehat Minda 2015.

Ogos Peperiksaan Percubaan Ke-2

Tarikh: 3 - 5 Ogos 2015

Pegawai: SU Dalaman SK Rantau Panjang

Calon UPSR masih mempunyai dua kali lagi ujian sebelum mereka menduduki UPSR sebenar pada 8-10 September 2015.

Kelas Abad Ke-21

Tarikh: 6 Ogos 2015

Pegawai: En Mazeri Bin Othman (Penyelaras Kelas Abad Ke-21)

Bilik Abad Ke-21 telah memasuki fasa kedua pengemaskinian bilik agar lebih kondusif. Pada hari ini juga ia dilengkapi sebuah akuarium untuk menarik minat murid-murid belajar di dalam bilik tersebut.

Tarikh: 11 Ogos 2015

Kunjungan pegawai SISC+ Miss Tan dari PPD Pasir Mas ke Kelas Abad Ke-21. Beliau mencadangkan agar kelas ini menyertai pertandingan JUARA Kelas Abad Ke-21 pada tahun 2016. Alhamdulillah satu lagi suntikan semangat kepada saya untuk memajukan lagi kelas ini.

Lawatan Sambil Belajar Ke UMK Kampus Jeli

Tarikh: 12 Ogos 2015

Pegawai: En Hisham Bin Othman (PK Pentadbiran, SK Rantau Panjang)

Seramai 15 orang murid yang memperolehi keputusan percubaan UPSR 2 5A dan 4A diberi peluang mengikuti lawatan sambil belajar ke UMK Kampus Jeli. Ia antara lain bagi mendedahkan calon-calon UPSR tahun ini tentang kehidupan warga kampus dan meniup semangat untuk mereka menjejakkan kaki ke menara gading suatu hari kelak. Insya Allah.

Pengisian Kaji Selidik SSQS 2015

Tarikh: 13 Ogos 2015

Lokasi: Taklimat ringkas di dewan perhimpunan sekolah

Pegawai: En Rozi Bin Mat (Penyelaras ICT SK Rantau Panjang).

Laman web kajiselidik penggunaan ICT di sekolah/SSQS telah dibuka dan boleh diisi sehingga 30 Ogos 2015. Anda boleh capai laman rasmi SSQS di sini.

Banner Semangat UPSR 2015

Tarikh: 13 Ogos 2015

Satu banner yang besar telah ditampal disepanjang laluan pejalan kaki di tingat satu berhadapan dengan pejabat. Banner menunjukkan seramai 35 orang murid target 5A pada tahun ini. Syabas diucapkan kepada semua calon UPSR yang terpilih mendapat 5A dan menaikkan prestasi GPS. Semoga berjaya.

Taklimat Ringkas Perhimpunan Pagi

Tarikh: 16 Ogos 2015

Guru Besar menyampai beberapa perkara kepada guru-guru sebaik selesai perhimpunan lagi. Diantara perkara yang dibangkitkan oleh beliau ialah:

  1. Peraturan Kad Perakam Waktu-guru-guru dinasihatkan menetapkan sendiri kad perakam waktu supaya tidak berlaku pertindihan dan mengelakkan kad perakam waktu yang telah ditag tetapi guru masih belum berada di sekolah.
  2. Peringatan menyiapkan 'Buku Rancangan Mengajar Harian'. Masih ada guru yang belum menyiapkan RPH seperti mana yang telah ditetapkan. Harap mendapat perhatian daripada guru-guru yang berkenaan.
  3. Peringatan supaya guru-guru mengambil murid-murid pada masa pertama di dewan. Sejak akhir-akhir ini guru tidak bersama-sama dengan murid dan keadaan pergerakkan murid semakin tidak terkawal. Harap mendapat kerjasama dari guru-guru.
  4. Peringatan supaya guru masuk kelas dan mengakar sebagaimana yang telah ditetapkan. Harap maklum.

Pemindahan 10 Biji Notebook Ke Dalam Kelas Abad Ke-21

Permohonan untuk mendapatkan 10 biji notebook dari Guru Besar telah pun diluluskan. Sehubungan dengan itu, En Mazeri Othman selaku penyelaras Kelas Abad Ke-21 telah mendapatkan notebook sebanyak 10 biji. Notebook tersebut telah dipasang di dalam bilik itu dan telah pun beropereasi. Penggunaan Kelas Abad Ke-21 dan Notebook akan direkodkan. Harap maklum.

Peperiksaan Latihan 3, 2015

Latihan 3 bermula pada 18 Ogos sehingga 20 Ogos. Tahap 1 dan 2 menduduki peperiksaan selama 3 hari manakala bagi calon UPSR merupakan latihan terakhir (pra upsr) sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar pada 8-10 September 2015. Pihak sekolah mengucapkan selamat menjawab peperiksaan dan akan memperolehi keputusan yang baik.

Meraikan Calon Yang Memperolehi 5A & 4A

Tarikh: 19 Ogos 2015

Tempat: KFC Rantau Panjang

Seramai 22 orang calon UPSR yang memperolehi keputusan 5A dan 4A pada peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini diraikan di KFC Rantau Panjang. Beberapa orang guru termasuk guru besar telah menyertai mereka. Mereka begitu teruja bersama-sama rakan ketika menjamu selera. Kami pihak sekolah amat berharap mereka akan lebih bersemangat dan berusaha pada peperiksaan yang sebenar pada 8,9 dan 10 September 2015.

Perjumpaan Ibubapa & Guru Tahun 6

Tarikh: 23 Ogos 2015

Tempat: Bilik Seminar

Masa: 9.00 pagi

Setelah peperiksaan kali kedua selesai, satu perjumpaan ibubapa, guru dan murid tahun 6 di adakan sekali lagi pada hari ini. Setiap murid tahun 6 diberikan slip keputusan peperiksaan bersama-sama dengan ibubapa mereka. Ibubapa mereka boleh melihat keputusan terkini anak-anak mereka. Manakala murid yang memperolehi keputusan 5A disampai sendiri oleh Hj Hjh Hasmah Bt Harun (Guru Besar, SKRP). Perbincangan dua hala di antara tiga pihak iaitu guru, ibubapa dan murid mempunyai signifikannya tersendiri dan ternyata memberikan kesan yang positif kepada kecemerlangan murid.

Gerak Gempur UPSR 2015

Tarikh: 30 Ogos 2015

Program gerak gempur UPSR akan dijalankan seminggu bermula pada tarikh tersebut sehingga seminggu sebelum peperiksaan sebenar. Dalam tempoh tersebut calon-calon UPSR akan menjalani pembelajaran intensif menjawab soalan-soalan UPSR dan juga motivasi sebagai usaha terakhir sebelum peperiksaan. Program ini bermula seawal pukul 7 padi dan berakhir pada malamnya sekitar pukul 9.45 malam. Tekanan peperiksaan semakin terasa apabila mereka perlu menghadiri setiap kelas dari pukul 7.48 sehingga 9.45 malam. Di dalam Program Gerak Gempur, mereka disediakan makanan dan minuman oleh pihak sekolah.

Taklimat & Pengurusan Sebelum Masuk Ke Dewan Peperiksaan

Tarikh: 7 September 2015

Tempat: Bilik Seminar, SKRP

Taklimat awal telah dilakukan pada 7 September iaitu sehari sebelum calon-calon UPSR menduduki peperiksaan. Semasa taklimat itu Gurun Bedar, Pn Hjhj Hasmah Bt Harun menyampaikan ucapan dan memberikan beberapa tip sebelum calon-calon menduduki peperiksaan. PKP En Hisham B Othman juga berucapkan dan mengingatkan calon-calon beberapa perkara ketika di dalam dewan peperiksaan. Syabas diucapkan kepada semua calon dan kami warga SLRP sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian. Insha Allah.

September Peperiksaan UPSR 2015Tarikh: 8 - 10 September 2015.

Calon: 86 Orang calon

Peperiksaan UPSR 2015 berjalan lancar sepertimana yang termaktub di dalam jadual. Calon-calon mematuhi peraturan peperiksaan dan keadaan amat terkawal. Kami warga sekolah mengharapkan agar calon-calon UPSR mendapat keputusan cemerlang. Insya Allah.

Lawatan Sambil Belajar

Tarikh: 30 Sept-1 Okt 2015

Tempat: Kuala Lumpur

Pengangkutan: AirAsia.com

Lawatan sambil belajar untuk calon-calon UPSR 2015 sepertimana tarikh di atas. Seramai 35 orang peserta lawatan akan ke Kuala Lumpur dan dijangka akan melawat beberapa lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selamat Hari Raya Aidiladha 2015

Ucapan 'Selamat Haru Raya Aidiladha' kepada semua warga SKRP. Semoga ibadah kurban yang akan dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah swt.

Oktober PdP berjalan seperti biasa.
November Keputusan UPSR 2016 diumumkan ada 17 November 2016.
Disember Mesyuarat pertama sesi persekolahan 2016 akan diadakan pada 29 Disember 2016.

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Tahun Mula Tahun Akhir Bil Nama Tahun Mula Tahun Akhir
1 En Jaafar B Idris 1929 1933 13 Th Hj Syed Ahmad B. Syed Abdullah 1997 1999
2 En Ahmad B Awang 1933 1937 14 En Abd Wahab Bin Shafie 1999 1999
3 En Ahmad B Ab Rashid 1937 1949 15 En Hashim Bin Said 1999 2001
4 En Salleh B Bulat 1949 1953 16 En Ibrahim Bin Yusoff 2003 2004
5 En Nik Mustafa b Ab Rahman 1953 1957 17 Pn Salma Bt Mahmad 2004 2006
6 En Ahmad Bin Awang 1957 1960 18 En Dasuki Bin Che Harun 2006 2008
7 Ahmad Bin Awang 1961 1961 19 Tn Hj Che Yaacob Bin Omar 2008 2010
8 Nik Yusof Bin Abu Bakar 1961 1969 20 Pn Fauziyah Bt Ismail 2010 2012
9 Ramli Bin Ahmad 1969 1985 21 Pn Hjh Hasmah Bt Harun 2012 Sekarang
10 Ismail Bin AHmad 1986 1988
11 Ismail Bin Musa 1988 1982
12 Tn Hj Che Yaacob Bin Omar 1992 1997

Senarai Nama Guru[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Jawatan Gred Telefon Email/Blog
1 Pn Hjh Hasmah Bt Harun Guru Besar DG44
2 En Hisham B Othman PKP DG41
3 Tn Hj Saidi B Muda PKHem DG34
4 En Zaidi B Omar PKKo DG32
5 Pn Eliyanamarliza Bt Omar Guru Cemerlang B.Melayu DG32
6 En Mohd Rozuar B M. Nor KP Muzik DG44
7 En Mohamad B Yedin Guru Penolong DG44
8 En Mazri SU/Penyelaras Kelas Abad Ke 21 DG44 desahomestay@gmail.com
9 En Ahmad Faisal B A.Razak PBS DG44
10 Cik Hjh Norhayati Bt Abdullah Guru Penolong DG44
11 En Aziz B Saleh Guru Penolong DG41 0132673615
12 En Solahuddin B M. Yunus Guru Penolong DG41
13 En Rizal B Yahya@Yusof Guru Penolong, EMIS DG41
14 Pn Norhayati Bt Dollah Guru Penolong DG41
15 Pn Norsukiza Bt Ismail KP Bahasa Inggeris DG41
16 Pn Noraihan Bt Ismail Guru Penolong DG41
17 Pn Azilawatifatma Bt MUhamad SU 1, Guru Penolong DG41
18 Cik Munirah Bt Salleh Guru Penolong DG41
19 En Wan Roslan B Wan Musa Guru Penolong DG41 0199167648 roslanasmaq@gmail.com
20 En Mat Nasir B Othman Guru Penolong DG41
21 En Kamarulshahrin B Kamaruddin Guru Penolong DG32
22 En Rosdi B Abdullah Guru Penolong DG34
23 Pn Zaiton Bt Seman KP Agama Islam DG32
24 Pn Haslinda Bt Che Mahmood Guru Penolong DG34
25 Pn Che Khotmah Bt Che Omar Guru Penolong DG34
26 En Mat Yuhor Bt Musa KP Matematik DG32
27 En Mohd Sukri B Yaacob Guru Penolong DG32
28 En Nik Mohd Hilmie Bt Nik A.Rahim Guru Penolong DG32
29 En Hazaky B Mat Yassim Guru Penolong DG32
30 En Kamaruzaman B Ibrahim Kaunselor, Guru Penolong DG32 0139239483 kamalksrp@gmail.com
31 En Noor Hasnan B Alias Guru Penolong DG32
32 Pn Normah Bt Ismail Guru Penolong DG32
33 Pn Hjh Rosbinora Bt Omar Penyelaras PSS, Guru Penolong DG32
34 Pn Salina Bt Ali SU Kecemerlangan UPSR, Guru Penolong DG32
35 Pn Jamilah Bt Hussin Guru Penolong DG29
36 En Rozi B Mat Guru Penolong DG32
37 Pn Noraizah Bt Ghazali SBT, Guru Penolong DG32
38 Pn Siti Esah Bt Jaafar Guru Pemulihan DG29
39 En Mohd Zulkifli B Sulaiman Guru Penolong DG34
40 En Che Rosli B Che Esa Guru Penolong DG32
41 Pn Salma Bt Che Haron Guru Penolong DG34
42 En Raduan B Hassan Guru Penolong DG32

Data Guru[sunting | sunting sumber]

Gred Jawatan Lelaki Perempuan Jumlah
DG44 4 2 6
DG42
DG41 5 5 10
DG34 3 4 7
DG32 12 6 18
DG29 2 2
Jumlah 24 19 43

Data Staf Sokongan[sunting | sunting sumber]

Gred Jawatan Lelaki Perempuan Jumlah
KPT (N22) 1 1
PT (N17) 1 1
PPM (N17) 2 2
PAP(R1) 1 1
PRA(R1) 1 1
Pekerja Swasta 4 2 6
JAGA Swasta 4 4
Jumlah 16

Enrolmen Murid[sunting | sunting sumber]

Tahun Melayu Lelaki Perempuan Jumlah
1 44 31 75
2 35 37 72
3 38 32 70
4 33 36 69
5 40 37 77
6 45 45 90
Jumlah 235 218 453

Bilik-Bilik Khas[sunting | sunting sumber]

Senarai Penyelaras Bilik-Bilik Khas

Bil Bilik Khas Penyelaras Talian Tel
1 Makmal Komputer En Ahmad Faisal B Abd Razak
2 Jqaf En Wan Roslan B. Wan Musa 0199167648
3 Pemulihan Pn Siti Esah Bt Jaafar
4 Kelas Abad Ke-21 En Mazri
5 SAL Room Pn Norsukiza Bt Ismail
6 Makmal Sains Cik Hjh Norhayati Bt Abdullah
7 Stor Sukan EN Che Rosli B. Isa

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian 2014

Bil Penyertaan Pencapaian
1 Bola Jaring Johan Peringkat PPD Pasir Mas
2 Bola Sepak Naib Johan Peringkat PPD Dalam Kejohanan Luar Musim
3 Bercerita Tempat Ke-2 Peringkat Zon
4 Hafazan Tempat Ke-2 Peringkat Zon
5 Nasyid Tempat Ke-2 Peringkat Zon

Tema Hari Guru[sunting | sunting sumber]

2015   Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

2010   Guru Pembina Negara Bangsa

2009   Guru Pembina Negara Bangsa

2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
Jalan Kedai Lama
17200, Rantau Panjang
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097950258
Fax = 6097950258
Email: skrantaupanjang.rp@gmail.com
Berapa capaian online perlu digunakan oleh guru-guru sebagai sebahagian daripada kerja di sekolah. Di antara capaian online yang perlu diberi perhatian seperti:
  1. SAPS - Sistem Pemarkahan berdasarkan NKRA.
  2. APDM - SIstem Maklumat Murid
  3. SSGQ - Sistem Penarafan Bintang Sekolah
  4. VLE Frog - Sistem Penggunaan Laman Web Sekolah
  5. E-Menengah - Sistem Pendaftaran E-Menengah(khas kepada calon UPSR)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]