Sekolah Kebangsaan Saliliran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Kebangsaan Salilaran)
Sekolah Kebangsaan Saliliran
Lokasi
 Malaysia Kampung Saliliran Pensiangan, 89957, Nabawan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah088-366204
Kod sekolahXBA1107
Faks088366051


Sekolah Kebangsaan Saliliran atau nama ringkasnya SK Saliliran, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Saliliran Pensiangan.

SK Saliliran ialah sebuah sekolah di kawasan pedalaman daerah Nabawan. Kedudukan sekolah ini berada berhampiran dengan sempadan Negara Malaysia dan Indonesia dan jarak sekolah ini ke Pekan Lumbis, Indonesia adalah lebih dekat berbanding dengan jarak ke Pekan Nabawan, Malaysia.

Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah pedalaman tahap 3 ini merupakan antara sekolah terdalam di Negeri Sabah dan mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk sampai ke Pekan Nabawan. Daripada Pekan Nabawan, pacuan 4 roda digunakan untuk sampai ke Pekan Kecil Pensiangan dan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Daripada Pekan Kecil Pensiangan, perahu akan digunakan untuk sampai ke Kampung Sinapar, iaitu kampung terdekat dengan Kampung Saliliran yang boleh dicapai melalui jalan air, dan perjalanan ini mengambil masa 2-3 jam. Daripada Kampung Sinapar, sekolah ini hanya boleh dicapai dengan berjalan kaki selama 3-5 jam. Walaubagaimanapun, masa perjalanan ke sekolah ini boleh menjadi lebih lama jika terdapat halangan-halangan seperti hujan (membuatkan perjalanan pacuan 4 roda bertambah sukar) ataupun kemarau (membuatkan perjalanan bot melawan arus sungai bertambah lama).

Sekolah ini tidak mempunyai talian telefon serta bekalan eletrik. Walaubagaimanapun, sekolah ini telah disediakan dengan beberapa panel solar untuk kegunaan warga sekolah. Air graviti digunakan untuk membekalkan air ke kawasan kampung dan sekolah.

Sekolah ini mempunyai sebuah kelas untuk setiap darjah, sebuah pra-sekolah, sebuah pusat sumber, 5 buah rumah untuk warga sekolah, sebuah asrama, anjung selera dan padang.

Pada tahun 2016, SK Saliliran memiliki 13 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid tahun 1 hingga tahun 6 seramai 30 orang. Ia mempunyai 8 orang guru dan 5 orang ppm.

Pada tahun 2017, SK Saliliran memiliki 12 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid tahun 1 hingga tahun 6 seramai 26 orang. Ia mempunyai 7 orang guru dan 5 orang ppm.

Pada tahun 2018, SK Saliliran memiliki 14 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid tahun 1 hingga tahun 6 seramai 29 orang. Ia mempunyai 6 orang guru dan 5 orang ppm. SK Saliliran telah dijadikan sebagai salah satu sekolah yang akan menjalankan kelas bercantum pada tahun ini. Jumlah kelas dikurangkan kepada 4: tahun 1, tahun 2 & 3, tahun 4 & 5, tahun 6. Kelas bercantum ini dibuat untuk semua sekolah SKM dengan enrolmen murid kurang daripada 30.

Pada tahun 2019, SK Saliliran memiliki 13 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid tahun 1 hingga tahun 6 seramai 25 orang. Ia mempunyai 7 orang guru dan 4 orang ppm.

Pada tahun 2020, SK Saliliran memiliki 12 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid tahun 1 hingga tahun 6 seramai 24 orang. Ia mempunya 7 orang guru, seorang guru interim dan 4 orang ppm.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Saliliran
Kampung Saliliran Pensiangan
89957, Nabawan
Sabah, Malaysia
Telefon = 087-366204
Fax = 6087366051

Pautan luar[sunting | sunting sumber]