Sekolah Kebangsaan Salor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Salor
Lokasi
 Malaysia Jalan Salor, 15100, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097011457
Kod sekolahDBA1097
Faks6097011457


Sekolah Kebangsaan Salor atau nama ringkasnya SK Salor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Salor.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Salor memiliki 337 pelajar lelaki dan 324 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 661 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Sekolah Kebangsaan Salor

Kewujudan SK Salor berkait rapat dengan pembangunan kedai Salor pada awal abad ke-20. Walaupun sistem pengajian pondok sudah wujud di Kg Salor, namun kesan kemajuan sosial dalam negeri menyedarkan masyarakat betapa perlunya pendidikan moden.

Tiga orang penduduk tempatan yang prihatin telah mengambil keputusan menubuhkan satu institusi pendidikan moden. Mereka ialah Wan Mohamad bin Wan Ahmad, Hamzah bin Taib dan Salim Tok Mandor. Hasil kegigihan mereka serta sokongan penduduk kampung, maka wujudlah SK Salor pada 1919.

Sekolah pertama bertempat di bangunan kedai tiga pintu di tapak kedai Salor lama iaitu di pinggir Sungai Kelantan. Sekolah ini merupakan sekolah rakyat dan gurunya mengajar secara sukarela. Guru yang pertama di sekolah ini ialah Wan Mohamad bin Wan Ahmad. Pada tahun 1923, bilangan kelas telah meningkat sehingga kelas tiga. Jumlah murid adalah seramai 20 orang. Cikgu Wan Mohamad sahaja yang mengajar ketiga-tiga buah kelas tersebut.

Beberapa tahun kemudian, oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, penduduk kampung meminta pihak kerajaan menyediakan sebuah sekolah yang lebih sesuai. Dengan itu, pada tahun 1937, sebuah sekolah baru mula dibina di Kg Jerulong, Salor kepunyaan Haji Said bin Mohamad, yang terkenal dengan nama Tok Jerulong.

Pada tahun 1960, SRJK Salor (NEPTS) diwujudkan di bawah pentadbiran yang berasingan. Guru Besar yang pertama ialah Haji Mohamad bin Yusof dan disusuli pula oleh Haji Sidiq bin Yaacob. Pada tahun 1985, memandangkan bilik darjah tidak mencukupi dan ketiadaan padang permainan, pihak sekolah dan PIBG telah membuat permohonan tapak baru daripada pihak kerajaan. Pada 3 Disember 1995, SK Salor telah berpindah ke tapak lain iaitu di Kg Che Bee, Salor. Tapak ini mempunyai keluassan 12.1 ekar ini sebahagiannya diderma oleh jutawan Dato Ibrahim Haji Mohamad dan sebahagian lagi dibeli daripada lima orang penduduk tempatan. Bangunan sekolah baru ini terdiri daripada bangunan batu blok tiga tingkat dan sebuah kantin yang selesa.

Sehingga kini, sekolah ini telah ditadbirkan oleh 20 orang guru besar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Salor
Jalan Salor
15100, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097011457
Fax = 6097011457

Pautan luar[sunting | sunting sumber]