Sekolah Kebangsaan Sebatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sebatu
Lokasi
 Malaysia Km 29, Kampong Sebatu, 77400, Sungai Rambai, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Penyuluh Hidup
Nombor sekolah6062659505
Kod sekolahMBA1023
Pengerusi PIBGEncik Fauzi Bin Suleiman
Guru besarCikgu Azman Bin Ahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikCikgu Rosyati Binti Marzuki
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCikgu Mohd. Agost Bin Abu
Penolong Kanan KokurikulumCikgu Norliza Binti Md. Yamin
Faks6062659505
Laman sesawang

Sekolah Kebangsaan Sebatu atau nama ringkasnya SK Sebatu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 29, Kampong Sebatu.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sebatu memiliki 147 orang pelajar lelaki dan 112 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 259 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

SEJARAH SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Nama Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan sejarah nama sekolah ini sejak penubuhannya:

  • 1880 – 1955         : Sekolah Melayu Sebatu
  • 1956 – 1964         : Sekolah Umum Sebatu
  • 1965 – sekarang     : Sekolah Kebangsaan Sebatu

Ketika belum mempunyai bangunan sekolah, kanak-kanak menumpang belajar di rumah orang.[perlu rujukan]

Bentuk-Bentuk Bangunan[sunting | sunting sumber]

Adalah dipercayai daripada penduduk Kg. Sebatu sendiri[nyatakan menurut siapa?] bahawa bangunan pertama didirikan sebelum tahun 1880 (dianggarkan). Bangunan ini beratap nipah dan bertiangkan kayu. Ia berdinding sekerat tanpa tingkap. Tiada sekatan bilik darjah pada bangunan pertama ini. Ketika itu, ia cuma berlantaikan tanah.

Bangunan pertama ini didirikan kira-kira 600 ela ke barat dari bangunan sekolah sekarang. Ia diasaskan oleh penduduk Sebatu dengan usaha masyarakat setempat secara bergotong-royong.

Dengan murid seramai 30 orang, sekolah ini mempunyai 2 buah bilik darjah yang dicat hitam. Guru-guru yang mula-mula mengajar di sini dilantik daripada kalangan orang yang tahu menulis dan membaca.

Pada tahun 1880, sekolah ini dinaikkan taraf kepada sekolah bantuan penuh (fully assisted school). Bangunan asalnya telah dirobohkan pada tahun 1898.

Bangunan Sekolah pada tahun 1927

Bangunan baru yang mengandungi 5 buah bilik darjah telah didirikan pada 7 September 1927. Bangunan ini merupakan bangunan kayu yang tinggi. Ketika murid bertambah ramai, bahagian bawah bangunan ini telah diubah suai menjadi bilik-bilik darjah. Bilangan guru ketika itu seramai 5 orang.

Bangunan Sekolah pada tahun 1960

Pada tarikh 1 Ogos 1960, sekolah ini mendapat bangunan tambahan separuh kekal. Ia mempunyai 4 buah bilik darjah. Bangunan ini didirikan bagi menampung bilangan muridnya yang semakin bertambah. Ketika itu, muridnya dianggarkan antara 327 hingga 350 orang.

Pada 13 Mei 1973, sekolah ini telah dimasukkan dalam kumpulan Sekolah Gred 'B' dan guru-gurunya adalah seramai 12 orang. Bangunan baru telah ditambah bermula dari tarikh tersebut  Bangunan ini merupakan bangunan kekal dua tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan bilik Guru Besar, sebuah bilik guru, sebuah stor dan dua unit tandas.

Bangunan ini telah dilengkapi dengan bekalan air paip dan elektrik. Bilangan muridnya turut bertambah menjadi antara 400 hingga 450 orang. Bilangan gurunya turut bertambah menjadi 15 orang.

Bangunan Sekolah pada tahun 1973

Bangunan lama yang diperbuat daripada kayu berbentuk 'L" kemudiannya telah dirobohkan pada 8 Jun 1985. Sebuah bangunan 3 tingkat telah didirikan di atas tapak yang ada sekarang.

Pada 8 Julai 1986, bangunan sementara yang diperbuat daripada kayu yang telah didirikan pada 1 Ogos 1960 telah dirobohkan dan bangunan baru telah digunakan. Murid-murid yang menuntut di situ semakin berkurangan menjadi 360 orang hingga 370 orang sahaja. Namun demikian, bilangan guru yang berkhidmat di sekolah ini telah ditambah menjadi 19 orang.

Bangunan Sekolah pada tahun 1985

Senarai guru besar[sunting | sunting sumber]

Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah:
Bil. Nama Tahun Berkhidmat
1. Encik Jedi 1898
2. Haji Md. Deni Bin Md. Salleh 1898 - 1912
3. Encik Abdul Rasul Bin Abdul 1912
4. Encik Ithnin Bin Md. Seh 1912 - 1935
5. Encik Daud bin Manaf 1935 - 1937
6. Hj. Jaafar bin Abd. Latif 1937 - 1942
7. Encik Md Deni bin Abd. Latif 1942 - 1936
8. Encik Md Lazi bin Baki 1936 - 1966
9. Encik Pit bin Ismail 1967 - 1971
10. Encik Abdul bin Muhammad 1972 (setahun)
11. Encik Muid bin Lasim 1973 - 1980
12. Hj. Ahmad bin Hj. Hassan 1981 - 1985
13. Encik Yaakup bin Md. Yassin Mei 1985 - 1987
14. Hj. Abdullah bin Hassan 1987 - 1993
15. Encik Mat Jusin bin Hj. Mohd 1993 - Jun 1996
16. Encik Md. Sahak bin Johari Jun 1996 - 1999
17. Encik Othman bin Hj. Salleh 2000 - 2001
18. Encik Ab. Majid bin Bakar 2001 - Jun 2009
19. Pn. Normi binti Jantan Jun 2009 - Julai 2010
20. Encik Jasni bin Ramli  Julai 2010 - November 2011
21. Encik Kamaruzaman bin Tawi Disember 2011 - Mac 2014
22. Encik Abbas bin Hj Juki  Mac 2014 - 23 November 2017
23 Encik Azman Bin Ahmad 16 Disember 2017 - Kini
*Dikemaskini pada 07 Mac 2018

Maklumat Umum[sunting | sunting sumber]

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Falsafah sekolah[sunting | sunting sumber]

Adalah satu institusi pendidikan yang mendidik, membimbing, dan memberi ilmu pengetahuan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berjaya, berketrampilan, berilmu pengetahuan dan boleh berfikir, beriman, beramal dan seterusnya dapat membina insan yang sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat sekolah[sunting | sunting sumber]

Matlamat Sekolah Kebangsaan Sebatu:

  1. Memberi bimbingan dan didikan yang lebih efektif kepada semua murid ke tahap kecermelangan dalam dua bidang utama:
    • Bidang Akademik
    • Bidang Kokurikulum.
  2. Membentuk sahsiah diri murid yang menjurus kepada:
    • Berakhlak mulia
    • Bersopan santun
    • Berbudi bahasa
    • Berdisiplin
    • Bertanggungjawab
    • Berhemah tinggi  
  3.  Mewujudkan perpaduan, merapatkan silaturrahim,sayangkan
    • Sekolah, keluarga dan negara.
    • Menepati slogan" Sekolahku Rumahku, Sekolahku Syurgaku" 

Objektif sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain rancangan yang ditetapkan oleh kerajaan dengan licin dan lancar.
  2. Berusaha dan menggembeleng tenaga yang ada bagi mencapai metlamat dan objektif sekolah serta kurikulum ke arah kecemerlangan.
  3. Segala masalah sekolah adalah masalah dan tanggungjawab bersama.
  4. Mengadakan perhubungan yang rapat dengan badan-badan pertubuhan tempatan dan jabatan lain.
  5. Mengadakan perhubungan yang erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah serta dengan sekolah jiran.
  6. Mewujudkan hubungan yang rapat dengan ibubapa / penjaga murid dan juga masyarakat tempatan.
  7. Membentuk satu kumpulan guru yang dedikasi dan yang benar-benar bersifat profesional serta mempunyai budaya kerja yang tinggi ketahanan serta bersifat ”Less Talk More Action” dan ” Berfikir Bagaimana Bertindak Segera ”
  8. Membentuk kepada perasaan membuktikan kemampuan kewibawaan peribadi terhadap tugasan dan tanggungjawab.
  9. Menggalakkan serta memberi kesempatan kepada guru-guru menyelia tugas-tugas sekolah sebagai latihan kepada kepimpinan yang berkesan dan dinamis.
  10. Mewujudkan dan memberi segala rasa tanggungjawab terhadap peningkatan prestasi pencapaian akademik dan ko-kurikulum sekolah.
  11. Memberi segala kemudahan daripada segala sudut agar mempunyai cita rasa serta keprihatinan terhadap tugas yang diperuntukkan.

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami warga Sekolah Kebangsaan Sebatu, Melaka
Dengan penuh tekad dan iltizam,
Berikrar dan berjanji akan menumpukan
Seluruh usaha dan tenaga kami untuk;

  • Memberi perkhidmatan yang mesra, berkualiti, cekap dan tepat.
  • Mendidik murid memenuhi aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Bekerjasama dengan semua pihak demi kebaikan sekolah dan anak didik kami.
  • Memberikan khidmat kaunter yang mesra dan berkesan agar dapat memberikan kepuasan kepada semua pihak.
  • Mengutamakan kecemerlangan pelajar dalam akademik, kokurikulum, dan mengambil berat tentang kebajikan semua warga sekolah. 

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Simbol dan Maksud yang terdapat dalam lencana Sekolah Kebangsaan Sebatu
Simbol Maksud
Bentuk Bulatan Melambangkan kemuafakatan warga sekolah.
Bunga Padi Melambangkan kehidupan yang berisi dan bererti. Bernas dengan ilmu pengetahuan dan bererti dari segi hidup berbakti.
Bintang Melambangkan satu cahaya pedoman yang membawa harapan dan sinar baru
Gajah Melambangkan kekuatan
Pena & Berus Melambangkan kegigihan 
Buku Melambangkan ilmu pengetahuan
Warna Merah Melambangkan keberanian dan sikap penyayang
Warna Kuning Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara
Warna Hijau Melambangkan penghayatan Islam yang syumul
Warna Biru Melambangkan lambang perpaduan warga sekolah
Warna Putih Melambangkan kesucian fizikal dan rohaniah
Moto “Ilmu Penyuluh Hidup” ialah moto yang menjadi inspirasi kepada warga Sekolah Kebangsaan Sebatu supaya giat berusaha demi untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang.
*Dikemaskini pada 07 Mac 2018

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Kekallah berbakti
Sekolah Kebangsaan Sebatu
Berjasa kepada bangsa dan negara
Jaya setia meninggikan cita
Maju ilmu pengetahuan
Mengasuh anak bangsa sejati
Dari bangsa mulia murni
Mohon bahagia kepada Tuhan
Semoga kekal abadi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Memenangi Pertandingan Kantin Terbersih Peringkat Daerah Jasin tahun 2013.
  • Memenangi Pertandingan Kantin Terbersih Peringkat Negeri Melaka tahun 2013.
  • Memenangi Pertandingan Kantin Terbersih Peringkat Kebangsaan tahun 2013.
  • Memenangi Anugerah Khas Juri PIBG Peringkat Kebangsaan tahun 2013.

Sukan Ragbi[sunting | sunting sumber]

  • Pencapaian Tahun 2009
  1. MSSM Peringkat Negeri Melaka - Johan Negeri
  2. MSSM Peringkat Kebangsaan - Naib Johan Bowl
  • Pencapaian Tahun 2008
  1. MSSM Peringkat Negeri Melaka - Johan Negeri
  2. MSSM Peringkat Kebangsaan - Separuh Akhir
  3. Cross Straits Cobra 10's (Bawah 13) - Peringkat Suku Akhir Cup/ Plate
  • Pencapaian Tahun 2007
  1. MSSM Peringkat Negeri Melaka - Johan Negeri
  2. MSSM Peringkat Kebangsaan - Tempat Ke-4 Kebangsaan
  • Pencapaian Tahun 2006
  1. MSSM Peringkat Negeri Melaka - Naib Johan Negeri
  2. MSSM Peringkat Kebangsaan - Tempat Ke-4 Kebangsaan
  3. Sekolah-Sekolah Juara MSSM/KRM - Tempat Ke-5 Kebangsaan

Sukan Bola Jaring[sunting | sunting sumber]

  • Pencapaian Tahun 2009
  1. MSSM Peringkat Kawasan
  • Pencapaian Tahun 2008
  1. MSSM Peringkat Kawasan - Johan Kawasan Merlimau
  • Pencapaian Tahun 2007
  1. MSSM Peringkat Kawasan - Johan Kawasan Merlimau

GALERI WARISAN DAERAH KECIL SUNGAI RAMBAI, MELAKA[sunting | sunting sumber]

Galeri Warisan Sekolah Kebangsaan Sebatu telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2009 dan perasmiannya telah disempurnakan pada 14hb Ogos 2009 bersamaan 23 Syaaban 1430H oleh Yang Berhormat Datuk Wira Omar Bin Kaseh (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka) mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam (Ketua Menteri Melaka).

Galeri ini memainkan peranan yang penting sebagai tempat penyimpanan khazanah bersejarah sekolah dan menjadi pusat rujukan kepada sekolah lain, pengunjung mahupun bekas pelajar sekolah ini. Melalui penubuhan ini juga, ia akan menjadi pancapersada dalam menyingkap dan mengingati kembali sejarah penubuhan SK Sebatu yang kini telah menjangkau usia 137 tahun.

Banner Galeri Warisan SKS

Antara bekas pelajar SK Sebatu yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah ialah Prof. Dr. Jamaluddin Bin Md. Jahi, Prof. Madya Arbak Bin Othman, Datuk Haji Abd. Rahman Bin Haji Abu (DMSM, SSA, ASA, KMN, AMN, DCM, PJK, JP), Datuk Lizan Bin Hashim (DMSM), Datuk Nasir Bin Haji Ghani (DMSM, AMN, BCM, PPN), Tuan Haji Ahamd Zaini Bin Abdullah, En. Mohamed Bin Khamis, En. Khairul Anuar Bin Tawi, Dr. Haji Ahmad Fauzi Bin Abu, En. Zaidi Bin Harun, Dr. Haji Ahmad Fauzi Bin Haji Puasa, Allahyarham Datuk Haji Ahmad Dahlan Bin Haji Saleh (Bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka).

Plak Galeri Warisan SKS

Galeri Warisan ini dapat dijadikan perangsang dan motivasi kepada murid-murid SK Sebatu khasnya dan masyarakat setempat amnya. Secara tidak langsung pelajar akan dapat mencontohi kejayaan tokoh-tokoh terdahulu yang telah berjaya dalam pelbagai bidang. Kesinambungan satu persatuan bekas pelajar (ALUMNI) telah ditubuhkan bagi mengukuhkan lagi pencapaian akademik pelajar khasnya anak-anak Kampung Sebatu.

Objektif Penubuhan Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

  1. Menyingkap kembali sejarah penubuhan SK Sebatu yang berusia lebih 130 tahun;
  2. Mengenang kembali jasa-jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh masyarakat setempat untuk kemajuan sekolah;
  3. Mewujudkan Galeri atau Mini Muzium SK Sebatu sebagai tempat rujukan dan penyimpanan bahan-bahan sejarah sekolah;
  4. Membina jati diri kepada pelajar masa kini dan akan datang untuk cintakan sekolah;
  5. Pendedahan umumnya kepada masyarakat dan khasnya kepada bekas pelajar dan murid-murid SK Sebatu bagi mengetahui sejarah sekolah melalui penubuhan galeri warisan ini;
  6. Membentuk satu persatuan bekas pelajar (ALUMNI) SK Sebatu yang bertujuan mencurah khidmat bakti.

Logo Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Logo Galeri Warisan SKS
  • Garisan melengkung mewakili garisan waktu sepanjang hayat sekolah ini sejak diitubuhkan sehingga sekarang.
  • Empat kelopak bunga melambangkan kejayaan dan pencapaian anak didik sekolah ini dari segi akademik, sahsiah, ekonomi dan kokurikulum.
  • Gerakan kelopak yang berlingkar mewakili pergerakan sekolah ini sejak ianya ditubuhkan.
  • Garisan-garisan melengkung mewakili era globalisasi dan dunia tanpa sempadan yang dilalui oleh sekolah ini.
  • Warna Biru melambangkan kedamaian dan ketenangan sinonim dengan warna rasmi Sekolah Kebangsaan Sebatu.

Pengasas Galeri Warisan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pengasas Galeri Warisan Sekolah

Yang Berhormat Datuk Hassan Bin Abdul Rahman (D.M.S.M, B.K.T, P.J.K, B.K.C, PBB (Belia))[1][2] telah mencetuskan idea dan sumbangan tenaga sehingga terbinanya sebuah galeri warisan di pekan kecil Sungai Rambai.

Galeri yang siap dibina ini pada tahun 2009 diletakkan di Sekolah Kebangsaan Sebatu kerana sekolah ini merupakan sekolah terawal dibina dan yang tertua di kawasan Sungai Rambai dan sekitarnya.

Kini,[bila?] beliau menjawat jawatan sebagai EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Melaka.

Pemandangan luar dan dalam Galeri Warisan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pandangan luar[sunting | sunting sumber]

Pandangan Luar
Pandangan Luar 2
Pandangan Luar 3

Ruang dalaman[sunting | sunting sumber]

Ruang Dalaman
Ruang Dalaman 2
Ruang Dalaman 3
Ruang Dalaman 4

Tokoh Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Nama Tokoh Jawatan
Allahyarham Datuk Haji Ahmad Bin Dahalan Bekas EXCO Kerajaan Negeri Melaka
Dr. Ahmad Fauzi Bin Haji Puasa Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
Major (B) Mohamed Bin Khamis General Manager Nadi Ayu Technologies / Managing Director Advance Sports Management
Encik Zaidi Bin Haron Director & Vice President Monument Mining Limited
Dr. Haji Ahmad Fauzi Bin Abu Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Encik Khairul Anuar Bin Tawi Cheif Officer KAT Group Of Companies
Professor Dr. Jamaluddin Bin Md. Jahi Felo Utama Institut Akedemi Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
Professor Madya Arbak Bin Othman Pensyarah Bahasa & Linguistik Melayu, Universiti Putra Malaysia
Datuk Haji Abdul Rahim Bin Haji Abu

(DMSM, SSAA, ASA, KMN, AMN, DCM, PJK, JP)

Bekas Setiausaha Politik Menteri Belia & Sukan
Tuan Haji Ahmad Zaini Bin Abdullah Pengarah Urusan ZAR Consultance (M) Sdn. Bhd.
Datuk Md. Nasir Bin Haji Ghani

(DMSM, AMN, BCM, PPN)

Pengerusi Hankyu Logistik (M) Sdn. Bhd.
Datuk Lizan Bin Hashim

(DMSM)

Pengarah Urusan Kak Long Chalet / Pengarah Urusan Lizan Hashim Transport

Khazanah[sunting | sunting sumber]

Replika sekolah asal dan pakaian rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Khazanah Maklumat Video
Replika bangunan Sekolah Umum Sebatu tahun 1927 
Replika bangunan sekolah ini merupakan struktur dan bentuk asal Sekolah Kebangsaan Sebatu kini.

Bangunan berbentuk 'L' ini dibuat daripada kayu. Terdapat beberapa bangunan didirikan di sekitarnya seperti rumah guru dan tandas. Sekolah ini juga mempunyai sebuah perigi.

Replika ini telah dihasilkan oleh bekas murid sekolah ini iaitu Encik Ayub Bin Sahabuddin.

Replika Bangunan Sekolah Umum Sebatu Tahun 1927
Contoh pakaian sekolah di SKS
Pakaian sekolah rasmi yang pernah digunakan sehingga ke hari ini. Pakaian Rasmi Sekolah

Buku-buku catatan dan rekod sekolah[sunting | sunting sumber]

Khazanah Maklumat Video
Buku daftar masuk sekolah Tahun 1950-1956
Buku daftar masuk sekolah murid tahun 1950 sehingga 1956 Buku Daftar Masuk Sekolah
Buku perharian Tahun 1954-1957
Buku catatan perharian guru tahun 1954 sehingga 1957 Buku Catatan Guru Perharian Tahun 1954-1957
Buku perharian Tahun 1957-1964
Buku catatan perharian guru tahun 1954 sehingga 1957 Buku Catatan Perharian Guru Tahun 1954-1957
Buku minit mesyuarat L.P.S Tahun 1964-1973
Buku minit mesyuarat Lembaga Pengurus Sekolah dari tahun 1964 sehingga 1973 Minit Mesyuarat LPS Tahun 1964-1973
Buku minit mesyuarat PIBG

Tahun 1973-1975

Buku minit mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tahun 1973 hingga 1975 Minit Mesyuarat PIBG Tahun 1973-1975
Buku catatan guru bertugas mingguan 1974-1975
Buku catatan guru bertugas mingguan dalam tahun 1974 sehingga 1975 Buku Catatan Guru Bertugas Mingguan

Peralatan pejabat sekolah[sunting | sunting sumber]

Khazanah Maklumat Video
Mesin taip pejabat
Mesin taip ialah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set kekunci yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas. Mereka yang menggunakan mesin taip dikenali sebagai jurutaip. Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak. Akan tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau, kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan dakwat melekat pada kertas). Kertas karbon kadangkala diselit antara beberapa lapisan kertas agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas. Untuk sebahagaian besar abad ke-20, mesin taip merupakan alat penting di pejabat dan kebanyakan penulis. Kini[bila?] walaupun masih popular digunakan, bagi beberapa orang penulis dan di negara kurang maju, mesin taip kebanyakannya telah digantikan dengan pemproses kata pada komputer peribadi. Mesin Taip Pejabat
Alat pencetak 1970
Alat pencetak tahun 1970 untuk mencetak kertas-kertas. Alat Pencetak Tahun 1970
Mesin melamina kertas (Plastic Bag Sealer) 1991
Mesin membalut kertas dalam tahun 1991 Mesin Laminate Kertas
Radio perakam kaset (Audiotronic)
Radio perakam kaset ini adalah dalam tahun 1960 sehingga 1970. Radio Perakam Kaset (Audiotronic)

Kelengkapan pengajaran dan pembelajaran sekolah[sunting | sunting sumber]

Khazanah Maklumat Video
EnnaScop 2000 Projektor
Projektor buatan Jerman. Luas paparan pancaran adalah dalam 6x6 inci Projektor MC250 yang menyerupai EnnaScop 2000
Slaid projektor
Slaid projektor merupakan peranti opto-mekanikal yang akan memaparkan imej secara grafik bergambar. Slaid projektor ini berfungsi seperti projektor masa kini, cuma dibezakan berdasarkan bentuk, butang fungsi dan peleraian paparan. Slide Projector

Peralatan harian dan dapur[sunting | sunting sumber]

Khazanah Maklumat Video
Seterika besi @ arang
Seterika arang diperbuat daripada tembaga dan bentuknya adalah lebih kurang sama dengan bentuk seterika moden pada masa kini tetapi ia mempunyai saiz yang agak besar dan tinggi. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dan mempunyai pemegang yang agak selesa bagi menggosok pakaian. Pada bahagian atasnya, ada penutup yang boleh dibuka dan ditutup untuk meletakkan arang. Kayu arang terlebih dahulu dibakar sehingga merah membara (menjadi bara). Kemudiannya, arang dimasukkan ke dalam badan seterika dan ditutup. Seterika akan ditekap ke atas daun pisang terlebih dahulu bagi mengawal tahap kepanasan seterika untuk disesuaikan dengan pakaian yang ingin digosok. Beberapa helai pakaian boleh diseterika dalam satu-satu masa dan jika seterika menjadi kurang panas, arang akan diganti dengan bara yang baru. Arang perlu dbuang atau dikeluarkan dari seterika setelah selesai menggosok pakaian. Lazimnya, ia boleh digunakan semula sebagai bahan bakar untuk memasak di dapur kayu. Cara Menggunakan Seterika Besi @ Arang
Batu giling @ lagan
Batu giling ialah satu alat yang dugunakan bagi penyediaan bahan memasak. Ia merupakan satu alatan penting pada masa dahulu dan digunakan bagi menghancurkan rempah-ratus yang akan digunakan bagi memasak. Ia biasanya terdiri daripada dua bahagian, iaitu batu hampar dan batu penggiling (anak).

Kegunaan bagi gilling berbeza dengan lesung batu dari segi batu giling digunakan bagi menghancurkan bahan dengan lebih lumat dan halus. Batu giling mengisar secara mendatar manakala lesung menumbuk secara menegak.

Cara Menggunakan Batu Giling @ Lagan
Labu sayong
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Labu Sayong
Periuk tanah
Kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat kerana tahan panas. Bahagian hujung ialah pemegang dan mempunyai penutup. Sehingga kini ia masih diguna di restoran atau kedai makan bagi juadah nasi tanah liat. Periuk Tanah
Periuk kukus tanah
Periuk yang digunakan untuk mengukus nasi. Di bahagian dalamnya terdapat lubang untuk wap dan haba naik ke dalam. Periuk Kukus Tanah

Seni dan permainan tradisional[sunting | sunting sumber]

Khazanah Maklumat Video
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. Seni Tekat Melayu
Barang permainan tradisional rakyat
Permainan tradisional di Malaysia merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak dan ibu-bapa mereka. Ia merangkumi semua permainan suku kaum di Malaysia. Alat Permainan Tradisional

Piala kejohanan[sunting | sunting sumber]

Khazanah Maklumat Video
Piala kejohanan
Piala kejohanan dalam sukan dan olahraga yang pernah dimenangi bagi setiap pertandingan.

Piala berwarna emas seakan-akan tembaga.

Piala Kejohanan

Video Galeri Warisan SK Sebatu[sunting | sunting sumber]

Video Galeri Warisan Sk Sebatu
Video Galeri Warisan Sk Sebatu

Sekolah-sekolah ahli Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 9 buah sekolah yang telah menjadi ahli galeri ini iaitu:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai
  2. Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai
  3. Sekolah Kebangsaan Sebatu
  4. Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat
  5. Sekolah Kebangsaan Batu Gajah
  6. Sekolah Kebangsaan Parit Gantong
  7. Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu
  8. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa
  9. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Min

Persatuan ALUMNI SK Sebatu[sunting | sunting sumber]

Sijil Pendaftaran Persatuan Alumni SK Sebatu
Sijil pendaftaran Persatuan ALUMNI SK Sebatu

Aktiviti-aktiviti Galeri Warisan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Majlis perasmian Galeri Warisan Sekolah daerah kecil Sungai Rambai[sunting | sunting sumber]

Ketibaan YB Datuk Hasan Bin Abdul Rahman EXCO Pertanian & Pembangunan Usahawan Melaka dan tetamu kehormat
Antara jemputan tetamu kehormat majlis
Bacaan doa
Ucapan oleh Tuan Haji Mohd. Rashid Bin Mohd. Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka
Ucapan oleh Tuan Dr. Mohd. Azam Bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Jasin
YB Datuk Hasan Bin Abdul Rahman, memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Galeri Warisan Daerah Kecil Sungai Rambai
Merupakan antara guru wanita yang terawal mengajar di SK Sebatu, Puan Sri Datin Wira Hajjah Maznah Bt HjiLassim. Berusia 87 tahun
Tetamu jemputan
Menandatangani Buku Pelawat Disaksikan oleh YB Datuk Hasan Abd. Rahman
Ibu-ibu penat melayan tetamu
Pelajar-pelajar sekolah yang dijemput sama-sama untuk melihat galeri

Mengecat dinding dan melukis semula mural[sunting | sunting sumber]

Sampai Kejang Kaki Ye, Cikgu Fadlizan
tengah
Guru-Guru Wanita Tidak Kurang Hebatnya Dalam Mewarna
tengah
Tuan Haji Abbas, Guru Besar SK Sebatu bersama Tuan Dr. Mohd. Azam Bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Jasin  turut serta menyumbang tenaga
Masa Berswafoto..!
Bersemangat walaupun panas
Dalam hati nak tambah bunga lagi katanya. Tu yang lukis bunga-bunga
tengah
Tuan Haji Abbas Bin Haji Juki bersama Tuan Dr. Mohd. Azam Bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Jasin
Ahli PIBG sekolah turut sama turun padang sedia membantu

Program Homestay Hippo Club Jepun[sunting | sunting sumber]

Program Homestay Hippo Club Jepun 2010

Tarikh: 02 April 2010

Tempat: SK Sebatu, Sungai Rambai, Melaka

Dirasmikan Oleh: Tuan Haji Daud Bin Abdull, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Melaka.

Kumpulan sasaran: 30 orang pelajar Jepun berusia 10-17 tahun dan 5 orang guru

Pengenalan Matlamat Objektif
Jabatan Pelajaran Negeri Melaka sekali lagi telah diberi mandat oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) KPM untuk mengelolakan Program Homestay Pelajar Jepun "Hippo Family Club" ke Malaysia. Program ini disertai oleh 30 orang pelajar sekolah rendah dan 5 orang guru pengiring yang akan bermula pada 27 Mac 2010 sehingga 02 April 2010. Bagi melancarkan perjalanan program ini, pihak jabatan melantik SK Sebatu, Sg. Rambai sebagai sekolah hos/ angkat.
Program ini berbentuk dua hala dan berkonsepkan homestay. Matlamat utama program ini ialah memberi peluang kepada pelajar negara Jepun mengenali budaya dan sistem persekolahan di Malaysia. Program ini akan tertumpu kepada aktiviti-aktiviti interaksi melalui program di sekolah, persembahan kebudayaan serta lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan menarik di Melaka.
  • Memberi peluang kepada pelajar terbabit mengikuti proses pembelajaran di sekolah terpilih;
  • Memberi peluang kepada pelajar-pelajar terbabit mempelajari/merasai kehidupan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya di Melaka;
  • Memberi peluang kepada pelajar terbabit mempelajari bahasa dan budaya masyarakat setempat;
  • Memperkenalkan budaya Malaysia khususnya Melaka yang kaya dengan budaya pelbagai kaum;
  • Memperkenalkan tempat-tempat bersejarah di sekitar Melaka;
  • Menggalakkan integrasi antara negara serta menghormati pegangan masing-masing.

Keratan Akhbar Penubuhan Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Sambutan Hari Kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2017 dengan Tema "SEHATI SEJIWA".
Gimik Pelancaran Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017
Membawa Masuk Bendera Negara Ke Dataran Perasmian
Cikgu Abbas Bin Juki, Guru Besar Bersama Cikgu Abdullah Bin Amat, GPK1 Dan Gikgu Abdul Kadir Bin Abu Samah, GPK HEM Merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017
Pembawa Bendera Mengibarkan Jalur Gemilang
Manisss.....
Selesai Sudah Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2017
Gambar Kenangan Bersama Maskot Bulan Kemerdekaan
Kibaran Jalur Gemilang Oleh Murid-Murid
Kibaran Jalur Gemilang Oleh Murid-Murid Dengan Nyanyian Lagu Sehati Sejiwa
Cikgu Abdullah Bersama Cikgu Rizan, Cikgu Hanipah, Cikgu Marlianah Dan Cikgu Norasikin

ALAMAT[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sebatu
Km 29, Kampong Sebatu
77400, Sungai Rambai
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062659505
Faks = 6062659505

RUJUKAN[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri". Portal Rasmi Kerajaan Melaka. Dicapai pada 22 Oktober 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "ADUN Tanah Jasin, Melaka". Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Melaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 22 Oktober 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

PAUTAN LUAR[sunting | sunting sumber]