Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara
Lokasi
 Malaysia Seksyen 7, Kota Damansara, PETALING JAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoDisiplin Teras Kejayaan
Nombor sekolah361571273
Kod sekolahBBA8236
Faks361576901


Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Seksyen 7, Kota Damansara.

Pada 2016, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara mempunyai jumlah keseluruhan murid seramai 1600+ orang. Anggaran bilangan guru di sekolah ini adalah seramai 80 orang

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Sungai Buloh dibuka pada 1 Januari 1997. Kemudian, namanya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Sungai Buloh, seterusnya ditukar lagi kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara kerana perubahan nama Pusat Bandar Sungai Buloh kepada Kota Damansara, dan nama tersebut kekal digunakan sehingga ke hari ini,Sekolah ini merupakan sekolah yang pertama memulakan operasi pengajaran di Pusat Bandar Sungai Buloh. Guru Besar pertama yang mencorakkan sekolah ini ialah Allahyarham En. Ali bin Jusoh. Allahyarham telah dibantu oleh 15 orang guru untuk mengendalikan kira-kira 500 orang murid dalam sesi pembelajaran. Pada masa itu juga, terdapat hanya 17 buah bilik darjah yang digunakan.

Selepas pertukaran Allahyarham En. Ali bin Jusoh ke Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong, jawatan Guru Besar di sekolah ini disandang oleh En. Abd Rashid bin Mahmudin, bermula pada tahun 1999 hingga tahun 2005. Selepas itu, giliran Pn. Hjh. Jamilah bt. Darman pula diberikan tugas untuk mengepalai jawatan tertinggi di sekolah ini. Pada masa pentadbirannya, Pn. Hjh. Jamilah telah dibantu oleh 4 orang Penolong Kanan, 75 orang guru, 5 orang kakitangan pejabat dan jumlah muridnya pula hampir mencecah 1600 orang.

Sekolah ini mengamalkan sistem pengajaran dan pembelajaran dua sesi, iaitu sesi pagi dan petang. Ia telah diamalkan bermula pada tahun 1998, di mana murid Tahun 1, 5 dan 6 ditempatkan pada sesi pagi, manakala murid tahun 2, 3 dan 4 ditempatkan pada sesi petang. Namun begitu, mulai tahun 2004, perubahan sesi telah dilakukan dengan menukar murid Tahun 1 ke sesi petang, manakala murid Tahun 4 ditukar ke sesi pagi. Keputusan ini dibuat setelah kata sepakat dalam mesyuarat dicapai antara pentadbiran sekolah bersama jawtankuasa PIBG yang bertujuan supaya aktiviti ko-kurikulum dapat diuruskan dengan lebih efisyen oleh pengurusan sekolah. Sehingga ke hari ini, sistem ini masih lagi amalkan.

Pada masa itu, sekolah ini telah dikategorikan sebagai sekolah bandar dan berstatus gred A. Ia telah dirasmikan pada 7 Julai 2007 oleh Pn. Komala Dewi A/P M. Perumal yang merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pencapaian Murid Dalam Peperiksaan UPSR[sunting | sunting sumber]

2013: 15 orang pelajar mendapat keputusan 5A 2014: 20 orang pelajar mendapat keputusan 5A 2015: 14 orang pelajar mendapat keputusan 5A.

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Sg. Buloh.
Seksyen 7, Kota Damansara
Selangor, Malaysia
Telefon = 361571273
Fax = 361576901

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

[[Kategori: Sekolah Rendah di Selangor|Seksyen 7 Sg. Buloh.]