Sekolah Kebangsaan Seliau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Seliau
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahNBA4029[1]
Lokasi Malaysia Kampong Seliau 71200, Rantau,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Telefon6066944978
Faks6066944978


Sekolah Kebangsaan Seliau atau nama ringkasnya SK Seliau, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Seliau.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seliau memiliki 60 pelajar lelaki dan 71 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 131 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seliau telah diasaskan oleh Tn Hj. Yaakob bin Jali. Beliau telah menjadikan rumahnya sendiri sebagai sekolah iaitu di Kampung Saga. Penekanan utama akademik adalah tertumpu kepada pelajaran agama sahaja. Secara rasminya sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 1924 dengan diberi nama Sekolah Melayu Seliau. Bangunannya hanya merupakan sebuah rumah yang disewa dengan harga RM 5.00 sebulan. Kelasnya berlantaikan tanah. Ini menggambarkan secara keseluruhan prasarananya begitu daif sekali.

Pada 1 Januari 1927, sekolah ini telah berpindah ke rumah yang lebih selesa dengan sewaan RM 15.00. Akhirnya pada 29 Mac 1928, sekolah ini secara rasminya dipindahkan ke bangunan baru (Blok Ibnu Khaldun) yang terletak di Kampung Seliau. Pada tahun 1952, sekolah ini mendapat bangunan tambahan yang dibina atas ihsan orang-orang kampung.

Sekolah mendapat bangunan baru empat tingkat yang didirikan pada tapak bangunan gotong-royong pada tahun 2009. Bangunan ini diserahkan secara rasminya pada 29 Mei 2009. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad b Hassan telah merasmikan bangunan baru ini pada 11 Disember 2010 bersempena Sambulan Jubli Intan sekolah. Sekolah telah mendapat Anugerah Sekolah kluster Kecemerlangan pada tahun 2012.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan kohort yang ke 6 2012
  • Juara kategori lelaki Kejohanan Bola Baling Kebangsaan Zon Selatan 2014.[2]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seliau
Kampong Seliau
71200, Rantau
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066944978
Fax = 6066944978

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]